TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Khamis, 31 Januari 2013

31-1-13

Asalamualaikum.

Hari ini penghujung Januari untuk tahun 2013.Esok dah masuk bulan Februari.Bulan penuh kecintaan dan kenangan.Bukan Hari Valentine ye....tapi 2tarikh dalam bulan Februari yang penuh bermakna.

04-02-2011---->hari lahir M.Adli Amsyar
07-0202010---->ulangtahun perkahwinan kami.

Kejap masa berlalu pergi.Adli pun nak masuk 2tahun.Makin seronok melihat telatahnya.Mulut makin riuh,bercakap itu ini,inginkan perhatian..Biasala budak nak membesar.

Kalau tak de aral melintang,.hari lahir Adli akan diadakan majlis bacaan Yaasin di rumah opahnya.Sekarang nie ibu sibuk untuk membuat persiapan.Kek belum nampak bayang lagi..Ibu ingat nak wat kek coklat kukus aje....tapi resipi pun entah ke mana.

Untuk 3minggu berturut2 kami balik ke rumah opah.Tak abis letih minggu ni balik lagi dan minggu depan(CNY di Kedah).Lepas nie xde la nak balik tiap2 minggu.penat tengok dompet ibu..huhuhuhu.

p/s: ibu suka tengok tarikh hari nie...tarikh xjadi nak bersalinkan Adli..Adli kuar lewat 4hari...betui2 masak ranum..hihihii


Sabtu, 19 Januari 2013

Keindahan Taman Tasik Taiping



Asalamualaikum.

Saya memang suka melihat keindahan Taman Tasik Taiping.Tak terucap dengan kata2.Sejuk mata memandang.Semasa saya bujang,selalu jugak berjogging pagi2 di sini.Udara nyaman,segar-bugar.Kami berdua berkelah di sini.sama seperti saya dan housemate.beli nasi dan makan di sini.....bertambah sedap jadinya.Adli pun suka.Hajat di hati nak masuk Zoo Taiping tapi abah Adli sibuk bekerja.Jadi ibu bawa Adli jalan2 tengok tasik nie.

Gambar Adli seorang pun payah nak diambil.Makin besar Adli.Mulut pun boleh tahan.Apa yang diucapkan mulut kita,akan ditiru oleh Adli.

Nanti kita datang lagi ye..kali nak paksa abah jugak...Dulu2 zaman cintun senang je mengikut..sekarang nie..adeii payah..tu lah hakikat dah berumahtangga..Alam bercinta Vs Alam Kahwin..sapa2 yg dah kawin..faham2 le..yang tak kahwin lagi.....beringat le...

jumpa lagi..

Khamis, 3 Januari 2013

03.01.13

Asalamualaikum.
Selamat tahun baru,2013


sekarang nie




Mode:sibuk menyiapkan laporan tahunan.

So xde sangat entri yang bagus untuk dibaca.Mungkin selepas selesai semua laporan.Bolehla cite panjang2...

Ok..Daaa..