TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Datang 2013

Asalamualaikum..

Mulai hari ini sehingga Selasa ini saya bercuti.Takut tak sempat nak ucap..

SELAMAT TINGGAL 2012

Byk kenangan dalam tahun ini.Tak tau nak luahkan cuma apa yang berlaku pada tahun 2012 yang buruk jadikan pengajaran,yang baik jadikan kenangan terindah.

Antaranya;

  • Adli semakin bijak dan terus melangkah menjadi kanak2 riang
  • Si ibu semakin banyak bersabar dan cekal menghadapi  semua situasi
  • Si Abah mempunyai cita-cita~harapan ibu semoga abah mencapai cita-citanya.


Tentang kerjaya;dari satu kawasan telah meluaskan kawasan yg dijaga dan ditadbir

Kesedihan dalam 2012;apabila tok angkat meninggal....

Setakat itu je saya dapat simpulkan.

Nantikan huraian azam 2012 yang telah/belum saya tunaikan dan wishlist utk 2013..nantikan ye...

















SELAMAT DATANG TAHUN 2013...

Sabtu, 29 Disember 2012

Hak Anak

Hak Anak kepada Ibubapa(petikan rancangan Al-Hidayah TV3 semalam)

1)Ibu yang soleh


2)Nama yang baik(Maksud nama)


3)Pendidikan Islam yg sempurna..


In shaa Allah...

untuk perkongsian maklumat

Jumaat, 28 Disember 2012

Adli hampir 2tahun..

Asalammualaikum..

Kejap masa berlalu pergi.Tak sedar esok 29Disember 2012.Ada lagi dalam 3hari kita berada di tahun 2012.

Adli pun dh hampir 2tahun.Bulan Januari dah 1tahun 11bulan.kadang2 aku merindui dia di zaman kecilnya...hehehe..bukan apa,baunya masih bau asli..tapi sekarang nie..wangi jugak cuma ada bau lain...

Lupa nak bercerita tentang perkembangan Adli.


  • Dia dah pandai cakap,nak susu...sweet je..klu ibu tak faham..Adli wat bahasa isyarat..
  • Pandai kedekut tapi bila ibu wat2 sedih..dia bagi jugak..
  • Pandai pulak meminta2..'sket..'sket..selalunya kalau orang masuk dapur.dia akan masuk jugak..dan bermula2 ayat poyo Adli tu..'sket..abah...'sket pah...
  • Bila ibu wat menangis...gelabah si Adli ni jugak..hahaha..
  • Kalau disuruh buang sampah,dia terus buang ke bakul sampah...
  • Makan pun dah macam2 contohnya laksa,aiskrim,duriann....rambutan...(tapi ibu tetap hadkan)
  • Satu je perangai ikut ibu;kalau keadaan macam orang lain lebih pandai,Adli wat diam je..heheeh..tapi kalau dia rasa dia paling hebat...hebat btllllllllllllll.....
  • Pandai main kereta..susun kereta..tapi abis tayar kereta..xde sebelah..haha
  • Pandai pilih barang utk dia....




Rabu, 12 Disember 2012

12-12-12

Asalamualaikum.

12-12-12
cantik tarikh tu?
ada tarikh istimewa ke?
takde la.
saje aje.
dlm Fb dok update 12-12-12
tahun nie jela..
tahun depan dah xde tarikh cantik...xkan 13-13-13 
mana ade kan..hehehe
cuma harinie 12-12-12 buat pertama kali saya tertinggal beg tangan di rumah.
Sedar2 dah parking keta nak amik beg..baru terperasan takde..
Tengahari tadi balik amik..Nasib tak jadi pe2..huhuu...
leh jadi kenangan tu 12-12-12
ade ke orang sengaja nak tinggal beg tangan..
naya kan....nasib dekat je..kalu tak rasa nak nangis2 je..
ok la tu je coretan untuk 12-12-12.


daa.....

Selasa, 11 Disember 2012

Kerja Pertama Anda Selepas SPM

Asalamualaikum..

Wah..nk masuk tengah bulan..baru nak update..ni pun baru balik dari kampung.Sibuk menguruskan majlis bertunang adik bongsu.Terasa keletihan walau baru je majlis tunang.Esok2 dah kendurinya..ntah la macam mana nanti.heheheh.


Pagi tadi ketika balik ke Kampar,terdengar kru Pagi Era..Johara membicarakan tentang kerja pertama anda selepas SPM.terus terfikir nak jadikan entri hari ni..ok x tajuknya..hehehe..

Seingat saya selepas kertas Ekonomi Asas,saya terus teruja nak cari keja kilang.Maklum la keja nie ok la.sebab pengangkutan depa yang hangkut..hehehe.masa tu mana reti bawa mcm2 kenderaan nie...

Masa nie la kenal supervisor,leader,line,reject,damage..bahasa dalam kilang..merasa gak la dunia kekilangan kan..cewahh..ada kumpulan orang tua,orang tengah dan budak2 muda(kami la tuu)..

Kerana keterujaan inilah membuatkan 6bulan saya bekerja di kilang memproses bahan asas komputer.Kiranya ini kilang omputih. Kawan2 satu sekolah sama bekerja di kilang ini.Banyak suka duka berada di sini.masuk je bulan Jun..sorang2 dapat panggilan masuk belajar..termasuk la saya.Tapi kira saya beruntung sebab yang lain2 masuk politeknik dan saya je masuk UITM.

Selepas masuk UITM,ada je cuti semester mesti saya bekerja balik di kilang nie.Tapi sayang selepas serangan 9 September tu..kilang2 yang berada di Malaysia mulai tutup termasuk kilang yang saya kerja nie.Jadi takde kilang tu dah.tinggal sejarah je la..

Merasa gak duit selepas SPM.tapi bila difikirkan apa yang dibeli..udah lupa..begitu la budak2 SPM..heheh..kecewian nak pegang duit..

Pengalaman bernilai bagi saya..sebab tu saya tak pandang rendah pada minah2 kilang..sebab kerja memang teruk jika dibandingkan kerja saya sekarang.Kerja di kilang lebih kepada fizikal dan sekarang kerja saya lebih kepada mental..huhu..

itulah al-kisahnya.