TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Saturday, August 29, 2009

Jumaat Yang Penat.. ;)

Salam..
semalam aku ada urusan di ipoh.awal pagi selepas sahur aku bertolak ke Ipoh dgn Adam. Ada urusan mustahak yg perlu aku pergi.Kalau x,maunya nk pergi lepas subuh2..mencabar tol.Ye la,walau aku pergi berdua,nmpak gaya awal perjalanan Adam dh ketiduran pulak.Aku yang cekal membawa Vivaku walaupun tersengguk2,aku berjaya.

Sampai di Ipoh,ada satu masalah lagi,smasa nk kluar dr plaza tol Jelapang,ade 2 lorong berbeza(aku dh lama x p ipoh).Aku tnya kat adam lorong mana nk masuk,selamba dia kata amik lorong KL walaupun ade tulis kat jalan lorong IPOH.aku pun ikutkan aja la..tetiba aku nmpk plaza tol JELAPANG di sebelah kiri aku.Ya Allah,kami dh silap jalan..Ingt nk u-turn(mana ada highway u-turn2) walau xde keta sgt.aku pasrah meneruskan perjalanan utk kluar lagi satu plaza tol iaitu SIMPANG PULAI.Punya la jauh dkat2 26km..adeii. dh la aku rush nk jumpa pengarah sebelum dia g meeting,tersesat lak.Aku pun senyap smbil menahan marah teramat.Dalam masa 2 langsung aku xtgur Adam atau tgk muka dia.(marah punya pasal la,bengang sgt2).Aku pun terus jgk walaupun dh terlajak jauhnya walhal dh dekat kalau kluar kat JELAPANG.Kat SIMPANG PULAI aku x reti sgt bab jalan.tambahan lak masa tu kol 8.15 pagi,time org nk kuar keja.Sesak gak..Masa 2 baru aku tgur Adam,nk tnya kot2 dia tau.Suara dia pun cm tahan2 je..Ye lah kalau dok wat melawak,mau aku meletup time2 ni.So,berjaya gak smpai di HQ pada pukul 8.30pagi.Nasib baik awal gak(yelah...tau2 jlan cm tu ,bertawakal gak nie).Pukul 9.00 pagi pengarah ade meeting,so aku kena cepat2 la.. So far urusan yang betui2 mustahak tu dh selamat utk pengarah sign...

bla dh setel smua, kami pun balik semula ke Taiping.Kononnya nk balik keja blik le.Kami ikut jalan biasa ke Taiping.Sampai ke Taiping,Adam berenti nk bli spare part utk kereta dia.Ntah rosak kebende xtau le.Pastu kami g amik keta dia pastu g workshop.D'org agak bleh siap keta Adam dlm kol 3.Masa 2 dh 12.45 tghri,aku kata la aku anta dia g solat JUMAAT.pastu aku blik tdo jap.Ingtkan kol 2.30 ptg,lepas anta dia kat workshop,nk p la keja..(dlm niat tu xmau p tp rasa tnggungjawab kot2 org nk bc buku,aku nk p kje).Jumpa2 Adam,dia kata dia xmau g keja..so racun aku la pulak..jdnya kami ber2 xkje smlm 2..seharian bersama.Smlm g buka puasa di kedai akak sepupu dia.(selamat duit kami)..hihihihhi..beli la juga kuih muih.

Pas berbuka dn solat mgrib kami kluar kdai 2..ingtkan nk blik rumah dia.Adam ajak jalan lagi..letih2..smpai kat umah kol 10 mlm.pas mandi dn solat terus aku tdo x sedar diri smpai la bersahur hari nie..letihhh nyaa

Wednesday, August 26, 2009

Tempat Kerja

Salam..


Hari ni aku rasa nk cita sket ttg tempat keja aku.Kalau org lain,bla dh grad musti nk keja hebat2...jd officer..dok dlm bilik ada aircond.siap ada PA..wat sbuk2...ade meeting sana sini...ye la lulusan U...musti ade smua 2 kan..tapi [ada hakikatnya???


Berbalik pada aku,aku bersyukur apa yg DIA berikan.Kerja aku sama seperti apa yang aku amik di UiTM dalam bidang perpustakaan.Pendek kata dari aku belajar ttg pengurusan maklumat,aku praktik di sini.Cuma bahagian teknikal je la blum aku buat seperti mengkatalog buku..lebih kepada perhubungan awam(berurusan dgn masyarakt kampung)


Kerja aku betul2 senang.Datang kerja,susun buku,sapu sampah,kmas sana kmas sini(di sini mana ada cleaner,buat sendiri).itu rutin keja.Skop kerja aku sbg Penolong Pegawai Perpustakaan utk menyelia tugas2 di perpustakaan dan merancang dan melaksana setiap progam galakan membaca.Uniknya,aku bekerja di kampung(padahal dok sewa kat bandak Taiping,pelik kan??).Dh hampir 3 tahun aku kerja di sini.Di mana? tentu sebuah kampung yang jauhnya dr rmh sewa aku dlm 40km..daripada tiada apa..kini dh boleh beli kereta dan motosikal....syukur alhamdullilah.



Tak Cari keja lain ke???
Sebenarnya dh berpuluh2 surat mintak keja..cam hampeh ja....tapi aku terima dgn redha walaupun aku dibesarkan di bandar,namun aku masih berpeluang mencari rezeki di kampung.So siapa kata kat kampung xde keja..bkn calang2 orang yg keja kat sini(puji aku sndiri..hahahhha).Walaupun aku graduan UiTM ,aku rasa bersyukur sangat dpt kerja di sini..



Cabaran di sini??

kalau cita bab kerja..cabaran xde la mencabar sgt.cuma skit2. tapi bla dh keja senang,orang di sekeliling kita la......mana2 pun klau ada namanya manusia..manusia jugak.Bila aku berada di sini,aku belajar mengenal kawan atau lawan.Kadang kala bla kita jumpa seseorang tu begitu baik sgt,kita akan menganggap dia tu baik sangat.tpi bla kita dh kenal sedalamnya,dia la manusia bertopeng Syaitan..aku pernah mengalami saat ditikam belakang.Bila di depan pijak semut pun tak mati,tapi di belakang..........???Setelah aku sedar dari lamunan belum terhenti,aku nekad untuk aku tidak mudah menerima kebaikan seseorang sehingga aku betul2 yakin atas kebaikan dia..Mana ada manusia terlalu sempurna kan?tapi sekurangnya terimalah kelebihan dan kekurangan pada diri seseorang.




Kelebihan di kampung??

tentunya yang segar2....udara pun nyaman..bebas dari asap kota..asap rokok daun ade la....Masyarakat di sini ramah dan lebih ramah pun ada...cuma aku melayan seperti aku melayan pengguna yang lain..Bla musim buah...ade gak sorang dua hulur kat aku..kadang2 bagi cili ,timun,sayur....mmg segar la....tanam sndiri..Tapi tahun ni durian tak menjadi sangat.tap boleh la rasa smpai sempat bawa blik kat famili nu.....Dlm byk2 durian,durian kampung di Batu Kurau yang paling sdap...Durian kecik tapi sedaaaaaaappp........(telan pulak air liur cta bab durian....)Sapa2 nk merasa durian sini..blh la datang ke sini ..tp tahun depan la..sure tahun depan lebat buah kan...sebab tahun ni xberapa menjadi....



p/s:tetiba aku terkenang saat aku mula mengenali kampung ini.










Saturday, August 22, 2009

Lagu Raya

salam.

hari pertama puasa dah ada lagu raya.kenapa? korang jangan terkejut lak bila baca entri nie.saja nk buat.lagipun aku tengah boring,apa salahkan...

Semangat nk raya kena ada.Dok amik aura tu yang dok rajin selak2 cari2 lagu raya..hikihik..ala..tokey kedai kain sekarang nie pun dok pasang lagu raya..

nk tulis entri baju raya ,kuih raya ,kasut raya....xde buatnye lagi..huhuhuhu..xpe layan je la mood orang yang sedang boring sambil menyelak blog orang lain...heheheheh..Puasa jangan tak puasa..

Siti Nurhaliza

Sudirman

Sanisah Huri

Rafeah Buang

S.Jibeng

P.Ramlee

Saloma

Wann

DJ Dave

Hail amir & Uji rashid

Azlina Aziz

Ziana Zain

Awie

Feminin

Ramlah Ram

Norkumalasari

Rahimah Rahim

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

Ramadan Datang Lagi..

Salam..
Ramadan akan menjelma lg.Buat ke sekian kalinya,aku dpt menikmati ramadan pada tahun ini.Lebih-lebih lagi bersama tunang tersayang untuk melakukan ibadat itu.Aku harap tahun ini dapat memberi nikmat sebenarnya dalam mencari keredhaan-Nya.Bulan Ramadan ini lah medan untuk kita berebut-rebut meningkatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta.

Mari kita 'flash back' tentang Bulan Ramadan yang penuh berkat.

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Amalan ketika bulan Ramadan
Puasa di bulan Ramadan
  1. Selama sebulan , umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib).
  2. Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan,minum perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.
  3. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
    Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Terawih

Setelah menunaikan ibadat puasa pada siang harinya,pada malam harinya, setelah solat Isyak umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat terawih solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid

Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah yang didiami.

Aidilfitri

Pada tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya sebanyak dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Rujukan

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan

Saturday, August 15, 2009

Holick 1 Nescafe 1

Menarik kan tajuk entri aku ni..hhahahhaha.
dh dapat satu nama utk virus yg skrang menular.rasa nk gelak pun ada,takut pun ada.skrng ni pun,langkah berjaga-jaga adalah memakai mask jika berurusan dgn pengguna/pelanggan.Maklum lah kerja di perpustakaan banyak bertemu dengan ramai orang.Yang lebih membimbangkan adalah 2 orang kampung sebelah tempat aku bekerja telah disahkan menghidapi H1 N1.dh dekat dgn tempat aku .walau tempat kerja aku di kampung,tapi dah tak mustahil virus tu dh merebak ke sini..Nampak je benda 2 tak kena kat kita,tapi bayangkan jika tiba-tiba kita berkomunikasi dgn pesakit tu.tu tak naya ke?Lepas tu, kita pulak menyebarkan kpd orang lain.Nauzubillah,minta dijauhi segala penyakit yang memudaratkan.

Tadi aku check tahap Virus B4B1 ni agak membimbangkan...ada aku baca dlm satu petikan.28000 rakyat Malaysia akan mati disebabkan penyakit ini dalam tempoh 2tahun.Agak2 siapa lagi mangsa seterusnya...Semua orang,rakyat Malaysia berpotensi menjadi mangsa itu.Jadi,ambil langkah-langkah sewajarnya utk membendung masalah ini menjadi lebih besar .


United States --->46,752kes ---->477 kematian
Argentina ---->6,768kes ---->404 kematian
Brazil ---->3,642kes ---->338 kematian
Mexico ----->18,861kes ---->163 kematian
Australia ----->28,987kes ----->109 kematian
Chile ----->12,104kes ----->105 kematian
Thailand ----->11,585 kes ----->97 kematian
Canada ----->11,976kes ----->66 kematian
Malaysia ---->2,253kes ---->56 kematian

fikir sejenak dan bayangkan keluarga kita yg terkena..
sama-sama lah mencegah daripada mengubati...

sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/2009_flu_pandemic

Friday, August 14, 2009

Takziah..

Hari ni pulak aku baca dlm forum CARI, pelakon veteran Param pula meninggalkan kita.Walaupun tak sama bangsa dan agama,Param merupakan pelakon komedi yg bgitu sebati ngn zaman kecil aku.yang pergi takkan kembali......



Petikan MstarOnline


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam nada sayu dan sedih, kakaknya, Sarah menceritakan tentang saat-saat bagaimana Param pergi.

“Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dan waktu itu dia sesak nafas.



kredit to:mstaronline

Thursday, August 13, 2009

Salam Takziah


Salam semua..
hari ini aku dikejutkan berita ttg kematian penyanyi utama Kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri.


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.



USTAZ Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11pagi tadi. - Foto ikhsan RTM


p/s: semoga rohnya ditempatkan di kalangan org soleh.
Amin.....


kredit to www.bharian.com.my dan www.budiey.com

Wednesday, August 12, 2009

Gula oh Gula..

KPDNKK jamin atasi dalam tempoh seminggu

PADANG BESAR 4 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memberi jaminan bahawa kekurangan bekalan gula di negeri itu akan pulih dalam tempoh seminggu.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, pihaknya sedang berusaha agar bekalan gula yang dilaporkan tiada di negeri ini diatasi termasuk berbincang dengan pihak kilang gula dan pemborong.

Kata beliau, pihaknya juga sedang mengenal pasti mekanisme lain yang boleh diambil dengan mengadakan perbincangan bersama agensi penguatkuasaan lain.

Bekalan gula disorok punca kekurangan
ALOR SETAR 4 Ogos - Bekalan gula disorok dipercayai menjadi punca kepada krisis kekurangan bahan keperluan itu di negeri-negeri di utara semenanjung.

Krisis yang bermula sejak seminggu lalu itu berlaku menjelang tibanya bulan Ramadan yang akan disambut kira-kira dua minggu lagi.

Sehubungan itu Persatuan Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) tidak menolak kemungkinan perbuatan sorok merupakan punca krisis bahan mentah itu.

----------------------------------------------------------------------------
sebelum ini,aku xheran sgt pasal gula nie.tp bila aku nk beli gula di kamunting,tetiba..

smua kdai di kamunting kehabisan gula..ye la bkn mkn gula mcm makan nasi tiap2 hari.tapi kalau masalah itu berlarutan pasti ada kesannya.dgn kenaikkan harga minyak petrol bermula 1 sept 2009..puasa pun nk dkt..mcm2 perkara bleh berlaku.kenaikkan harga makanan blh berlaku.kalau mcm nie.susah la kita sbg pengguna kan..padahal minyak kita,gula kita tapi kita terpaksa berbelanja lebih.kalau dulu harga mahal,barang pun berkualiti tapi skrang nie...cm hampeh ja......



kredit to : utusan

Tuesday, August 11, 2009

MoH ke KuaLe...

Pada hari Ahad yg lepas,aku dan tunang berjalan-jalan ke Kuale.dh berapa kali ke sini,tapi baru skrng aku berkesempatan ke Galeri Sultan Azlan Shah.Bayaran masuk utk dewasa adalah RM 4.00 seorang.Macam biasa,gambar di dalam galeri itu tidak boleh diambil.Jadi kami masuk dan melihat2 apa yg ada.Memang seronok berada di sini.Byk maklumat ttg sejarah Perak dan salasiah keturunan Sultan Perak.Ye la skrng nie kan aku berada di Perak,sewajarnya aku melawat tempat2 yg boleh memberi pengetahuan.Galeri Sultan Azlan Shah mempamerkan barang peribadi baginda termasuk koleksi jam,syiling,jubah,piala dan banyak lagi.Memang penat berjalan di dalam sana.Dari satu bahagian ke bahagian lain.
Bahagian yang membuat aku teruja adalah di mana aku melihat kad pengenalan Sultan Azlan Shah,siap dgn lesen memandu,surat beranak,sijil nikah dan gambar keluarga baginda.Memang btul2 teruja aku dgn tunang.Yelah pangkat sultan,ttp ada pengenalan diri juga kan..hampir sejam setengah kami berada di situ.






Dari Kuala Kangsar, aku dan tunang singgah di Kuala Sepetang.Tau x apa yg ada di situ,MEE UDANG.Best tau mkn kat sini.Tiap2 kali kami berdua datang,penuh je tempat duduk.Kat Kuala Sepetang mmg bnyk kedai,tapi tunang aku lebih suka makan di KEDAI MAKAN MAK TEH(yg kuar dlm Majalah 3).RM 6 sepinggan mee udang mmg mengenyangkan..mcm mana la kalau orang order mee udang yg berharga rm 10???

jadi siapa yg hendak makan mee udang di Kuala Sepetang..pegi la mkn kat kdai makan mak teh..sedapp.............







sempat-sempat amik gambar sndri...







Ucapan Hari Lahir


ni la emak aku..CHE BASHAH BINTI RUMLI...ade sama x??



Smlm aku bercuti.xsempat nk update blog...
cita psal smlm gak,10 ogos 2009 genap la usia mak aku iaitu 58thn.dh berganjak dr sthn ke sthn..klau mak aku makin tua..aku??makin...matang le(cover nk kata tua,terasa lak).Aku xblh blik ke kg mnyambut hari lahir mak atas sebab2 kerja.alhamdullilah adik beradik aku dpt menyambut hari lahirnya..di sini aku ingin menyatakan bahawa mak adalah ratu hatiku..tanpamu,ku rasa hilang cahaya matahari yg menyinari hidup ku.walaupun aku sering melakukan kesalahan,namun mak xpernah membenci aku.kau lah bintang menyinari malam ku...ku doakan kesihatan dan kebahagian milikmu selamanya di samping suami,anak dan cucu...smoga Allah melanjutkan usia mu..MAKK....

Saturday, August 8, 2009

Bad Mood

hari ni aku tak tau kenapa aku btul moody.yang tu tak kena yang ni tak kena.sampai aku gaduh ngn dia..tak tau mana punca.nasib baik dia pun tak cepat melenting..sabar aje la..gaduh kejap,baik kejap pastu gaduh blik..apa yang aku gaduh kdg2 benda 2 nampak kecik tp aku nmpak besar ja.mungkin perubahan hormon kot..ye laa mungkin disebabkan itu kot..selain itu,aku terpaksa on duty spanjang mggu ni,ingt nk blik kg nak celebrate hari jadi mak..tapi dh jadi mcm nie...terpaksa aku cover cuti..nnt tak pasal2 aku kena gak..bkn takut cuma aku rasa tanggungjwab aku utk memberi perkhidmatan yg sewajarnya kepada pelanggan aku.kesian kat mak,dok tggu anak sorang ni tak balik2 lg.yela pasnie tak leh balik kerap2 sbb nnt aku kawin,kena dgr cakap suami..tgk la mggu dpan mcm mana,kalau blh aku usahakan utk balik jumpa dgn famili tercinta.

p/s: aku rindu sama kamu.................................

Saturday, August 1, 2009

3 tahun...











hampir 3thn dh aku berada di bumi Perak Darul Ridzuan.Pelbagai kenangan manis dan pahit selama aku berada di sini.Hari ini aku ingin mengimbau kenangan selama 3tahun di sini.Antara tarikh2 yg sempat aku ingat dan memori yg tersimpan di hati....

1 ogos 2006 aku mula lapor diri di Perpustakaan Desa Sungai Ara Perak.dgn berbekalkan motosikal dgn berlesen kan L----->PGY1846(28 ogos 2006),aku mula berdiri di kaki sndri tanpa mengharapkan org lain.Segala onak duri selama aku bekerja kekal dlm hatiku..biarlah ia menjadi memori walaupun sukar ditelan...
Aku mendapat keluarga angkat iaitu keluarga maksu.Dia merupakan seorang balu dan mempunyai 4 org anak.Aku selalu akan datang ke rumah nya utk mengurangkan rasa rinduku kpd keluargaku.Anak2 dia begitu baik dan menyayangi seolah2 aku kakak mereka..terima kasih atas kasih syang maksu dan keluarga..
11 Mac 2008 aku mendapat kereta VIVA walaupun tak segagah MYVI idamanku.walaupun begitu,aku ttap sygkan kereta VIVA berwarna biru PHR1360 kerana ia membawa aku ke mana sahaja.So,senang la ke mana tanpa hujan atau panas.
21 mac 2008 aku berkenalan dengan adam .Pada mulanya kami hanya berhubung melalui sms dan seminggu selepas itu dia berani mengajak aku keluar..ke mana?tentunya ke bukit merah,tempat bermulanya sesi berkenalan... dan sehingga dugaan yg datang akhirnya menjadi tunang pada 19 julai 2009..








Akhirnya aku akan menetap terus di sini bersama orang yg aku sayang dan cinta sepenuh hatiku..Aku berjanji akan menjadi seorang kekasih,tunang dan isteri yg setia menanti mu..