TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Thursday, May 26, 2011

Perkembangan Adli 3bulan

Sudah besar anak ibu sekarang ye.Masa berlalu begitu pantas.Berat Adli pun naik 5.95kg.Badan pun nampak berketul2.hehehhehe.
  • Adli sudah pandai senyum dan suka menghisap jari dan termasuk tudung ibunya.
  • Pandai jerit2 kalau tak angkat dia.
  • Pandai pegang tangan ibu bila menghisap susu.
  • Pandai gelak mengekek dan kuat bersembang kalau jumpa'geng'.
  • Pandai merajuk
Alahai anakku...

Wednesday, May 25, 2011

Jom Baca

Lama tak menulis blog nie kan..dah tak tau cerita apa lg yang nak diceritakan.Nanti cerita pasal suami,kang orang yang baca blog nie pun bosan..ni nak cerita pasal buku.Kenapa buku?Ye lah sebab saya bekerja dengan buku.Kalau diikutkan mmg saya kaki buku,hantu buku...apa lagi..nak kata..smuanya BUKU.

Saya ingat lagi semasa di sekolah,bila saat nak periksa,dalam poket penuh nota kecil.Semasa tggu bas,dalam bas,dalam perhimpuna;pendek kata baca..baca..baca..sampaikan suratkhabar yg mengalas lauk pauk@nasi lemak..baca jugak.Mungkin kerana minat baca,itulah rezeki saya belajar tentang ilmu perpustakaan.Dan bermulanya saya bergelumbang dalam dunia perpustakaan.Hampir 5tahun belajar tentang perpustakaan dan sekarang hampir 5tahun juga bekerja di perpustakaan.Dah lama dah kan??Itu lah saya yg minat dengan buku.Tak kisah la novel ke,buku berkaitan motivasi atau agama,sejarah smuanya adalah ilmu.Dan ilmu itu menjadikan seseorang berpengetahuan.

Itulah menjadi cabaran dalam kerjaya saya iaitu mengajak orang membaca.Dengan zaman dihujung tangan,semuanya di tangan sahaja.Kadang saya sedih melihat buku di rak yang tak diusik.Sayu..sedih...kerana semua ini adalah percuma dan kita perlu datang untuk membaca.Memang mencabar juga kan nak menyuruh orang pergi ke perpustakaan dan membaca tapi percayalah perpustakaan adalah gedung ilmu.Macam2 ada.ilmu perubatan,tokoh,politik,agama,sains,teknologi dan lain2.

Macam kita 'window shopping di pasaraya, rasanya tak salah nak berwindow shopping di perpustakaan.Best tau.Macam2 ada..


JOM MEMBACA!!!

Wednesday, May 18, 2011

Hari cuti..

Salam smua..
Sabtu hingg Selasa(semalam) bercuti panjang.hehehe..Balik kampung abang.Kesian gak kat suami datang sini amik kami berdua.Adli kecil lagi,agak payah nak memandu sendiri..Kami balik petang  jumaat(abis keja kol 3ptg)Sampai rumah dah 8 mlm.Alhamdulilah,Adli tak meragam sampai la dia tertido dengan nyenyak.Pagi sabtu dok seharian bersama adli yang agak manja dengan ibu apabila cuti.Kejap2 merengek,kejap nk dukung...Dah pandai menyuruh2 ye...
Ahad pulak duk ingat nk balik kampung kat Kedah nu..(kebetulan abang cuti)dikejutkan berita kematian tok (belah abah) pulang mengadap Illahi.Selepas subuh,kami bergegas pulang ke Yan Kedah..Sempat juga berjumpa dengan saudara mara.Tok selamat dikebumikan sebelum waktu Zohor.Petang tu juga kami balik.Malam jugak sampai di rumah.Alhamudillah Adli tido dengan nyenyaknya..
Selasa malam selamat sampai di rumah sewa.Adli pun nyenyak tido cuma sesekali dia menangis.
Sebenarnya aku takut apa2 jadi bila  bawa budak kecik jalan2 waktu malam.Alhamdullilah,tak la meragam sangat.Takut gak ada yang 'menegur'.tapi tulah Adli tak apa2.Syukur la.Agak2 Adli dah pandai duduk dalam car seat tu baru nak balik berdua.Penat gak tengok abang amik dan hantar,Tapi adil kan..Hehehe..Ibu jaga sini.Abah juga jaga sana...

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam untuk semua..
rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat hari ibu utk ibu saya dan ibu mertua.
Tahun ini merupakan tahun pertama saya bergelar ibu.Memang payah untuk menjadi seorang ibu.Cabaran apabila menjaga anak seorang diri tanpa suami di sisi.Itu saya ambil sebagai cabaran untuk saya menjadi ibu terbaik untuk anak saya,ADLI.Ibu akan menjaga dan menyayangi sepenuh hati ibu...
Ya Allah,permudahkan segala urusanku,sihatkan aku dan anak dan lindungi kami dari segala bahaya dan anasir tidak elok...amin...

Tuesday, May 3, 2011

Dah 3 bulan

Asalamualaikum..
Singgah jap..
Lusa nk mula keja..
Anak pun mula dok ngn pengasuh..so far ok ....
Abang pun dah balik.
sunyi rasa pulak...
Nanti la kita jumpa lg ye..