TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Thursday, January 28, 2010

Undangan Raja Sehari












Dengan ini saya menjemput sesiapa yg mengenali diri ini harap dapat memeriahkan majlis perkahwinan saya termasuk rakan blogger yg samaada pernah bersua atau tidak.Diharapkan kalian mendoakan kebahagian kami sehingga akhir hayat kami.

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

sumber dari UTUSAN

-------------------------------------------------------------------------------
Al fatihah utk alhamrhum baginda.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.
Amin.

Friday, January 22, 2010

15 hari lagi


Masa berlalu dengan pantasnya.Rasanya baru je aku belek2 kalendar.Tinggal 15 hari lagi aku dan dia bakal bergelar suami isteri.Sepanjang percintaan kita terlalu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa kita tempuh.Berkat kasih sayang antara kita berdua menyatukan kita ke jinjang pelamin



Pengakuan ikhlas dariku utkmu:



Ketahuilah sayang bahawa aku benar2 sayang dan cinta pada mu.Tiada insan lain selain kamu dlm jiwa ini.Mari kita bina satu mahligai utk kita dapat hidup bersama dan saling menglengkapi antara satu sama lain.


---------------------------------------------------

mood skrng::bercampur sedih+gembira+seronok..

Tuesday, January 19, 2010

Minggu Ini....

salam utk kawan2 yang sedang membaca entri ini.~terima kasih~

Pertama,mulai minggu ini debaran kian terasa, lebih kurang 2 minggu lagi aku akan bergelar isteri.Fuhhhhhhhhh...........tak pernah berperasaan begini.Rindu pada Adam pun wahhhhh..boleh tahan jgk.Orang tua2 kata nak bernikah nie,jangan dok jumpa selalu.Tapi aku???tak boleh.Harus bersua bertentang mata..auww..ceh...bukan apa,nak kena beli barang hantaran.Itu alasan je.Suka beli barang-barang sikit2.Hahhahahahaha..

Kedua,minggu nie haruslah aku memeriksa jemputan yang akan diposkan.Yelah karang naya kawan tak dapat kad jemputan.Menangis nak pergi kenduri aku.Aku harap kawan-kawan yg aku jemput tu,datangla ye.kalau xdtg..xpe la..:( tapi nk gak kamoo datang..

Ketiga,2 minggu lagi aku nk nikah..haaaa?aikk....cepatnya masa berlalu.rasanya baru je bertunang..acecece...perasaan btul la.Tu pun aku tak campur tolak bahagi sepanjang perkenalan kami sebelum bertunang.kenangan dulu jangan ingat ye....


####Dah..dah la tu..jom kita berkemas..nk balik rumah la.Nanti la aku sambung entri nikah/kawin nie..Jom balikkkk...............!!!!!!

Sunday, January 10, 2010

CONTEST LAF'S PERFUME

Blog LAFS PERFUME dengan sukacitanya memberi peluang kepada pelanggan dan pelayar laman blog ini untuk menyertai "Contest" sempena pembukaan blog ini. Hadiah yang ditawarkan adalah daripada koleksi-koleksi wangian kami. Hadiah yang ditawarkan bukan sahaja kepada pemenang "Contest" ini tapi juga kepada peserta-peserta bertuah.

1) Peserta pertama yang menjadi follower dan menyertai "Contest" ini dengan menghantar jawapan melalui email.


2) Pemenang Pertama, Kedua & Ketiga yang menjawab dengan betul dan tepat.
3) "3" Pemenang Saguhati.


4) Seorang pemenang bertuah "Lucky Draw" akan mendapat hadiah menarik!


Syarat-syarat penyertaan ialah:

*Anda wajib menjadi followers blog ini*
*Meletakkan link blog ini di dalam blog list/wall (Facebook) anda*
-http://lafs-perfume.blogspot.com-
*Meletakkan imej dibawah sebagai link contest di ruang kiri atau kanan blog anda dengan tajuk CONTEST LAF'S PERFUME dan link kan ke contest lafs perfume*
*Letak entry khas tentang Contest ini beserta link entry contest ini di blog/wall (facebook) anda*
*Emailkan jawapan anda beserta link blog anda kepada..*
lafs_perfume@yahoo.com
*HANYA jawapan yang tepat dan betul akan dipilih dan slogan yang terbaik*
*HANYA jawapan melalui email sahaja diterima*

Soalan-soalannya:-

1) Kelebihan wangian Laf's keluaran HBT ialah...
2) Keistimewaan wangian Laf's keluaran HBT ialah...
3) Berikan 2 nama pengasas Laf's Perfume...
4) Berikan 5 jenis wangian 'inspired' Laf's untuk wanita...
5) Berikan 5 jenis wangian 'inspired' Laf's untuk lelaki...
6) Sambungkan slogan ini (tidak lebih dari 20 patah perkataan)
"Cinta............."

Saturday, January 9, 2010

AZAM 2010

Salam untuk rakan-rakan blogger yg sudi membaca catatan yang tak seberapa.Maaf la kalau tatabahasa aku yang semakin kurang.

Meh baca azam yang bakal aku capai utk tahun ini:-
1)azam yang pertama sekali..of course la nk berkahwin dgn putera idaman :)
~~masa kian hampir.dlm kurang sebulan aku akan bergelar isteri

2)azam yang selalu aku laungkan..(hihihihihi)nk diet..
~~~aisyehman...yg ni cuma aku letak je..tak tau selepas kawin nie..harap2 tak la kembang setaman.

3)azam nk kumpul duit
~~~pasnie dok ngn rmh mertua.mungkin save bajet.Sooo...aku andaikan lebih banyak simpanan.Insya Allah,duit tu utk membeli rumah dan untuk anak2 nanti.

4)azam nk jadi Isteri yg mithali
~~~kena simpan azam nie dari thn nie smpai la bila2..tak lagi merajuk,tak nak la degil(utk jadi isteri mithali kena dengar dan patuh kpd suami...(boleh ke?)

5)azam nk jadi pekerja yg baik dan cemerlang
~~~keja senang je.cuma aku je lagi nnk menyenangkan..hihihihi..nk buat kerja seikhlas hati..(sblum nie????)hehehehhee

6)azam nk bayar PTPTN secara konsisten
~~~tu la azam baru yg sebetulnya..Insya Allah pasti berjaya..

7)azam nk bina keluarga
~~lepas kahwin kan berdua....ehem..ehem..takkan berdua je kot..kalau Dia nak beri,aku tak menolak.to be mum ^-^

8)azam nk bantu keluarga
~~dgn apa yg ada,akan aku usahakan membantu keluarga aku terutama mak abah utk apa-apa yg mereka perlukan walaupun aku telah bergelar isteri nnt(abg..ingt janji tau)

9)azam nk makeup kereta
~~~azam atas tadi nk simpan nie..nk pulak nk keluar lak duit..tu azam je..kalau ada rezeki lebih2..nk gak la makeup sket Bibah tu..mungkin tambah spoiler dn tukar sport rim..(tak tau lepas tak lepas nie dari tuan pengerusi majlis..laki aku le...)

10)azam utk menjayakan smua azam aku.
~~~insya Allah,tahun baru ini dapat aku membina kehidupan dan bahagia apa yang aku miliki.

Itu lah serba banyak azam aku.Smoga dapat apa yg aku hendaki..
Ok la..ada kerja yg aku perlu bereskan----->tengok azam aku kan nk jadi pekerja cemerlang.

Friday, January 8, 2010

Entri Pertama utk 2010

Salam utk smua.
Lama btoii aku x update kan cita ...
Biasa le..skrng nie rasa nya xde istilah cuti(dok rumah,rehat2....dh xde dah...)
Dari hari ke hari,makin terasa debaran ini.Dup dap dup dap....masa berjlan..dari hari ke hari.Aku rasakan baru je aku berkenalan dgn Adam.Bln depan aku akan diijabkabulkan.Rasa mcm xcaya nk jd isteri kan..Perangai pun tak senonoh lg..org kata dok jadi budak2 lagi..masak pun kdg kala termasin,termasam mcm2 la..hehehhee..
Macam-macam perasaan aku hadapi skrang nie.Dok memikirkan mcmana kehidupan selepas menjadi isteri..Kemungkinan besar selepas berkahwin,aku akan tinggal bersama suami serta keluarga mertua.Argghhh..itu pun satu cabaran utk memulakan kehidupan.Aku bukan tak suka atau tak kamceng ngn mertua terutama bakal bapa mertua aku mmg sporting giler.Cuma nak sesuaikan diri dgn kehidupan yang baru.Pindah??rumah sewa??sebenarnya memang aku nak pindah dan tinggal berasingan.Tapi memandangkan Adam merupakan anak lelaki dan tiada siapa yang akan menjaga ibu bapanya.Jadi aku terpaksa akur atas permintaan dia.Namun ada syaratnya.Bila lengkap keluarga aku sndiri(dh ada anak)aku nak juga sebuah rumah utk kami.Biarlah dulu kan,merasa duduk dgn mertua walaupun aku sering kali mendengar keluh kesah kwn2 aku.Lain padang lain lalangnya kan??Cuma sekarang ni aku bertawakal utk menempuh kehidupan baru..Selepas ini aku harapkan tiada la perangai buruk utk ditunjukkan di hadapan mertua..(kira kena berlakon gak la kalau nk kluarkan perangai buruk tu..)
Jauhnya melalut...hihihiiihi..sebenarnya nk cita azam 2010.tapi termelalut pulak..hmm....takpe la esok-esok ada lagi...(dh 8hari tahun baru)azam takdak lagi..
Mungkin esok ilham lain pulak datang menjelma..Aku mengundur diri...

Saturday, January 2, 2010

Selamat Datang 2010

Salam utk smua.
Smalam hari cuti,jadi kerja aku adalah membeli belah..Yelah sales pun dh nk sampai ke penghujungnya aku pun haruss mencari sebelum terlambat...Year End Sale

Alhamdullilah murah rezeki aku hujung thn lpas.ye lah dpt berganda2 bonus.Aku mulakan langkah utk berbelanja secara berhemah.. ^-^.

Daripada bonus yg aku menyambar sebuah 'handphone'(ala biasa2 je CSL ),pas tu aku beli sepasang subang emas..(very sweet) utk aku..

Selain tu aku dh mula membeli peralatan dan kelengkapan utk hantaran dan kndri.harap2 ianya berjalan lancar ye..duit byk keluar masa nie..

Malam ini aku akan pulang ke kampung utk menguruskan borang pernikahan aku.Seblum ini tak lengkap.rupa-rupanya rumit jugak ye permohonan utk bernikah.Bukan apa,blum nikah mmg la tak tau mende2 pun..hihihi..pas dpt dari surat kebenaran bujang utk ADAM,baru la aku bleh proceed borang aku pulak.Borang pemeriksaan HIV awl2 dh buat.Sekarang nie aku kena isi borang utk pengesahan bujang dan borang lain2..nnt aku try upload kan..mana tau esok2 korang lak.. ^-^

Ok la aku pun banyak keja lagi..
Azam pun xset lagi..tggu laa nnt.
aku nk list azam utk 2010.