TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Jumaat, 28 Jun 2013

Rumah Baru..

Asalamualaikum..


Hujung bulan kami akan berpindah ke rumah baru....tak berapa nak baru..he3..ala rumah sewa jela..tak mampu nak beli rumah sendiri lagi.Ada rezeki tak kemana kan.

Hari ni dh Jumaat,masih takde apa yang dikemaskan..Hujung minggu dah nak pindah...Belum jumpa mood nak mengemas..rasanya last minute kot...itulah ibu Adli.kalu kerja rumah selalu wat last minute..tapi kalau kerja di pejabat,serasa nak hantar cepat2..he3..bukan apa..sini ada kemudahan wifi dan printer,jadi tak yah risau..kalau kat rumah??agak2 boleh siap x?hihi3..

Hujung minggu lepas berpindah ruamh nie..kena balik kampung hantar Adli..meeting+konvesyen 2hari..lepas tu..kami bercuti untuk balik Kedah..rasa lama tak hirup udara Kedah kan..kerinduan pada keluarga..

Minggu depan tu nak berpuasa..Jadi untuk sekian kali nya..kami menyambut berdua..bersama Adli..kalau abah Adli boleh tunggu untuk 1 Ramadhan kan best..(macam la puasa penuh)..

Ok la ada keja sket..Nanti kita sembang lagi k..


Selasa, 25 Jun 2013

Dugaan Bulan Ini

Asalamualaikum

Lama tak coretkan cerita di blog ini.Hm..kadang2 tiada idea untuk dipersembahkan.
Dah pendam lama dah.Hujung bulan nie saya dan Adli akan berpindah rumah.Ala-dekat aje.Rumah yang lama ni owner nak balik,katanya nak bagi adik dia sewa..hm..malas la nak gaduh dengan owner walau janji tinggal janji je.
Dah dapat rumah baru,tapiiiiiiiiiii...owner baru xpernah nampak.Kunci dalam tangan tapi tak jumpa lagi dia.Hmm...entah la kalau si owner baru wat hal tetiba nak bagi sewa kat orang lain..haru gak.hu..minta2 owner dia xberubah ati.
Awal bulan nie kena ke KL untuk hadiri mesyuarat dan konvesyen 2hari gitu...Tinggalkan Adli bersama abahnya.Harap2 si abah dapat menjaga Adli ye..Jgn harap tokwan dan opah ye...Lepas nie nak balik kampung belah kedah.Lama dah tak balik,rasanya dekat sebulan lebih.hmm.lepas tu back to normal balik la adli oii.....rumah baru kita..he..harap2 kita berdua boleh jadi patner yang sempoi ye..he3

Sabtu, 15 Jun 2013

Pergi Makan Kenduri Di Gopeng


Musim kenduri tak abis lagi.Moh kita pergi makan.Kejadian ini berlaku tenghari tadi,15Jun 2013.Lokasi kenduri di Gopeng,Perak.

Letih teman dibuatnya.Buka apa,dalam perjalanan nak pergi kenduri nie,tersangkut la dalam jalanraya.Ada kemalangan,rasanya panjang jem dalam 3kilometer gak la.berbaris aje.Ada yang potong line,itu la melambatkan kereta yang berbaris.Sejam gak dalam keadaan gear 1..Bayangkan laaa...

Geram sangat dgn orang yang suka amik line kiri utk potong..Pantang tok nenek dee....Adei...sabar..sabar..Nasib baik boleh mengharungi kesesakan sampai lenguh kaki(dok asiik tekan clutch) dan di tambah perut yang lapar.,sabar je la.hu3.Akhir sampai jugak tempat dtuju.Ada kawan sekerja,boleh lepak-lepak kejap.

Selamat pengantin baru buat Zila dan suami,semoga bahagia ke akhir hayat~

Jumaat, 14 Jun 2013

Perkembangan Adli 2tahun 4bulan




Asalamualaikum.Salam Jumaat.

Lama tak citakan pasal perkembangan Adli.Adli dah berumur 2tahun 4bulan.Banyak perkembangan nak dikongsi bersama.


  • pandai menyanyi~siap wayar charger ibu jadi mic...tapi taktau lagu pe dia nyanyi.~lagu 'Sayang dan Putih2 Melati antara kesukaan Adli..boleh la sikit2 ikut lirik.
  • ajak balik~tu bila amik dia dari rumah pengasuh dia.
  • pandai berkawan~selalu anak pengasuh dan kawan2 yg berumur 10-11tahun.ceh..adli berlagak kawan dengan dorang tuu...he3
  • demand bila sesuatu~ibu..nak kopok(keropok),ibu..nak kelat(coklat)..siap suggest depan kedai..siap p amik tu..
  • payah nak bagi tidur petang..kadang kol 4petang baru nak tdo..hu3.jenuh.paksa pun wat dek je dia.
  • pandai ngadu kat tok~cakap'ibu ubit(cubit)...
  • still manja2 lagi..feeling baby2 lagi..
  • pandai bercakap bila tengok tv~ibu,dia nangis..~ibu,ksian abang kan..
  • kalau kita marah..adli takut siap .kata .ibu...syg ibu..syg ibu..siap dgn kiss..he3


Rabu, 12 Jun 2013

Aktiviti Kraf Untuk Kanak-Kanak

Guris Krayon

Bahan yg digunakan:
krayon
kertas lukisan
lidi/buluh 

cara:
warnakan pada kertas menggunakan pelbagai warna krayon
kemudian,warnakan hitam ke smua kertas yg telah diwarnakan tadi.
amik lidi/buluh..lorekkan apa yang disukai..taraaaa...hasilnya di atas..




Selamat Mencuba!

Selasa, 11 Jun 2013

Kursus Perkembangan Kanak-kanak

geng bas sekolah bersama tenaga pengajar ..

Asalamualaikum..

Lama tak berkursus.Baru nie berkesempatan berkursus.Best gak kursus nie...macam2 maklumat dan info.Belajar tentang perkembangan kanak-kanak.Teruja sebab bila belajar..teringat kat Adli..belajar tentang perkembangan mereka dari kecil hingga dewasa.Tak terkecuali aktiviti yang boleh dibuat di perpustakaan mahupun di rumah(mengajar anak).Jadi budak kejap dalam kursus 2hari nie.Suasana santai itu yg terbaik.Kalau ada kelapangan boleh saya ceritakan serba sedikit tentang kursus nie.


Sabtu, 8 Jun 2013

Gelagat Adli Depan Kamera

katanya..Peace ibu!

camtu sekarang kalau amik gambar adli.he3