TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan

Asalamualaikum..

Tak sedar sudah 20 hari kita berpuasa.Wah..semangat nak raya la..huhuhu..tapi amalan di bulan Ramadan hanyalah puasa dan sembahyang wajib.(yang sunat??huhuhu sejak ada anak xmenang tangan ler).Umur pun semakin berganjak dari hari ke hari.
Puasa dh mula kurang dah(paham2 le).Persiapan raya??Persiapan raya saya hanyalah untuk anak dan suami.Selain itu,persiapan raya apabila pulang ke kampung halaman.Wah..rindunya kampung halaman(Kedah).Dah sebulan tak balik.Seminggu juga la beraya kan.Hahaha..Tahun nie mestilah seronok sebab ada anak.Boleh la collect duit raya.hehehehe..
Mood sekarang pun lebih kepada nak balik kampung je......

BALIK KAMPUNG..hohohoho.BALIK KAMPUNG HATI GIRANG....

Thursday, August 11, 2011

Dugaan Datang

Asalamualaikum.

Baru je say ceritakan tentang keseronokkan mendapat 'durian runtuh',hari ini saya mendapat perkhabaran yang kurang elok.Bukan ada pa,tapi berkaitan anak saya.Pengasuh tak nak mengasuhkan Adli.Adeii,baru je bergumbira ada pula dugaan datang.Katanya dia dah capek untuk menjaga 2orang budak(termasuk anak saya).Sorang lagi dah pandai berjalan.Dalam setahun lebih umurnya.Sebelum ni saya yang menghantar anak saya kepada beliau,,tup2 dia dah kata'akak tambah sorang lagi nak jaga'.

Saya tnya lah.'akak boleh jaga ke 2-2 nie? Dia cakap"okey je sbb sorang besar sorang kecik.
Nah hari ni terbalik pulak
Kakak tu"akak rasa cukup bulan ni je jaga Adlli.Akak tak larat nk jaga 2-2.Sorang nangis,sorang lagi ikut jugak.Akak penat nak masak awl2"

Padahal sebelum ni saya dah tanya"camna akak masak?' "Akak masak pagi2. "Tapi sekarang nie..........lain pulak.

Betul2 dugaan di bulan Ramadhan..Harap2 ada pengganti untuk mengasuh Adli..Sabar kerenah orang...huhuhu

Mode:susah hati

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki Anak

Asalamualaikum.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya terpilih atas rezeki-Nya.Yang pertama bonus yang ditunggu2.Sejak dari zaman kerja barusekali saya dapat bonus(Zaman Pak Lah)Sekarang zaman Pak Najib kan.Ini pun setengah gaji bonus.Dengar2 lagi ada berita baik la utk bulan Oktober ni.Harap ada rezeki pasni lg..

Rezeki anak lg apabila claim insurans yang ditunggu hampir 8bulan akhirnya pihak insurans bersedia membayar pampasan.Walau xbanyak,bagi saya,itu rezeki juga.Ye la ketika ini saya menghadapi masalah kewangan(pasal gaji).Rezeki di tengah2 kesempitan.Itu lah doa saya kepada Allah supaya diperolehi rezeki dan dipermudahkan urusan.Kadang2 kita terlupa atas apa yg kita lakukan.Namun Allah tidak pernah lupakan kita.Amin..

"semoga hari ini lebih dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini'

Thursday, August 4, 2011

Adli Dah 6 bulan

Salam untuk rakan blogger..
Wah sekarang blog dah jadi macam blog adli pulak kan..Semua cerita tentang dia..Hahahaa..Dah anak kita,tiap2 menghadap muka yang sama,cerita pun berkaitan kan..
Adli dah berumur 6bulan..Dah besaq anak ibu kan..Lasak nya jangan sembang.Ya Allah makin lenguh lengan ibu mendukung..So Adli dah lengkap dari sistem imunisasi(betul ke perkataan ni). Semua suntikan dah lengkap..Lepas nie tunggu setahun pulak...

Perkembangan terbaru Adli:
  • makin berundur ke belakang,(dok belajar undur dulu)
  • dah mula angkat punggung dan lutut(sket2)
  • suara pun makin nyaring...sekali menjerit terkejut ibu!
  • makin comel la pulak(dah mula nampak muka bapaknya)
  • bulu mata yang panjang dan lentik(itu ikut ibu je..huhuh)
  • tidur pun stabil dah..hehehe..ada masa Adli tidur.
  • dah belajar pakai walker.

itu je kot perkembangan Adli dalam 6bulan yang pertama.Harap anak ibu sihat sentiasa dan berada di samping ibu ye..Rindu pada Adli la...


Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadan

Asalammualaikum
..Rasanya baru 3hari kita berpuasa kan..Apapun saya nk ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA tahun ini.Semoga kita diberikan kesihatan yang baik utk beribadah.


SALAM RAMADAN UNTUK RAKAN BLOGGER..