TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Jumaat, 30 Januari 2009

Sahabatku.....





selamat berbahagia ku doakan dari jauh...............

SeLaMat BertuNanG.....e-faH




selamat bertunang di ucapkan housemate aku iaitu efah yg baru melangsungkan pertunangan dgn org tersayang.semoga dikau berkekalan jdoh smp ke akhir hayat..




amin...








Sabtu, 24 Januari 2009

Smlm Yang Sakit

salam..
skrng nie aku mc..
accident smlm...
jatuh moto..abis satu bdn sakit dn moto aku pun masuk wad...huhuhu......
tp alhamdullilah aku xla mengalami kecederaan yg teruk..

kronologi kejadian
8.15 pg---->bangun pagi,mandi,siap2....
9.30pg--->bertolak ke Taiping..asalnya aku nk buka akaun BANK ISLAM.....
9.5pg----->berada di Bank Islam
10.pg----->pergi amik duit kt Maybank
10.30pg smp 11.15pg---->buka akaun kat Bank Islam
11.15pg--->aku accident ngn keta
12tgh---->anta moto ke bengkel
12.30---->p klinik
2.00ptg---->blik umah

this my story.........huhhuhuhuh
mak..sakit nye...........................................

Jumaat, 16 Januari 2009

Smlm Yg Bengang

salam.....
smlm aku btui2 bengang sgt..
bengang xleh nk ckp.....
huhuhhuuhuuuuuu

Selasa, 13 Januari 2009

Bersama raKan SeKerja-Marina Cove Resort Lumut




3 hari 2 Malam di Lumut





Hari ni br aku msk keja slps 3 ari berada di Lumut utk mengikuti programyg dianjurkan oleh jabatan aku,PPANPk.Belum pernah aku sampai ke Lumut.Byk kenangan yg xleh dilupakan.
Smpai aje di Lumut kereta Ifah terkena batu.Abis cermin keta dia.Walau kena pada sebelah kiri cermin depan,nampaknya kena tukar gak la...Aku terpikir gak kalau aku yg bw keta aku...huhuhuhu.....jd nasib aku xbaik le..Bkn menyesali ttp kos nye yg agak beratus2 gak..kesian ifah....sabar aje laa....Seterusnya ke Marina Cove Resort,pemandangan agak menarik..slama 3 ari 2 mlm...jadual program xla memeritkan aku..ok la..xla tergesa/kalut2.
slbum blik aku sempat ke Teluk Batik,di mana Bdak2 VOC yg buat anisvery kat sini..kiranye ok la aku dh smpai k walaupu aku x join masa2...
aku smpat gak berkunjung ke LUMUT..di mana terdapat jeti LUMUT ke Pulau Pangkor.mungkin satu masa aku bleh pegi ke Pulau Pangkor..tggu..........
hmmm..spnjang 3 ari ni berada di Lumut...aku terasa bebas,gembira dn seronok..mungkin aku dh dpt melupakan kenangan2 lalu..tp aku masih memerlukan masa utk itu smua..







Selasa, 6 Januari 2009

10 muharam

10 muharram (7/1/2009)
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Palestin Jd Mangsa Lagi

sedih aku bc berita kekejaman israel meyerang palestin......Ya Allah selamatkan la mereka.
anak2 yg kecil turut menjadi kekejaman dan keangkuhan mereka.tak dapat aku bayangkan sekiranya bumi malaysia mnjd medan peperangan.cukup..cukup la sejarah yg lalu..



PUTRAJAYA 5 Jan. - Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Wisma Putra telah diarah menggerakkan wakil tetapnya di PBB supaya bekerjasama dengan kumpulan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bagi membolehkan perhimpunan khas tersebut diadakan.
Menurutnya, hanya melalui Perhimpunan Agung Khas ‘Perpaduan Untuk Keamanan’ dapat mengetepikan sebarang tindakan penolakan Amerika Syarikat (AS) terhadap usul resolusi mengenai Palestin di Majlis Keselamatan PBB.
‘‘Perbuatan AS itu sungguh tidak wajar dan dunia mesti suarakan dengan tegas dan membuat tuntutan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut.
‘‘Kita berharap AS dan puak-puaknya tidak cuba menghalang suara dunia kerana apa yang berlaku ini tidak dapat diterima dan tidak membawa kesan yang baik kepada dunia yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengulas isu keganasan Israel ke atas Palestin yang menyaksikan rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu.
Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita.
Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC di Jeddah semalam juga telah bersetuju agar OIC memanggil sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A (V) iaitu Perpaduan Untuk Keamanan.
Perdana Menteri yang menyelar langkah AS menggagalkan usul di Majlis Keselamatan oleh Libya semalam, berkata, tindakan kuasa besar itu adalah suatu yang tidak boleh dihormati oleh dunia kerana ia dilakukan ketika kekejaman Israel terus berlanjutan.
“Serangan Israel yang berlebihan ke atas Palestin sehingga menyebabkan ramai orang awam terkorban dan memulakan serangan darat semalam akan mencetus keadaan yang lebih buruk kepada dunia.
“Ini tidak akan membantu kepada pemulihan kepada kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, ini akan membawa kepada krisis demi krisis dan situasi dunia tidak akan bertambah baik,” katanya.
Abdullah berkata, respons AS bahawa serangan-serangan tersebut adalah disebabkan Hamas hanya sebagai satu alasan untuk memberi laluan kepada Israel bertindak lebih dahsyat bagi membenamkan negara Palestin.
“Sebenarnya, seperti orang kata itulah udang besar di sebalik batu, AS sepatutnya menggunakan pengaruh dan kekuatannya untuk memastikan ada gencatan senjata dan mencari kaedah lain bagi membawa penyelesaian.
“Namun, mereka tidak hiraukan sebaliknya memberikan laluan sepenuhnya kepada Israel untuk melakukan apa saja,” katanya.
Perdana Menteri berkata, AS tidak menunjukkan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang bertanggungjawab apabila memilih jalan membenarkan peperangan dan pergolakan terus berlanjutan.
“Bukan kita tidak tahu mereka mampu menghentikan serangan, semua orang tahu, tetapi AS telah memilih cara lain,” katanya.

Jumaat, 2 Januari 2009

Unofficial HoT Taiping wif VOC PeraK







smlm aku br blik dr kdah stelah smggu bertapa di rumah.... farah msg aku coz ade perjumpaan budak VOC .smbil smbang2 dn lpak di restoran..sembang smp mlm 2....zZZZZzzzzzz..aku dh ngantok gile .....xde nk smpat nk mandi-manda,trus tdo je..bangun aje dh kol 7.30pg...dh lwt...siap mana yg patut.....

hari ni dtg keja...hmm....cm biasa le susun buku....

kemalasan sdg melanda..

biarkan dulu...

huhhu...

terdetik di hatiku.terkenang dia..

dah...dah.....mulakan hidup br......

tahun 2008..tggalkan ia..dlm sbuah memori.

thn 2009 sdg menanti utk merakam lg memori yg lain...mungkin satu memori yg manis??

ntah la..kita tggu aje la.......................

Khamis, 1 Januari 2009

2009

SLAMAT TAHUN BARU 2009
~~SMOGA APA YG DICITAKAN AKAN TRCAPAI~~