TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Sabtu, 27 April 2013

Karipap Adli

Karipap Adli

Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar margerin/mentega
5sudu besar minyak masa
Garam
Air

Inti:
sardin tin
ubi kentang(dipotong dadu dan direbus)
bawang merah dan putih
minyak utk menumis
serbuk kari

Untuk membuat inti

  1. tumiskan bawang
  2. masukkan sardin yang telah dihancur isinya,buang ke tulang ikan sardin.
  3. kalau nak pedas,mskkan rempah kari sedikit.
  4. masukkan secubit garam dan lada sulah.
  5. akhir masukkan ubi yang telah direbus..gaul seketika dan tutup.




Untuk membuat kulit karipap.

  1. Masukkan tepung gandum+marjerin+minyaak masak+secubit garam+air sedikit.
  2. Gaul kesemua menjadi doh/aduan.(tak lekat tepung kat tangan)
  3. Bulat2 kan doh menjadi bahagian kecil untuk senang dicanai.
  4. Ambil satu dan canai.
  5. samada pakai acuan atau kelim sendiri.
  6. Masukkan inti dan tutup.
  7. Bersedia utk digoreng.
  8. Pastikan minyak yang untuk digoreng panas dan buka api yang kecik shj-mengurangkan 'jerawat di kulit karipap.
  9. Goreng garing dan sedia untuk dinyam..


Selamat mencuba utk orang yang tak reti wat kuih..tangan keras..tapi akhirnya aku berjaya walaupun karipap aje..janji anak nak makan..kihkih.kih


ressipi ini telah dicuba dan hasilnya sedappp...kredit kepada google..dia tolong search utk karipap yang ringkas untuk orang yang tak reti sangat membuatnya..

Selamat mencuba.

#gambar takde semasa kejadian.tapi dah 2kali membuatnya..

Jumaat, 26 April 2013

Mod Jumaat

Asalamualaikum.

rasa malas nak cita panjang2..
tengok gambar di bawah..
makin bahagia bersama badan yang menjadi2.
hu3
sedih....:(

Rabu, 24 April 2013

Adli Di Bukit Merah


Asalamuaalaikum...
Hari tu ade tiket free.Moh Lenjun Ke Bukit Merah anjuran Utusan.Saya bawa Adli main air bersama mak,abah dan adik.Adli paling best..memang lenjun budak tu.kih3..nanti saya cuba upload gambar budak kecik nie.Sebelah Adli,kawan seusia.sama2 berumur 2tahun..tapi..comel lote.anak staff gak.Adli main air hampir 2jam gak.Lepas mandikan dia..terus terlena..sambung lena kat rumah tok pulak.Tenang sket bila main air nie.Hilang rasa tension kejap.huhu

Selasa, 9 April 2013

Perbezaan/Persamaan Ibu dan Anak

Asalamualaikum..

hai nampak di atas..comey x?kih..kih..kih...
lain macam kan..
meh nak stori tentang gambar di atas

Perbezaan
2011-kurus lepas pantang
2013-dah tembun balik..wakaka

2011-baru belajar tentang anak
2013-dah 'pakar tak bertauliah'..tuk adli..anything..

2011-tak berapa nak lena penangan Adli yg kuat bangun tengah malam.
2013-kadang-kala tdo tak sedar diri..alih2 Adli gerak nak susu..kih3

2011-Adli masih kecil
2013-Adli udah besar..2tahun ma!!

Persamaan
2011-2013-Masih di sini mencari sesuap nasi bersama Adli..hu4.tabahkan jiwa nie..kentalkan semangat.Amin...

Sabtu, 6 April 2013

Adli Dulu dan Sekarang

##nampak kah perbezaan dan persamaan Adli dari 3bulan hingga 2tahun..yang penting senyuman itu...tak sangka Adli dah 2tahun..cepat masa berlalu..tetapi kenangan bersamamu unik nakk....

Rabu, 3 April 2013

PRU 13 bersiap siaga

Asalamualaikum..


Hari ni PM kita dah umum pembubaran.Tarikh pembubaran sama dengan tarikh Dato Seri Najib memimpin Malaysia pada 2009.

Baru hari ni,semua rakyat Malaysia lega..sebab selama ni dok tanya pasal pembubaran..Lepas nie makin rancak semua jentera,tak kira parti mana..(termasuk abah Adli).

Kemungkinan pilihanraya ke 13 akan dilakukan pada penghujung bulan ini atau awal bulan depan.

Semuanya mulai rasa bahang pilihanraya.Semua tak nak kalah,semua ada janji.Janji macam mana kita mahukan?

Apa pun saya akan pulang menunaikan hak sebagai rakyat.(in shaa Allah)

Parlimen dan Dun tempat saya akan mengundi adalah Parlimen Merbok dan Dun Bukit Selambau.

Dah masuk kali-3 mengundi..

Pilihan di tangan anda~rakyat Malaysia..

KU PILIH MALAYSIA...yang aman..bersatu padu..setia kepada Raja dan Negara.

WW~Adli Mandi




##amboi-amboi anak ibu..mentang2 ibu keja..Adli berkelah dengan orang lain ye..kih3..sory la dear..tak sempat nak berkelah.nanti kita ajak tok dan tokwan berkelah ye dear....serius je muka....cam abah sejibik~


adli memang suka air~


Selasa, 2 April 2013

Al-Fatihah utk Isteri Abg Abil

Asalamualaikum..

Hari ini terasa kehilangan seseorang insan.walau tak pernah bertemu,bertentang dan apatah lagi bercakap,namun apabila membaca nukilan seorang lelaki yang bernama Abg Abil,tersentuh hati saya.Kesanggupan menjaga sang isteri hingga ke akhir hayat.Ditatang,dibelai dengan penuh kasih sayang walaupun isterinya hanya mampu memandang.

Tadi membaca status abg abil yang bertulis"salam semua..Gee baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi.mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee.semoga Allah merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yang terbaik.."

"Salam semua..Arwah Gee akan disembahyangkan pada pukul 4ptg ini di Masjid Jamek Rasah dan akan dikebumikan di Makam Tn Hj Syed selepas Solat Asar..sesiapa yg ingin menziarahi Gee, blh menghubungi abg sy utk direction 0122399551"

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah utk arwah kak gee..smoga ditempatkan di golongan beriman.Amin..

utk abg abil...tabahkan hatiku....semoga sinar bahagia menantimu...~~

http://abil4fauziah.blogspot.com

https://www.facebook.com/pages/Dana-Sinar-Fauziah/337818622942791?fref=ts