TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Thursday, June 28, 2012

Ketegur

Asalammualaikum.
Nak share cerita.

##Semalam tengah malam,tetiba je Adli menangis.Ibu agak nak susu kot.Siap bancuh nak bagi.Tetiba Adli taknak,bagi tetek pun xtak..Adoyaii.....Jangan dok buat perangai pulak tgh2 malam.Sapa nak tolong ibu.Dengan berbekalkan pengalaman menjaga anak yang tak sampai setahun.Ibu mula check pampers..Kot2 la buang air besar kan..tgk2 dh lencun tilam tu.Ibu salin yang baru.Nangis lagi Adli.Sua botol susu pun xnak,alih2 ibu lumur minyak yuyi..tak cukup ibu bagi vicks..minyak celak pun dipangkah gak...tu pun selepas Adli muntah.heran lagi.



Sambil heran takut2..pujuk Adli supaya tak menangis lg.Basahkan kepala dia dan bawa dia ke sana sini utk kurangkan mod nangis,lelama dah OK..perghhh..Adli pun bg respon elok dah..siap pegang mainan..Pastu pujuk minum susu baru dia nak.Hati ibu pun tenang kembali walaupun takut2 gak kut dia buat cmtu sekali lagi.


##petang tu kami balik senja,menghantar kwn yang menumpang balik dari Ipoh ke Kampar.hantar ke kampung dia.Biasa le kampung pun mcm2 le.Ibu dok pk macam kena KETEGUR..org tua2 cakap kan.tp tak la pulak benda lain mebi memang Adli tak sedap perut kan.(sedapkan hati kan)


##Pagi tadi bagitau mak pasal malam td.Mak kata tu la lainkali jgn senja baru nak balik..huhuhu..padahal selalu gak ibu balik dgn Adli dgn abah mlm2.Mungkin kampung ada something ke?hhuu..remang gak tetiba Adli menangis kol 1pagi.cuak gak perasaan masa tu..Ibu pun tak basuh kaki Adli pas balik tu.cuma ibu je basuh kaki.Tgk..kan dh kena..lain kali kena beringat.huhuhu..entah la..sebab Adli menangis malam tadi..heran kan..




tu le kisah anak beranak...hehehe

Balik Kampung

Asalamualaikum.
lama dah tak conteng2 kat blog kan.
sbuk sket.
Yelah ujg bulan,banyak gak repot kena submit.
Kerja luar pun ada.
Tak berapa sempat nak tulis.
Jumaat nie dah balik kampung.
best kan.
Jumpa suami,ahli keluarga lain.
Adli sure seronok.
sebab
Jumpa ramai orang.
Cadang nak balik Kedah
Entah la abah boleh ikut ke tak
Kalau tak,tinggalkan abah.
Adli ikut ibu ye.
berdua..
hahahaa.
kejam kan..huhuh
sapa suh abah wat keja byk2.
dah kena tinggai.
balik nak anta kain utk dibuat baju raya
tema??
ijau kebiruan..kaler ape?hehehe..ibu fail bab warna.
jom balik kampung....

Thursday, June 21, 2012

Bukit Merah Perak Darul Ridzuan

Sejarah Bukit Merah


Mengikut cerita yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Beriah, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar, Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong. Pada ketika itu, tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada cuma denai pejalan kaki dari Alor Pongsu ke Batu 2, Bukit Merah. Pada masa dahulu, Bukit Merah merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya kawasan itu menjadi kawasan penanaman getah dan kawasan lembah dijadikan sawah padi.

Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak.

Pada masa itu, kereta api menjadi salah satu pengangkutan dan terdapat sebuah stesen kereta api di Bukit Merah. Penduduk menjual kayu balak melalui stesen kereta api ini. Setelah Jepun menyerah kalah, penduduk kampung ini membuka tanah baru. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah dan kebanyakan mereka datang dari Kedah dan Perlis.



kredit kpd:Kelab Anak Jati Perak


Adli Anak Yang Baik.

Asalamualaikum.
Ibu adli saja nak bercerita tentang pengembaraan kami berdua balik ke Taiping baru2 nie.Sebelum ada Adli,ibu memang balik jumpa abah 2minggu sekali.Lepas je bersalinkan Adli,ibu tak pernah bawa Adli balik dalam keadaan kami berdua kecuali satu kejadian ketika tu Adli baru je 5bulan.Menangis tak ingat dunia Adli nie.Masa tu emergency ada kematian di Kedah,ingat nak balik ziarah tapi sampai ke Taiping tu payah..SEBAB??Adli kuat menangis.trauma atas kejadian tu..ibu decide suh abah je dtg amik dan hantar.


So sempena hari bapa,saja nk bt kejutan tp tak terkejut pun si abah Adli .ahhaha.Dia tau sgt pasal ibu Adli...kalau xbg ..nak jugak..Bermula pagi ahad lepas,dlm 7.30pagi kami berdua bertolak dari Kampar ke Taiping dalam masa 2jam.


Mula2 ibu belikan byk makanan utk bekalan Adli dan ibu.Ibu tengok Adli ok.dalam perjalanan dok asik tunjuk lori..sambil muncung2 mulut tu..dan bermula la kejadian di highway..Mula2 Adli ok.lepas satu biskut dia makan..buang...ibu layan je..sambil bagi satu lagi biskut.Dalam perjalanan,tiba2 Adli bangun,terus ke ibu.Ibu cuak sekejap...nasib baik stereng tu ibu pegang kuat,sambil sebelah tangan dok pegang stereng,sebelah lagi pegang Adli...Sambil jgk dok bebel..paham pulak si Adli nie...dia pun duduk tempat dia balik..Lega ibu..Sepanjang perjalanan Adli tak tidur..cuma nmpk layu2 kat muka dia..


Sampai je taiping,ibu rasa lega...wah...anak ibu memang TERBAIK...!!
Lepas nie,ibu boleh la bawa Adli ye..jalan2 jauh sket..hehehehe
.
Balik dari kampung seekor pacat geget ketiak Adli..hahahhaha..geli mak!!!tu la..suke main air kat badli..kang dh kena sekor...




p/s:gambar kejadian xde..sbb memori kamera kena virus..huhu..xformat lg..baca je ye...
terima ksih kerana membca..

Friday, June 15, 2012

Mafa ft Ronnie - Buatku Disana + Lirik OST Seindah Sakura @ NLKO


memang best lagu nie.....tp citer..ok la...part yg best masa shaqira kecik..tu baru best.Masa dah besar,cita agak kureng......apapun lagu ni mmg best..

Bila YB turun padang

Asalamualaikum sahabat blogger..
Wah macam YB turun padang kan..tp bukan ibu Adli ye..Sebenarnya nie antara tugas ibu Adli dalam kerja ye.Bukan org politik.tapi orang biasa je..yang menjawat jawatan kecik ja..Huhuuuhu..Bila terdapat program besar,ada gak ibu Adli turun padang membantu rakan sekerja.Nasib baik pengasuh tak sibuk utk jaga Adli.Bukan apa,kalau bawa Adli,confirm ibu tak membantu kan..Sekadar memandang je..dah sibuk anak dok berlari2..hehhehe..

Kejadian nie berlaku Ahad lepas,bertempat di kawasan Manjoi.Kawasan nie terletak di Parlimen Tambun dan dipunyai disandang oleh Dato Seri Husni ala Menteri Kewangan 2..heheheh.Anjuran Puteri Umno Tambun.Tujuan satu je untuk meramaikan dan bersama2 menggunakan perpustakaaan desa yg disediakan kerajaan.(macam nak berkempen pulak).Sebab ibu Adli keja di bahagian ini ofkos la lebih arif ttng ini..hehehe.

Sambutan agak memberansangkan.Tapi dibuat pada penghujung cuti sekolah.Agak kureeng la dari segi penyertaan.Hmm..tak dari tak buat langsung.Tempat ibu Adli belum berlaku kejadiaan seumpama ini..sedih kan...huhu...tak pe..akan diusahakan untuk membuat satu program sebesar ini.Insya Allah..Masuk dalam laporan penilaian keja la beb..so kena buat.Huhuhuhu..

So apa lagi sahutlah cabaran saya..datang la ke perpustakaan berdekatan.Saja meramaikan bilangan pengguna.naik la graf kami nie..hehehe...Membaca jambatan ilmu tau..Macam2 ada di perpustakaan..ade novel,ada buku masakan,agama..pendek kata mai je la...

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA!
layankan gambar di bawah ye...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Dato Seri Husni nie sederhana tau...friendly..dari penilaian saya dr jauh le.Menteri tu...hehehe


 Warga Puteri UMNO Tambun..bersama petugas PD


 Gambar saya terselit..tapi tak nampak dalam TV.beria2 je amik..heheh

Tengok sporting giler kan...bergambar dengan kanak2.Saya nak tapi MALU...hehehe

Sidang Media..ceh..takde nampak dalam Tv pun..frust ibu...

Thursday, June 14, 2012

Telatah Adli

Asalamualaikum.

Bila tengok telatah Adli yang semakin berakal nie..kadang2 tergelak2 sndiri ade jgk..Kadang2 siap tnya kat dia lagi..hahhahahha..akai lebih..umoq br ja sthn lebih.

Alkisah,semalam ibu bawa Adli p Tesco cuci mata.Adli stylo pkai singlet aje..hahaha..layan je..siap masuk dlm troli.kalau kat bawah,naya ibu nak kejaq.Wah,dh jadi cam Big Boss dalam troli.siap berdiri bersandar,muka menghadap ke hadapan.Hajat tu kena beli susu Adli yang abis(tambah stok)sekali rege mhal   pulak.tgk dlm FB harga cmtu.P sana harga lain..Xbeli pun...Beli bende lain..

Alkisah pulak,ibu beli buah tembikai susu.Sekali Adli dok atas buah tu.Mesti Adli ingt bola mainan dia..bulat2..hehehe..dah bagitahu Adli.bukan bola tapi buah..dia wat dunoo..ye la umoq sthn paham paa...hahah
ehsan en google...
kuat imaginasi Adli..bola-buah...mcm2

Sekali dah balik rumah,kuarkan buah tembikai tu dan letakkan kat tepi.Si Adli pulak dari tadi kot dok pk cm  bola dia..dan amik buah tembikai tu.

I:Adli ,itu bukan bola,buah
A:(tengok2 je kat ibu sambil dok angkut.buah tu.berat dkt 2kgg gak)
I:jangan la main,nanti ibu nak makan.

Sekali tu dia tendang buah tu...buat main bola..gamaknya dia pk la..
Siap lambung lg...tu terasa dh berat..dia sambung tendang pulak..

Alih2 ibu amik dan letak dlm peti sejuk..So Adli tak reti buka pintu.so selamat le buah itu..

Jenuh la ibu pening2 bla makan buah..siap dok atas buah lg..nasib la...

Memang akai lebih...

Wednesday, June 13, 2012

Saturday, June 9, 2012

16Bulan

Asalamualaikum

Masuk bulan baru,Adli pun dah bertambah sebulan usia.Dah jadi 16 bulan @1 tahun 4bulan.Pejam2 celik2 dah besar anak teruna saya.Apa yang Adli boleh buat sekarang ini ye?


  • Gigi pun dah bertambah.mcm dah penuh gigi bawah tu..ada la dlm 8-10 batang gigi.Dah mula ajar pakai berus gigi tapi tang ubat gigi Adli telan aje..huhuhuhu
  • Kaki pun makin panjang..Jalan2 suka hati dia je nak jalan.Kalau ibu p pasar malam.sure kena dukung.bukan ape..nanti mana2 Adli pergi ibu tak semopat nak kejar.
  • Udah pandai panjat memanjat.Kat rumah sewa@pengasuh ade pintu grill aje..Balik je rumah opah..panjat tangga.Dah tinggi anak tangga satu2..Tak leh biar dia tu
  • Bercakap tu takat abah,mak,ni...dan selain2 tu bahasa jerman Adli..dia sorang je tahu..
  • Kalau ajak mandi,terus ke bilik air..
  • Main pun dah pandai.Main tolak2 basikal.Susun2 blok.Baca buku gambar.(Adli akan pegang tangan kita dan suruh kita tunjuk apa dan baca kat dia)good boy ye ..........
  • Kalau hantar ke pengasuh,muka kita pun xnak pandang.Tapi time petang berlari je dapatkan ibu.
  • Makan roti sendiri.tak perlu kita nak suap2.alih2 dah abis makan.
  • Dengar je lagu badan automatik gerak2..hayati muzik tu.hehhehe
  • Pandai salam dan cium tangan..tapi tu pun malas kadang2.


Friday, June 8, 2012

Gulai Lemak Nenas Ikan Kurau

Asalamualaikum..

Tajuk di atas sudah menampakkan isi kandungan entri kali nie.Tengahari tadi masak nye..Udah malas nak membeli lauk.Balik2 lauk yang sama.Meh la rasa gulai orang Kedah.Saya selalu masak walaupun sorang je.Dah dok sorang kadang2 teringat mak,mesti masak utk lepaskan rindu tu.Jom tengok bahan2 dan cara masak walaupun tak reti nak share.Saya jenis simple masak tapi ok kat tekak..hehehe


GULAI LEMAK NENAS IKAN KURAU
Bahan-bahan:
Sebiji nenas(ihsan dari mak mertua bagi)
Ikan kurau masin(selain itu boleh je ganti ikan bilis,ketam ke udang ke sebab gulai nie tak tumis)
Sepaket serbuk rempah ikan(kecik)
Santan(terbahagi 2 bahagian;cair dan pekat)
Bawang besar dan bawang putih(itu sukahati)
Garam

Cara memasak:
1)Masukkan santan pekat dan rempah ke dalam periuk dan panaskan.
2)Masukkan juga bawang besar dan bawang putih(tumbuk sedap sket)
3)Biarkan seketika.Biar santan masak dan keluarkan minyak dari santan tu.dalam bahasa mudah..pecah minyak da..kang xpasal nk kuarkan minyak lak..hihih.sori..
4)Agak2 dah terbit minyak,boleh la masukkan ikan kurau masin dan nenas yg telah dihiris berserta santan cair.
5)masukkan garam dan biarkan seketika.
6)Siap untuk dihidang.
*santan pakai agak2 je..hehehehe

Resepi saya belajar dari mak saya..Jenis gulai ni kalau dihirup kuahnya pun sedappp...apa lg kalu ditambah ketam ke??lagi terangkat..heheheh..cuba la...

Thursday, June 7, 2012

Jun datang pulak...

Asalamualaikum..
Jun datang pulak..kenapa ek?
hehehe..xde mende pun ..saja je..
Kan Jun penanda aras bahawa kita berada di pertengahan tahun 2012
Jun jugak penanda aras bahawa saya dah bekerja di Kampar hampir 2tahun.
Jun jugak teringat saya kepada mula2 masuk UiTM Machang.Masa tu baru menjadi siswi...
Jun jugak la penanda hari jadi abah saya 13 Jun dan adik saya 30 Jun.
Jun jugak la penyambung kasih sayang antara saya dan suami.Masa itu belum kawin.tapi berputik semula perasaan kami berdua selepas 'bermusuh' berbulan lamanya.
Jun jugak Muhammad Adli Amsyar dah masuk umur 1 tahun 4bulan

Macam2 cerita pasal bulan Jun..

Oh ya...kak ipar saya pun Kak Ju..(Juraidah)tetiba je..huruf J kan..

P/s: takda idea nk karang entri..hihii..jumpa lagi ye..