TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Tuesday, July 22, 2014

Rezeki Ramadhan

Asalammualaikum..

lama tak bersiaran.
Cuti lama sangat.
9 April sampai 8 Julain..giler tak lama...hik3...

Banyak rezeki dalam tahun ini ..
Rezeki Anak
Anak kedua saya lahir pada 24.4.2014..lewat 9hari.
Lahir di Hospital Taiping.Kelahirannya agak mudah tapi tulah overdue date melampau dari abang dia..he3...dekat sebulan cuti sebelum bersalin.Saya amik cuti seminggu dari tarikh due 15.4.2014.....dah tu melepak kat rmh mertua...mmg lama giler rasa..proses berpantang macam  biasa..agak mencabar ..tak tahan daulat..tapi Berjaya utk 44hari tu..
Oh..nama anak ke2 ke?
Namanya Muhamad Aqil Aysar berat masa lahir 3.47kg..sekarang mau dekat 6kg..berkaat susu ibu.

Rezeki keluarga.
Yang ditunggu sudah tiba.Surat tawaran untuk saya bertukar sudah diluluskan.Tapi maslahnya,smuanya terjadi serentak...baru masuk keja..dah kena tukar..tapi saya akur atas arahan atasan.Saya bersyukur kerana apa yang diingini dah tercapai.untuk duduk satu bumbung..nak jaga makan pakai abah anak2 ibu. Walau saya tahu cabaran ke tempat org,negeri orang...saya berharap saya akan berkhidmat sebagaimana di sini walau sayu meninggalkan kawan2.Saya terpaksa memikirkan tentang keluarga kerana anak2 perlukan kasih saying abah dan ibu perlukan bantuan abah untuk menguruskan anak2 yang kian membesar..Rasa tak dapat untuk 100% dengan Adli kerana ibu terpaksa 100% dengan Aqil yang masih kecil.Ibu sayang kedua2 nya dan berharap kasih sayang ibu hingga ke akhir hayat ibu.

Permudahkan urusan kami Ya Allah!