TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Khamis, 31 Disember 2009

C.h.e.c.k Azam 2009


1.bekerja dgn lebih bersemangat~~well biasa je kerja tetap kerja.

2.melupakan kenangan lama,mulakan kehiduapan yg baru~~kenangan tetap kenangan tapi itu la jodoh aku sudah tersurat bersamanya

3.membeli peralatan rumah~~dah beli set periuk..hikhikhik..

4.mengaktifkan diri dgn kelab2~~awal tahun dh ok..mai dkt2 ujng tahun ..pancit mak oii...

5.menjadi muslimah sejati~~ke arah itu selamanya.Amin

6.mengurangkan lebihan berat badan~~ya nie,aku xtau,lagi berat naik ada lg..senang hati org kata ^ -^

7.menyimpan duit~~insurans cover simpanan

8.membuat catatan blog~~ YES

9.pergi melancong ~~blum lg..maybe honeymoon 2010

10.mencari cinta~~telah ku temu CINTA ku..


Azam 2010??




tggu dulu...nk pikir jap..~~~

Catatan Sepanjang 2009


Salam utk smua pembaca blog ini,inilah catatan yg sempat aku buat.


Sepanjang tahun ini byk kenangan suka duka yg aku tempuh sepanjang tahun 2009.Dengan ini aku byk belajar erti kehidupan.Pengalaman banyak mendewasakan aku.

Antara kenangan yg aku kutip sepanjang tahun 2009

Januari 2009
Kemalangan kecil di persimpangan Jalan Taman Tasik Taiping

Februari 2009
Kemalangan kecil di Jelai,batu Kurau

Mac 2009
Konvensyen Perpustakaan Keluarga



HOT de Carnivall


Kelahiran Anak Along


April 2009
Pertemuan kembali 2hati



Mei 2009
Pertama kali membawa si buah hati berjumpa keluarga



Julai 2009
Pertunangan bersama yg tersayang


Oktober 2009
Kelahiran Muyassarah Damia bt Mohd Sabri


November 2009


Sambutan 'birthday girl' di KFC Kamunting


Kak Chaq kawin


Abang dapat anak saudara baru Muhd Lutfilhafiy


Disember 2009


Dapat BONUS ^-^.Alhamdullilah.....


Menunggu detik......lagi sebln nk nikah.... :P



Di sini..sepanjang tahun 2009 ,yg tidak boleh dilupakan kenangan adalah ikatan pertunangan dan seterusnya Insya Allah kami akan disatukan pd bln 2 2010.Kepada kawan2 yg sudi membaca blog ini,aku ucapkan terima kasih atas kesudian kwn2 utk membaca cebisan kisah aku yg tak seberapa.
Apa yg buruk smua dariku,Yang baik smuanya dari -Nya .kita mampu merancang,hanya DIA yg mengetahui segala-Nya.Aku doakan tahun 2010 dapat menyinari hidup sebagaimana 2009 telah mengubah aku menjadi aku yg sebenarnya.

Sabtu, 19 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU YANTIE

Esok,majlis perkahwinan Yantie ,sahabat yang aku kenal ketika bersama menjadi ahli kelab Viva.Selepas nie,bermulalah episod baru buat Yantie.Aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU bersama suami ,semoga ikatan kalian lebih erat dan bersama hingga ke akhir hayat kalian.
Insya Allah,aku akan menghadiri bersama tunang tersayang.
p/s:balik kampung ada sebab2 (urusan perkahwinan)Harap2 berjalan lancar.

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431




Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Khamis, 17 Disember 2009

Susun Blok





Benda alah nie lama dh aku beli utk aktiviti di perpustakaan.tapi dok terperap kat dalam almari pejabat.Smlm aku keluarkan dan bagi kat budak2 bermain.nasib baik ada gak bdak tu pandai main.aku nie xbesa main yg canggih..main batu selambut ke,jengket ke,main getah ok la 2..
Mula2 main nampak blur je..dh 2-3 kali main..makin seronok je..yelah zaman kecik mana nk mampu beli..huhuhu..sekarang ok pa...hihihihihihih...
Cara main yang aku paham..amik satu daripada blok yang disusun dan letakkan di atas.ulang smpai blok tu tumbang....tapi xleh main masa ade budak2 membaca..mau terkejut...sbb kalau tumbang blok tu...makin budak2 tu menjerit..hehehe..aku pun tumpang jerit sama..nasib baik keja kat kampung je..so xde la org lain nampak aku kan..
tu je aku nk cita....
sekian,terima kasih........


Rabu, 9 Disember 2009

Keluarga Abang


Taraaaaaaaaaa...Ni keluarga abang aku yang sulung.Anak2 dia dh 4org..semua hero..penat maklang nk jerit2..huhuhu. Keluarga encik Husain-abah aku- pun makin bertambah.Ye la..tahun lepas abang yg kedua kawin..dh pun dpt anak perempuan..pasnie aku la pulak..Insya Allah aku pulak menyusul..rasa nk anak kembar..blh ke??


Nama abang chek yg sulung,org panggil PIAN.Orang rumah namanya JU,anak2 depa nie smua nama aku yg letak..hehehehe...dpt penghargaan gitu..Hafiy,Hadif,Haziq & Harith
Harapan aku kpd abang aku supaya dapat membesarkan keluarga lagi..hhihihihihi..membahagiakan harta yang tidak ternilai.Smoga kalian dilimpahi rahmat-Nya.Amin.

Muhammad Lutfil Hafiy

ceh..tgk balik gambar,nmpk sangt kayu ....hahahaha...xtau sok2 ada baby sendiri..


Makngah yang ayu.....heheheehehe
PakNgah yg garang.....hohohohoho




kecik tul bdak nie....
Inilah dia anak saudara Pak Ngah Adam dan Mak Ngah Lela
Anak kakak Adam,Siti Hawa yg menetap di Kuala Lumpur.
Dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur(ikut mak sedara dia lahir situ gak..)
pada 29 November 2009(sama bln ngn mak ngah dia jugak budak nie.)
p/s: Kecik gak budak nie....pas 2-3 bln membesar la 2.....kan..kan...





Jumaat, 4 Disember 2009

Mood Pra Kawin

Salam kpd smua kwn2 yg baca blog aku..
lama tak 'update' blog ni.
bukan apa,2-3 mgu nie aku kesibukan sedikit..
mmg aku buka blog ini,tapi cuma aku menziarahi blog kwn2 yg lain.
Buat pengetahuan smua.
Mulai saat ini,aku semakin sibuk.Sibuk dgn keja dan sibuk dgn persiapan utk perkahwinan aku.
Alhamdulilah...segala2 bermula sekarang nie..
Doakan aku utk menghadapi detik2 ini..
~amin~

Sabtu, 21 November 2009

~~Setelah 2 hari xde internet~~bla..bla..bla...

Dalam 2 hari ini aku xleh buka facebook(bermain farm ville) atau blog dan sewaktu dgn nya.huhuhu..bohsan teramat.Ditambah dgn batuk2 dan hmpir demam panas,aku tak senang dibuat nya.
Btui la kata org 'bila dh terjebak dlm FARMVILLE ni susah btl nk tggalkn.Mana taknya..2 hari xde internet,aku hmpir rasa sasau pulak(dok terpkir kebun sayur yg ku tinggalkan tanpa mengutip hasil)...wakakaka..btul2 addicted ni..Nasib baik ada gak tanaman aku smpat aku tuai..hehehehhe...begitu taksub kan....bkn apa..bla tgk ladang tu..rasa bersemangat nk jd farmer..heheheheheh..leh dpt coins..pastu leh tanam,tuai hasil dn mcm2...

Oh lupa nk cita ttg sambutan hari jadi aku yg berlaku pd 18 nov yg lps..Mr Adam membawa aku ke mana??..Thn ni thn pertama aku menyambut my birthday.Tempatnya di KFC Kamunting.Malam tu aku tak berapa sihat.Asyik batuk2 smpai la skrng nie saat aku menaip catatan ini.Mungkin tunang aku tak tau cara nk menyambut hari jadi.Apapun aku tak kisah,asalkan abang ingt tarikh-tarikh penting,itu lebih bererti.Selepas makan2,aku singgah di Farmasi Kamunting utk membeli ubat batuk(terpaksa beli sbb si dia tak tahan mndgr batukan aku.huhuhu..syg bangat pd diriku ini).
Hadiah yang paling aku suka dari tunang aku adalah......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kasih Sayang Abang.
itu je yg aku mahu.........pelik kan......tapi itu lah hakikatnya....


Terima kasih kpd abang kerana menyayangi diriku dan membahagiakan aku.

Rabu, 18 November 2009

~Ulang Tahun ke 27~Selamat..............

kredit di sini



Hari ini bersamaan 18 November 2009 adalah hari ulangtahun yang ke 27.Pejam celik dah 27tahun aku berada di muka bumi ini.~Alhamdullilah~Aku bersyukur diberikan kesihatan yang baik serta rezeki yang tidak putus2 .



Namun hari ini aku melihat diri aku daripada seorang perempuan kepada seorang wanita ,dari satu fasa ke satu fasa aku melangkah,daripada alam kanak-kanak,alam remaja,alam belajar dan sekarang alam pekerjaan.



Bila aku menoleh ke belakang,setiap langkah yang aku atur selama ini ada kalanya lancar,terjatuh,tersungkur dan kadang-kala menangis.Tapi smua itu kan asam garam dalam kehidupan.Jadi ,segala pengalaman dari masa lampau akan ku jadikan panduan utk aku meneruskan perjalanan.



Tika ini,aku berasa bahagia apabila ada insan yang menyayangi sepenuh hatinya dan .Insya Allah, aku dan dia akan disatukan apabila masanya akan tiba.Padanya aku berjanji,tiada insan lain di hatiku melainkan dia dan seterusnya aku menjadi 'tulang rusuknya' buat selamanya.



Semoga aku dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur utk aku meneruskan perjalanan yang jauh.

~Amin~


Sabtu, 14 November 2009

~~Xde modal~~

dah bersarang rupanya blog aku nie kan..
bukan taknak update cuma kebizian yg tak terlampau.
skrang nie aku btui2 xde mood
tggu la bla aku ade mood k...


p/s:hari nie aku blik kg sambil menghantar adik dan anak buahku yg dtg 3 hari lps.Kjap lg penuh le keta aku ngn durian....sapa bg???hmm...tentu la bakal mertua ai...nak rasa..jom p rumah cheq nooo....hehehhehehe

esok kak chaq bernikah dan aku akan menemani dia utk saat itu.Semoga berjaya dan selamat menjadi isteri orang..Aku lepas nie la pulak....

Rabu, 11 November 2009

~Jom Jom Join Contest Mudah~


Syarat2;
  • terbuka kpd blogger-blh masuk je-
  • teka tempat -CAMERON HIGHLAND-
  • tinggalkan komen -dah-

klau x clear,sila rujuk sini..

Jumaat, 6 November 2009

Apa aku buat sekarang nie?



skrang nie aku dh ketagih main Facebook.kjap1 bka..kjap2 belek...hehehehhee..Berbeza ngn Friendster..Yg nie lebih UMMMMMPPPHHH....ramai kwn sek ren aku jumpa.Rasa hepi sgt.Teringat masa kecik2 dlu..Lma btul kan.....aku sdih xdak gambar banyak utk sek ren..huhuhuhuhu..apa pun utk smua kawan2 aku,AKU SAYANG KAMUUU...............................

Khamis, 5 November 2009

dok cari-cari.......

teringin gak nk pkai songket nie...tp xpanas ke ??ala2 wanita melayu jaman2 dolo..ahaks.....

credit :klik sini



Meh La Usha..kot2 terberkenan

Sebenarnya sekarang nie aku masih mencari warna tema utk masjlis perkahwinan ku.Harap2 website ini dpt memberikan aku idea dan siapa2 lagi yg mau berkahwin.



http://weddingsbysher.blogspot.com/



http://4weddingku.blogspot.com/



(KULIM)





(ALOR STAR)





(KULIM)









p/s:saja nk tempek nie..mana tau kot2 ada org intai sambil nk cari mende cm aku gak.....sama2 sharing information.


~melayan perasaan ketika ini~

hmm...sbnrnya lama dh dok pkiq nie...dok cari warna tema utk majlis kawin aku nnt..Warna apa yg sesuai utk diriku ini yg agak comel dan berkaler gelap dari warna asalnya..Kalau ikut kesukaan diriku ,warna biru ..tapi dh old date sbb nya masa knduri kawin abg dulu dh ada.siap langsir warna biru.So ingtkan nk buat kelainan la..
Skrng nie aku tgh berangan2 memikirkan ttg baju nikah,baju kndri belah aku dn baju kndri belah org sana(sapa 2....hhihiihihi).Dlm kepala otak aku skrng nie..K.O.S.O.N.G....baju nikah byk aku tgk warna putih jadi kegemaran.Aku bukan anti-Putih tapi aku nie kan ala-2 hitam manis orgnya..nnt tgk cm taik cicak lak..adeiii....Kalau dok ikut berangan aku lak,warna ala2 emas gitu..sesuai x??hmm.....atau cream.....tolong2x......aku penat memikirkan...

Rabu, 4 November 2009

2009 Year End Contest


Step 1 : Write a blog post, With this Title ''2009 Year End Contest''.
-done-


'How many love did you see in the picture as below?'
18

Step 2 : Enter your name, email and post your link to this contest in my comment box.
-done-

Step 3 : Sign up as follower in this blog.
-done-

Step 4 : Copy and paste my banner code.Display it on your blog sidebar.
-done-

Step 5 : Lastly, Sticky post.This post will stay at the top of your blog until the end of the Contest.
-done-

Sabtu, 31 Oktober 2009

Lama tak update~~~Apa kes?

Hmm...lama btui aku tak update dlm blog nie.
Apa kes??
xpe kes ape2 cuma malas kot,sibuk kot..apa2 kot2 lak...
ntah la,apa yg aku bt spnjang mggu nie takde pe pun yg menarik selain jumpa ngn Mr Adam.Takkan aku nk tulis apa yg aku ngn MR Adam kan..opss....hehehehe..xde pe2 laa...
Cuma nk cerita psl kursus kawin nie...dh karang dh..cuma nk publish je..tu pun malas..
Hari nie hari terakhir utk bln Oktober.Mcm biasa aku slalu tggu bln November..yelah kalau sapa2 tak ingat,xpe..asalkan aku je ingat...msk je november...aku makin tua....hehehehhe...bln dpan ni maksud aku esk la bln kelahiran aku...tup2 dh nk masuk umo 27thn..Rasanya br je umo 18tahun..perasannye..hehehehehe...
Apa2 pun..entri kali nie hanya utk suka2 aku nk taiip..dh lama xupdate..tp xde cerita menarik utk dikarang dan diingati melainkan dating je..hehehehe..
2-3 hari nie aku batuk lak..sblum nie batuk ngada2 je..tp skrang nie rasa mcm penat batuk..menekan dadaku....auww.....sakit tauu...dh 2 hari aku mkn ubat batuk..xde pe pun ....lena ade lagi la..hahahahaha......
ok la aku xtau nk bebel apa lagi..kepala pun ade pusing2 skrang nie..kerja baru ade...hehehehe..dok tgh proses buku....byk tuuhhh.....masa nie krajinan aku akan terserlah..then pas tu...paham2 sndri la..

Cauuu.............

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kebosanan Melanda

Hari ni aku rasa bosan sgt..tak tau nk buat apa.
Sbnrnya aku berasa takut utk melangkah ke tahun 2010.
Bkn apa,thn 2010 mungkin merupakan tahun yg bermakna,Insya Allah aku akan menjadi isteri org.
Tapi bila difikirkan,kdg kala aku berasa tidak yakin atas kenyataan itu.Aku takut aku tidak dapat menyesuaikan diri pd suasana yg berbeza.Maklum la sblum nie hampir 27thn aku hidup(alhamudillah)aku cuma ada mak,abah dan adik beradik aku.Skrng nie pun dh nk msk umo 30 an tahun(3 tahun lg da).
Selepas ini dunia aku pun berubah,dari mempunyai sebuah keluarga dan akan menambah 2 keluarga lagi.yelah,keluarga mertua dan keluarga aku sndri di mana akan ada aku dan suami serta anak-anak kami.Dalam perancangan emak , kami akan bernikah pd hujung thn ini atau awal tahun depan. Kenduri pula dirancang pada bulan 2,2010. aku amat runsing ttg ini.Yelah kalau dihitungkan,xsampai 4bln nnt berlangsung majlis nie.

skrng nie dlm bln nie,aku akan mengikuti kursus perkahwinan.Bln depa aku akan merancang persiapan ttg pernikahan aku (jika ia berlangsung thn ni jgk).
Harap2 sblum itu,dapatlah aku membuat persiapan agar majlis aku berjalan lancar.Aku harapkan doa2 dari teman yg mengenali aku.

p/s: esk aku ada kursus perkahwinan.Langkah seterusnya..tggu....

Khamis, 22 Oktober 2009

XXXXXXX

BIRMINGHAM(Alabama)-Pemilik sebuah kereta menggunakan nombor plat 'XXXXXXX' mendapat kejutan apabila perlu membayar denda semua kenderaan yang tidak dikenalpasti pihak berkuasa di sini.
Perkara itu berlaku kerana warden trafik akan menulis tujuh abjad X pada borang setiap kali mengenakan denda ke atas kereta yang tiada no plet ,lapor Daily Telegraph,semalam.
Scottie Roberson,38,memilih nombor plat 'XXXXXXX' kerana abjad kegemarannya adalah tujuh selain digelar 'Racer X'.
Dia telah menghubungi pegawai perbandaran bagi memaklumkan masalah itu tetapi notis denda terus diterimanya.-Agensi.

sumber:bharian.com.my(22oktober 2009)

mcm2 hal kan..xpernah aku nmpk kat M'sia ni ade no plat cm2..hehehehehee..ksian kt pemilik kerana terpaksa membayar denda utk kereta yg tiada nombor plat. Unik abjad 2 tp merana poket kena bayo denda..Macam2 hal......

Rabu, 21 Oktober 2009

Review Tentang -Club Blog Bicara Sempoi.

1.Pasang link club bicara sempoi diblog anda
http://blog-blog-bicara-sempoi.blogspot.com/

2.Buat Posting Review Tentang -Club Blog Bicara Sempoi-
Pagi td aku br msk keja..tetiba ade seseorang tlh meletakkan link ini.So aku menjengah lah ke sana..Walapun blum btui2 explore scara mendalam,tp aku rasa mcm best je..Yelah tmpt blh menyatukan para bloggers yg agak tegar mahupun tegar sndikit.aku harap dgn adanya blog nie..blh mrapatkan perhubungan antara bloggers walaupun xpernah bersua hnya dpn pc aje.At least kita ade ramai kawan.Enjoy it k...
Salam ukhwah dari aku......muahhhhhhh....

3.Sedikit Ulasan Apa Tujuan Anda Buat Blog?
mula2 tgk org ade blog,aku pun nk wat.dlm stahun je..aku tggalkan dgn alasan masa 2..xtau nk wat stori mori nie..lelama syok baca blog org.aku pun teruja...mula thn nie...aku menjadi agak tgar dlm dunia blog nie.Blog aku hnya diari yg mencatat stiap apa yg aku suka,benci dn sbgainya.Skrng nie aku mula suka...dh terus suka mejadi blogger tegar......sapa yg suka membaca entri aku dipersilakan,sapa yg xmo tu close je wndow 2.hheheheehheehe...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Lirik Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu


p.s: sydu btl bla mendengar lagu nie.Wah btl2 puitiss..
I LOVE U ABANG..................muahhhh

Repot Birthday Abe Ehem2....




Ahad lepas adalah ulangthn utk abe ehem2,tunang aku.Mula2 aku ingt nk celebrate birthday kat taman tasik 2...tp dia nk g mandi lak...rosak perancangan aku wat nie.xpe la,aku ikutkan je sbb birthday boy kan.Rupa2 nye kat Taiping nie ada lg tmpat mandi selain Breesmish(btui ke aku eja nie)...


Tempat mandi 2 dkt Taman Suria.Dkt dgn Bangunan TM(TELEKOM) aku sndiri xpernah smpai shingga la Abe bw aku kat tmpat 2.Lebih kurang tmpat mandi lain,ada air sungai,batu2...dn tntu skali orang la..Kira berpicnic.Bla berpicnic mesti ada mkn2.Aku msak sndiri beb.Menu kami tghari 2 adalah ikan keli masak cili,ayam masak kicap,begedil ayam dan papadom dan tak lupa nasi putih.Yang wajib adalah kek...tp kek pulak tersenget2 ..hhahahaha..tu la sbb nk secret kunun..last2 kek ke mana,kotak ke mana.Tp xde la rosak sgt kek tu,tepi2 tu la..kurang sket..


Mula2 smpai dkt tepian air,kami hampar tikar zam ala kezam.Apa2 pun isikan perut tu 2.sbb nk tolak arus 2..dh kenyang.Kami berdua pun menjelajah ke tmpt yg lebih melatoppp....kira kat ayaq terjun yg xbrapa tggi tu..Mula2 aku xnk mandi..sbb sejukkkk....xmenahan lemak di badan2...lgpun aku pkai CL.kang rosak la..berendam aje le..lebih kurang gitu kami pun naik smula..Masuk2 je dlm kereta..hujan pun turun......then aku ke tandas berdekatan utk salin baju...opsss....mana bleh salin kat situ...kang juling biji mata lak....
Aku sebenarnya nk bg hadiah kat abe ehem2..tp xtau punca nk bg.Kunun2 nk wat surpise le..Hadiah 2 pulak aku blum balut lg.IShh....kena cari idea..So my idea is pergi kedai hadiah,p bli la...tp si adam asik mengikut lak..Alih2 aku sound kat dia.."abg p la tgk barang lain,syg nk cari brang nie.." xtau le dia tau ke x,plan aku nk kasi hadiah.Cari2 kotak hadiah.xdak pun,alih2 aku bli beg kecik..asalkan muat le..Dh beli tp msa bila aku nk letak hadiah 2.?


Aku pun cari lg idea..aku suh dia g beli air la kat seven E...so masa yg terhad aku pun pkai bubuh je..hehehehe..mcm mana lak nk bg kat dia,ye la..very simple punya hadiah..shy la jgk aku nie...ingtkan nk bg masa nk blik rmh....masa dok smbang2..tetiba abe tnya,"syg,brg yg bli td tu nk wat apa"..actually masa tu aku tgh drive,smbil smbang tgn adam amik beg hadiah yg aku sorok bwh kerusi driver di blakang2.Aku pun jawab la "try la tgk apa benda 2".hehehehehe..aku pun wat muka blur2..dia pun amik beg 2 dn buka. "baju nie utk sapa"..aku jwb lg" cuba try la,kalau muat" heheheehe.....cpt bebenor je tukar baju...mentang2 la dia laki,buka baju mcm 2 je then sarung.."terima kasih syg ek,ingt gak kat abg kan." Aku pun senyum je la...


MISI DAH SELESAI.




p/s:tgk la cmna dia nk wat utk aku bln November nie..tguu....

Khamis, 15 Oktober 2009

Muka Baru...Lebih Segar...nyam..nyam....

Kali ini aku pilih tema blog aku adalah biru.Sebab aku suka biru la.kdg2 biru nie buat aku tenang..setenang air di lautan sepi....cewahhhhh......tp kadang2 buat aku haru biru.
Dgn blog berwajah kan baru dan biru,harap2 aku xmalas lg nk update blog.Dalam2 nk menunjukkan kerajinan aku,kamera aku ter..hilang pulak.Ingt nk upload gmbr masa birthday boy 2.
Xpe la.mebi esk ke lusa ke aku kluar cita tu walaupn dh nk basi.Kalau kek pun dh xnmpk bayang kek,tggai kotak kek je..
Xksah la janji biru...
"awk nmpk biru"
hehehehehehe

Rabu, 14 Oktober 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway<< STICKY MODE>>


syarat-syarat sgt senang & mudah :



  • Terbuka kepada smua blogger

  • Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009

  • MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)

  • Add banner di atas di sidebar blog anda

  • Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)

  • Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG

  • Sila tinggalkn nama & email anda di cni

  • hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak

  • Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin

  • Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

L.I.M.A

ehsan gambar dr makcik Yahooooooooo..



Lama xupdate dlm blog nie.
Penyakit kemalasan sedang berlaku.
Ingt smlm nk publish entry ttg birthday boy..karangan x siap lg..

xde apa yg seronok pun mggu nie melainkan birthday boy 2.

cuma...nk kongsi ngn smua...... berita baru padahal dh lama ..baru nk bgtau


Aku br dapat anak buah yg ke 5.Anak perempuan pertama kepada abg kedua aku iaitu MOHD SABRI.Cucu perempuan sulung dn yg ke 5 dlm keluarga En Husain ni. Seronok le.....sbb 4 org anak buah aku sblum nie smua laki..Lahir pd 12/10/09 sehari selepas birthday boy En.Adam.pas nie leh leh la celebrate ngn paklang adam noooo.....



p/s: Baby.....tggu maklang tau..nt maklang blik tgk ye......






Ahad, 11 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Buat Abang Sayang..

Selamat Ulangtahun Abang Sayang
Semoga dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah.
Semoga cinta kita bersemi di hati buat selamanya.
Tiada apa yg dapat syg berikan melainkan sekeping hati utk abg menyayangi syg.
Insya Allah,kita akan disatukan pabila masa yg akan tiba.
Aku la tulang rusukmu yg hilang dan akan menjadi pelengkap hidup mu...sayang..
dariku yg bergelar tunangmu,
--Sayang--

Sabtu, 10 Oktober 2009

11/10/09

ehsan dari makcik google------>tempat ni la aku nk celebrate ngn Adam ahad nie...



Dari hari Khamis lg, si Adam tunang aku 2-3 hari nie sibuk bertnya ada apa dgn ahad nie?Aku wat muka dek je..Nk tergelak pun ada.Cam biasa aku buat muka sardin je..seolah2 xtau apa.Padahal semalam lg aku dh beli kek dn hadiah kat dia.Sorang2 g The Store Kamunting.Ade ke tnya cm tu..adeiiii..xmenahan sungguh laki aku nie...wakkakakkaa..Mcm la thn nie je ade birthday dia.sabar aje la..Kalau aku p hari nie.sure dia tau aku nk celebrate.So terpaksa menipu sunat kejap semalam.Ampun ye abang(kalau tak,xde le kejutan utk kamu.Siap aku imagine kan tmpt kami nk celebrate,tentunya di Taman Tasik Taiping.Lawa tau pemandangan kat sini.Selalu gak kami datang utk berdating,tp kena beringat gak..Kawasan tak selamat kalau berdua2an.Siap sebijik kek dan hadiah utk dia.Lain2 aku ingt nk masak,ala picnic la...wahhh....picnic di tghhari buta smabil potong kek...hahahaha...

mmg tahun ini begitu istimewa buat aku dan dia.Tahun 2009 bagi aku cukup bermakna.
tahun ini la aku menyambung kasih yg terputus dgn mengikat tali pertunangan.
tahun pertama utk aku dan dia meraikan ulangtahun dia.
tahun lepas cuma aku wish melalui telefon.dan masa tu aku dn dia dilanda musibah.
Alhamdullilah aku dan dia masih ada jodoh.Mmg kau tercipta utk aku.

Khamis, 8 Oktober 2009

xde tajuk......

xde pe cita ari nie.
malas nk cta..
ade cta tp xde mood lak.
xpe le..aku mengundur diri..
nk g shopping nk naikkan smgt memblog nie..
daa.....

p/s: harapanku terhadap gelang aka rantai tangan semakin menipis.tapi aku akan terus jgk mencari sampai ke mana2 lubang yg ada...huhhuhuhuhu........

Selasa, 6 Oktober 2009

Sedih..huhuhuhuhu

Aku terlampau sedih hari niee.Pasal gelang emas aku dh tercicir,ntah ke mana perginya.

Sekarang nie aku btul2 susah hati.Yelah gelang 2 bkn seratus 2...tp dlm seribu jgk...mak aku kasi..
Betui2 aku cuai kali nie.Aku xtau nk cari kat mana..tp sebelum tgk wayang ahad lps ada lagi aku pkai..
Aku xtau mcm mana nk bgtau my mak.Mak aku garang tol...aku bleh terbayang saat kena marah...tp nie marah amarah yg marah...huhuhuh mahal tu......Kalau xdapat jgk,telinga aku bersedia menghadapi serangan bertubi2 drpd mak aku.Dia yg bagi gelang tu.Nampak sgt aku cuai kan...

Smlm aku ngn adam g jumpa bomoh.Dia kata gelang aku masih di situ,xde sapa usik..huhuhu...boleh dapat tp ke mana aku nk cari lg..huhuhuhuhuh....jenuh la mencari....
skrg ni aku buntu dan cuma blh mengharap gelang 2 blh jumpa..Kalau jumpa aku simpan elok2..xnk pakai dh....nk pkai bla aku kawin nnt...huhuhu...sedihnya........................

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jamuan Raya 2009










Pagi td ade jamuan raya kat taiping library .Cam biasa aku g ngn geng aku.berkongsi kereta...bkn berkongsi pakwe ye. .Menu hari ni cm biasa dh nama raya..ade la kuih raya.Aku xbw apa pun..Bw perut je..biasa la BUJANG..Menu berat sket adalah mee kari.Aku rasa dlm 20 orang yg dtg.Smua kwn2 dr sluruh Zon Utara,geng library la,mana ade geng bas sekolah...

Hari ni rasanya hari bertuah buat aku...heheheh.bkn ape,smua acara aku dpt hadiah..ala2 gameshows bese2 je...hikhik...Mula2 dpt cabutan bertuah,then msk games wat kad raya kreatif..aku balun ja wat.tetiba menang lak..Last hadiah kerusi muzik..hahhahaha..penin pale den..rasa kelako ade,hehehehehe....pusinng2 ......rasa mau muntah kalau lama lg dok pusing..Xtau le ngapa aku bertuah hari ni...Mungkin aura tunang kot..eishhhh...xkan kot..xpe la..asalkan bahahgia kan....

Khamis, 1 Oktober 2009

Internet Oh Internet

Sabar aje la 2- 3 hari..
internet semacam je...
adeii....
user komplen..
abis 2 nk wat cmna
aku pun control internet pun...
huh..aku sndri pun payah nk masuk sesetengan web..
xtau kenapa.
harap2 kejap le..
ksian kt aku,
nk jd blogger tegar pun xleh..
hikhikhik.....

Selasa, 29 September 2009

~Selamat Pengantin Baru~~

Jumaat lpas aku dn tunang g tgk org nikah..kawan baik aku...di Beruas nu..
Jauh gak la tp xpe asalkan bahagia kan...sapa..aku laa?hehehehhe..
Sahabatku Mek Yan telah diijabkabulkan dgn pilihan hatinya Nuar pd 26 Sept 09.
Knduri dibuat keesokkan harinya dan belah lelaki pada lusa nye 27 Sept 09
Syukur lah kerana mereka bersatu akhirnya walau banyak halangan nya.
Di Sini aku ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU,MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT KALIAN....

Jumaat, 25 September 2009

Kenapa ?????????????

aku bengang semalam..
seharian xleh nk wat ape.
adeiii.....tension la mcm2 nie..
masa sehari sebelum raya pun xleh gak..
btui2 mengharap kepada satu ni yg x brapa
tapi itu je pilihan..
semalam buat hal lagi..
nasib baik x mrajuk gara2 dia xde..
huhuhu...susah la kalau buat hal tiap2 hari..
bikin org susah hati je....
jgn la buat orang lain....
mau ribut petir satu malaysia
dek sumpahan bertalu2.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
OH CELCOM.....kenapa???mengapa???yyyy?????????????????

Khamis, 24 September 2009

Aksi Orang Kerja di Syawal ke 5..










Kerja....kerja......kerja

Salam Aidilfitri buat smua ..
hari ni aku br mula keja setelah cootii agak2 semggu(dari 3 hari sblum raya dh start cuti)
Hari ni smangat raya,so aku pkai baju raya..baju nie barangan hantaran masa aku bertunang bulan 7.Skrng nie br siap..
Keja pun byk jugak nie..
esk2 la aku update cerita psal raya nie..
ok daaaaa.....

Rabu, 16 September 2009

Salam Lebaran

Di kesempatan ini,
aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 1430
semoga bergembira di Aidilfitri...
smoga Syawl ini lebih bererti buatku..
salam utk smua bloggers tegar..hikhikhik..
nnt kita jumpa smggu selepas raya.
tentu banyak cita kan...
lagipun hari ni last keja
esk dh cuti....
nk blik esk..blik KEDAH..
Yahooooooooooo....................
Jom Balik...
berhati di jalan raya
cuti 17-23 sept 2009

Entri Shopping

Salam..
Lama x tulis blog ye..
hari ni last keja bukan nk berenti keja tp aku amik cuti raya awal.so insya Allah esk aku blik kampung ...YAHHHHOOOOOOOOOOOO...
Haritu ade aku tulis ttg nk pegi shopping kan.So hari ni aku up kan la..(xde org baca xpe la asalkan ada kenangan 2....)

Hari Ahad lepas keja,aku pegi amik ADAM di tmpat keja(keja lebih masa).Then,kami pun bertolak ke arah Parit Buntar.Sebenarnya aku bercadang nk bli baju raya kat Pekan Parit Buntar tapi mulut cabul pulak..saja2 gatai ckp nk p QueenBay Mall,Penang.So Adam kata ok la kalau nk pegi.Aku kata la aku xtau jalan,tau le skit2 jalan nk ke Queenbay Mall tu tapi nk kuar dr situ,i xtau..huhuhu..Yang si Adam pulak kata "dah tau masuk xkan xreti nk kluar pulak".Aku pun buntu la..takut2 xleh nk blik sbb sesat.But semangat Adam pulak merasuk kat aku.Hati aku pun berkata"alang-alang dh niat,pegi jelah..bukan aku pegi sorang pun...ngn dia gak.So apa2 hal 2-2 tanggung le..

Dgn hati yg xberapa nk tau jalan penang,kami pun redah je..Mula2 ok la,ade signboard nk p QueenBay tu,lelama sampai la.Tu dia........kereta nk masuk parking,padat dan sendat.Then aku suggest suh parking kat atas.Nasib baik Adam yg bawa,hhihihi..kegayatan meland jiwaku tatkala mendaki puncak QueenBay Mall.Sekali masuk dlm bangunan tu....padat dan ketat lak..Banyak sungguh kereta yg ada.Dari satu level,kami naik ke level lain..Xde sedar tu,naik tngkat 4 ke 5.

Dah dapat parking,sekalia de brader dpan tu yg aim nk parking(aku pun xnmpk dia nk parking)Kami park mcm biasa le.skali da,turun pulak mamat .Melayu pulak 2..Skali sound kami.."abang,saya xksah la abang nk amik parking ni..tpi saya ni 4-5 melilau cari parking".Adam diam je..wat dunoo.then mamat tu pun blah la. Sbnrnya kami pun xtau yg kami ni dh 'curi'parking dia.mana x nya,lpas turun dari tgkt atas,pastu kami nmpk keta nk kuar parking so terus la amik..xsedar yg brader dh tunggu(ingtkan tggu mem dia nk masuk keta).Lagi satu masalah pulak,parking 2 btul sblah kereta naik dan turun,kira tepi tangga le.Kami pun jem kat situ,jenuh nk dapatkan parking perfect.tggu dpan 10 min gak le sampai xde kereta yg lalu (turun tgkat tu).
Dah setel bab parking,kami pun menuju la ke tgkat bawah.Yelah tgkt atas parking,turun tgkat la..kami parking blah north.Skali aku ingtkan kat Adam suh dia ingt yg kami nie parking level mana,wing mana.Yela takut sesat la.
Perjalanan kami bermula.Lalu satu kedai ke satu kedai yg lain.Tgk aje le...Sbb kedai kat situ branded ma..(xde setanding le).ingt JJ ade wat sale,aku pun ajak Adam pegi JJ.Dalam JJ pun ramai umat da....Aku suh la dia tgk2 dan pilih2 utk dia la.Utk aku dh ade,so nk cr kat dia.Dok melilau dlm JJ,satu haprak pun aku x bli...penat jalan la..Dh penat,aku decide utk kuar dr mall ..Adam pun setuju sbb dia pun agak letih.tiba-tiba.....................
















kami sesat..xtau mana arah tujuan nk ke parking keta 2..huhuhu..aku dh gabra..bkn ape...dh letih berjalan dlm mall,xbeli pa pun..sesat nk balik ke tmpt parking.dah Queenbay Mall nie ade 3 wings,NORTH,SOUTH dan CENTRAL.Aku parking dkt north..alih2 sampai ke South area pulak..dok pusing2 sampai central.then xlama kendian,adam jumpa jalan utk pulang..
Aaaaaaaaaa..lega dh smpai tmpat parking.Ade pulak adam perli ,ajuk balik ckp aku masa awl tadi ...huhuhuh..xpe laa asalkan
blh balik.

Bab nk kuar dari Queenbay Mall pulak jd masalah.Dah masuk parking area lain,kuar pulak area lain pulak...adeii...nk tersesat pun ade.tp nasib la bkn aku sorang je kat situ,kalau x, mau menangis nie. So kami pun berlagak mcm tau jalan..kuar dari mall tu,then terus ke jalan raya.Ingtkan nk lepak jap kat pantai depan Queenbay Mall tu,tersalah jalan pulak..xpe la...slow adam bawa keta then ternmpk la signboard utk pulang ke darat..hehehehehe...selamat la kami pulang ke tanah daratan setelah berada di pulau hampir 3 jam lamanya..

Kami kuar dr Penang dlm pukul 5.30ptg.Adam ingt nk berbuka dkt Permatang Keling.ada satu kedai makan,meriah je aku tgk..ade la 2-3 hari lps aku tgk masa tmnkan adam keja.
Punya la nk rush ke tmpat tu..skali da TUTUP pulak..Hampeh btui la....baru la nk mimpi mkn ikan bakar.Kami pun masuk ke Parit Buntar dlm pukul 7 ptg dan sggah la mana2 kdai makan(xtau le sdap ke idok)Nasib baik beli kuih sket.So order pun lambat,dapat makanan pun lambat la..Makanan kat situ ok la...boleh la...kalau time lapo xhinggat donia..hehehehehe.....
Dlam pkl 8mlm,kami singgah kat Billion Parit Buntar..Dalam dok survey rega,Adam pulak tangkap satu seluar jeans.Harga pun ok la..less 50%..Aku cari la kemeja utk dia,tapi hampeh gak..mahai gilerr.....tapi musti ade baju yg murah gak kan....Pas kuar dr Billion 2..aku pun belek la kat satu kedai baju..cari2..ade gak baju cm aku nk.bkn utk aku tapi utk dia. Sbnrnya aku saja ajak dia kuar shopping sbb dia blum ade baju raya.Aku ni awl2 dh ade baju raya,kain persalinan masa bertunang,so jadi baju raya..Try punya try..amik jugak...hehehehee...sengih je orang tu.Tadi kat Penang,xmo senyum pun. Aku dh lega..misi dh terlaksana..hehehehe..

Kami blik ke Taiping dan sampai ke rumah swa pukul 11.30mlm.giler...mengantuk...then adam smpai kat rumah pukul 12.30mlm..pdan muka..hehehehhehe.

Ahad, 13 September 2009

Diari Ahad

Entri 1

Hari ni aku still keja lg.huhuhu..ye la pembantu aku blum lg abis MC nye.terpaksa bekerja utk 4 kali ahad berturut2.Xpe la,nasib baik half day je..
Ptg nie aku ngn Adam ke Parit Buntaq kerana nk bli brang raya.Barang kat sini bleh tahan murah la,tapi mungkin kami berronda2 taiping dulu...Tgk2 harga,compare harga itu sudah semestinya.Hari ni pulak mesti jem gile .Ahad pulak tu.nnt aku up kan hasil borongan aku bersama Adam.Sebelum ni aku dh beli sket2 tp tu la xleh nk bli byk2..kang duit abis byk.ni beli sket xnmpk sgt duit abis..tp hakikatnya sama je..(psikologi je 2..hik..hik..hik )




Entri 2
2-3 hari aku sibuk membaca novel terbaru hasil daripada kawan sekerja,dhiya zafira a.k.a Kak Mar.Aku beli kat dia, nasib baik xyah sibuk p cari buku kat MPH or POPULAR.Novel pertama dia KU DAMBA BAHAGIA aku bli tp yg kedua RINDU BELUM BERHENTI xbli pun so yg ketiga nie kena support gak kwn2 kan...Sapa2 yg jd kaki novel boleh la beli.Berbaloi2x..Aku x abis lg baca.Nnt aku buat satu entri utk review buku bertajuk RINDU UNTUK DIA...Best oo....................



p/s: Tahniah buat Kak Mar,smoga sukses selalu dah dimurahkan rezeki.Nnt jgn lupa kawan pulak ek....

Entri 3

Esok mcm biasa aku cuti..Jangan jeles tau.Mmg aku cuti setiap hari isnin. wah...bestnya..org lain br nk mula keja aku pula dok sbuk cuti.sbb tu aku keja sabtu dan ahad.xpe la esk ingt nak tidoq lama sket.hehehehhe...Lagipun nk kemas rumah dn bilik aku mcm xde ruang nk letak barang..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Jumaat, 11 September 2009

Entri Khas Utk Dia


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com




sbnrnya dlm 2-3 hari masing2 punya mood agak kurang.xtau la mana silap.Mebi masing2 ego sama banyak.apapun kau tetap di hatiku..

Berbangga Kah Anda?

Malaysia Satu-satunya Negara Beri Elaun Sara Hidup Nelayan



BACHOK, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberikan elaun bulanan kepada nelayan walaupun ada kalanya mereka tidak turun ke laut, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

lagi...



wah..dasat giler le nelayan skrang nie..mcm kja gomen lak...ade elaun 2.dulu RISDA pastu FELDA skrang nie nelayan...harap2 btl menjaga kebajikan rakyat,terbela nasib rakyat.musti ramai nk tukar profesion jadi nelayan kan....lawak..lawak...Banyak juga duit kerajaan ek,dah la bagi elaun kat nelayan.ni pun imbuhan utk kakitangan sokongan.Bleh la membeli membelah kan....hehehehe..lgpun gaji baru je massyuk.pas nie....rabak le nk tggu next month lak...



GOOD LUCK to sapa yg nk menyopping termasuk aku nie.

pastikan balance wang anda cukup utk di bawa ke bulan depan ek....



keja pun x senang dah..ralit nk pk nk bli apa..hehehhehehe

Khamis, 10 September 2009

Sakit Mata


tgk mata ku...... (skema pakai spek)



ubat yg diberi ...tggu punya la lama..yg nie dapat pun....

no giliram pun sama ngn plet keta cuma lain letak je...PHR1360


Bangun tido td mata aku belah kanan dh denyut2 sakit.Masuk kali nie dh 3kali sakit mata akibat pakai contact lens.(gatai nk pakai gak walau dok 2kali sakit mata sbb ini).

Pagi nie lps aku bersiap,dlm kol 8.00pagi aku pergi ke klinik kerajaan.Aku target awal pagi xde orang sgt.Lepas parking BIBAH,aku tgk sekeliling x banyak kenderaan parking di klinik 2..So dlm hati kecik kata"hmm..ok la awal pagi"


Tapi masuk je dlm klinik 2....makk oiii....rmai nye....aku bg ic dn staf 2 bg no giliran,1063.Terkejut lagi..mak oii..awl pagi dh ramai org...agaknya pkl brapa la depa nie smpai kat klinik..maunye kol 7 pagi dh terpacak kat klinik nie.Aku nie mcm biasa la....time tgh2 bulan nie..hmm....KLINIK KERAJAAN laaa..bkn ape..aku xla xsakit teruk sgt..cuma sakit mata...


So aku ingt nk C.A.B.U.T le...tp memandangn pendaftaran sepatutnya memakan masa 15 min,tp aku pula depa amik masa 1 jam setengah utk dptkan ic balik.dh selanjur tggu...xpe la....dgn muka yg boring thap cipan tu.aku pun tggu le..


Bla...bla..bla..tggu punya tggu..giliran aku sampai kol 11.00 pagi.Bayangkan daripada pkl 8.00 smpai 11 pagi br jumpa doktor.Nasib baik la doktor nie ok gak sbb pengalaman aku sebelum ni ade doktor yg kurang mesra alam.Bla..bla..bla doktor tu bg nasihat.Dia tnya aku nk ke MC..dgn selamba nye aku kata xyah la...keje nie..kang xde sapa nk buka library(tgkk aku puji diri sndiri..sggup xamik mc.ye la pembantu aku still mc,xkan aku pun nk cuti gak time mcm ni.Lagipun aku bkn sakit mata yg teruk,cuma sakit sket.Lgpun mana nk tau ade masyarakat nk guna library utk cr maklumat or pinjam buku ke? tu la nmpk keja snang tapi kdg2 menyesakkan jiwa den ni ha...
sabo aje la...

so far mata aku dh ok sket...ade merah2 lg.tp xleh pkai contact lens dlm 2-3 hari,kena pkai spek..tu la kalau rabun bt la mcm rabun,ade hati nk lawa ceh....hehehehehe...






Rabu, 9 September 2009

Aku redha

Smlm aku bermimpi sesuatu yg indah dlm hidup aku.aku
terjaga.aku berharap mimpi akan jadi kenyataan.namun hari ini semuanya tak
seindah mimpi yg aku alami.
Aku redha atas kehendak Mu..aku berdoa agar
suatu hari nnt segalanya akan berakhir....
amin....


AKU
SEDIH....huhuhuuuuuuuuuuhuhu

Sabtu, 5 September 2009

Beware............



salam..

Korang selalu dapat email cmnie??dulu ade gak masuk berita dlm TV3 .Cuma aku nnk beringat la dgn diri aku dan korang la ...sbb aku slalu dpt email dr maybank2u ni .Bahaya dpt email cmni .Tmbahan kita slalu berurusan secara online.Segalanya blh berubah sekelip mata.transfer duit la 2.Aku xtau depa wat cmna..tp hacker mcm nie akan berusaha utk memecahkan kata laluan dn dgn mudah kita memindahkan wang tanpa kita sedari...

mcm aku,slalu gak guna maybank2u nie..dah banyak kali aku dapat tapi aku delete je...sbb aku tgk url utk maybank online pun pelik je.Isu ni dh lama tapi masih berulang2.

Pesanan :

jadi kawan2 hati2 la bla check email 2..

cm aku dh berpuluh2 kali dpt email,delete kan terus.jgn simpan.

itu je entri aku wat kali ni..sbb aku xde idea...hehehehhe...

BERHATI MENGUNAKAN PERKHIDMATAN ONLINE YE.......

Khamis, 3 September 2009

Entri Balik Kampung

Hari ini aku baru masuk keja..setelah 4 hari cuti(cuti anjakan,time off..bla..bla).
Selama 4 hari aku balik kampung setelah hampir sebulan tak balik.
Selepas keja pada ahad lps,aku bergegas utk pulang ke Sg Petani.

Buat sekian kalinya,ari 2 aku blik naik bas..alangkah best +buhsan dan lain2 perasaan bersarang dlm hati aku.
Ye la best 2 sebab leh tido sbb aku x memandu...kihkihkih...tapii...
buhsan bla suasana dalam bas,bising la mcm2....dulu xpe la naik bas..sbb xde kenderaan sndiri..skrng nie dh ada BIBAH.Cuma kali ni aku xbawa blik kerana ada satu sebab,sebabnya.....Adam nk amik aku di rumah dan jugak nk berbuka bersama bakal mertua dia...aku pun ikut la dia kan.sok2 nk jd laki aku gak....sekali sekala apa salahnya ikut kata dia..Dengan baju kerja aku blik kampung selepas mencuci BIBAH utk disimpan di rmh sewa.Adam yg anta aku ke stesen bas.
Masa aku nk melambai tgn ke arah Adam,hati aku tiba2 sayu je....Mengalir la airmata kasih ini..WAAAAAAAAAAAAAAA...sedihnya..walhal bukan ke mana pun,nk blik kg je..lgpun Adam nk amik aku...Kini aku sedar bahawa aku btl2 menyayangi dan tak sanggup berpisah dengan Adam kecuali maut.

Sementara nk sampai ke butterworth,sempat aku dn adam bermesej..Mesej yg menyentuh hatiku.."Sayang,bla sayang naik bas,abg btul2 sunyi dan sepi"...........Aku pun begitu sayang.....Perjalanan Kamunting-Butterworth-SP alhamdulilah xde halangan....dlm pkl 5.30ptg aku sampai di SP.Adik bongsu aku mengambil aku di Stesen Bas SP.....

Sampai di rumah aku tgk wajah kerinduan seorang EMAK.Aku nampak wajah yg aku rindu selama ini...Aku tahu EMAK rindu kan aku.Selama mana aku dewasa jarang btul dia nk mengusap kepala aku.tp smasa aku berehat2 di ruang tamu,tiba2 EMAK mengusap2 kepala aku.Aku wat dek je tp dlm hati aku tahu aku juga seperti EMAK.Rindukan belaian mu...Sebab itu jgk..4 hari berpuasa aku cuba berbuka bersama.Aku sempat membawa EMAK ke SP utk membli baju raya utk ABAH..Walaupun sekejap masa berlalu,aku hargai masa yg aku ada.Aku sempat memasak utk EMAK,buatkan kan AGAR2 LUMUT,mcm2 dlam masa 4 hari tu.Aku btul2 puass.....Aku nk kata aku ttp sayang EMAK walaupun aku bakal berkawin xlama lagi......

Semalam tpat pukul 12 tghmlm aku sampai di rumah..letihnya....mana x,dari SP smpai ke NIBONG TEBAL aku drive (ikut jalan lama)..dh la rabun...layan je Adam yg ketiduran tu...2 yg lama..then rehat kat PETRONAS NB aku bertukar tmpat,Adam take as driver lak...lajunye dia bawa.....ptt la lambat...sbb aku yg bawa..hehehhehe...
syukur la aku selamat sampai.....
Punya la penat semalam..hari ni aku hmpir terbabas waktu sahur,nasib baik roomate aku ketuk pintu....Klau x,berpuasa lah aku tnpa sahur..
tu je nk cite hari ni...

p/s: excited nk blik kg sampai terlupa nk wish SELAMAT MNYAMBUT KEMERDEKAAN YG 52THN,SEMOGA MALAYSIA AMAN DAN TERUS AMAN..
AMIN..


MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA

Sabtu, 29 Ogos 2009

Jumaat Yang Penat.. ;)

Salam..
semalam aku ada urusan di ipoh.awal pagi selepas sahur aku bertolak ke Ipoh dgn Adam. Ada urusan mustahak yg perlu aku pergi.Kalau x,maunya nk pergi lepas subuh2..mencabar tol.Ye la,walau aku pergi berdua,nmpak gaya awal perjalanan Adam dh ketiduran pulak.Aku yang cekal membawa Vivaku walaupun tersengguk2,aku berjaya.

Sampai di Ipoh,ada satu masalah lagi,smasa nk kluar dr plaza tol Jelapang,ade 2 lorong berbeza(aku dh lama x p ipoh).Aku tnya kat adam lorong mana nk masuk,selamba dia kata amik lorong KL walaupun ade tulis kat jalan lorong IPOH.aku pun ikutkan aja la..tetiba aku nmpk plaza tol JELAPANG di sebelah kiri aku.Ya Allah,kami dh silap jalan..Ingt nk u-turn(mana ada highway u-turn2) walau xde keta sgt.aku pasrah meneruskan perjalanan utk kluar lagi satu plaza tol iaitu SIMPANG PULAI.Punya la jauh dkat2 26km..adeii. dh la aku rush nk jumpa pengarah sebelum dia g meeting,tersesat lak.Aku pun senyap smbil menahan marah teramat.Dalam masa 2 langsung aku xtgur Adam atau tgk muka dia.(marah punya pasal la,bengang sgt2).Aku pun terus jgk walaupun dh terlajak jauhnya walhal dh dekat kalau kluar kat JELAPANG.Kat SIMPANG PULAI aku x reti sgt bab jalan.tambahan lak masa tu kol 8.15 pagi,time org nk kuar keja.Sesak gak..Masa 2 baru aku tgur Adam,nk tnya kot2 dia tau.Suara dia pun cm tahan2 je..Ye lah kalau dok wat melawak,mau aku meletup time2 ni.So,berjaya gak smpai di HQ pada pukul 8.30pagi.Nasib baik awal gak(yelah...tau2 jlan cm tu ,bertawakal gak nie).Pukul 9.00 pagi pengarah ade meeting,so aku kena cepat2 la.. So far urusan yang betui2 mustahak tu dh selamat utk pengarah sign...

bla dh setel smua, kami pun balik semula ke Taiping.Kononnya nk balik keja blik le.Kami ikut jalan biasa ke Taiping.Sampai ke Taiping,Adam berenti nk bli spare part utk kereta dia.Ntah rosak kebende xtau le.Pastu kami g amik keta dia pastu g workshop.D'org agak bleh siap keta Adam dlm kol 3.Masa 2 dh 12.45 tghri,aku kata la aku anta dia g solat JUMAAT.pastu aku blik tdo jap.Ingtkan kol 2.30 ptg,lepas anta dia kat workshop,nk p la keja..(dlm niat tu xmau p tp rasa tnggungjawab kot2 org nk bc buku,aku nk p kje).Jumpa2 Adam,dia kata dia xmau g keja..so racun aku la pulak..jdnya kami ber2 xkje smlm 2..seharian bersama.Smlm g buka puasa di kedai akak sepupu dia.(selamat duit kami)..hihihihhi..beli la juga kuih muih.

Pas berbuka dn solat mgrib kami kluar kdai 2..ingtkan nk blik rumah dia.Adam ajak jalan lagi..letih2..smpai kat umah kol 10 mlm.pas mandi dn solat terus aku tdo x sedar diri smpai la bersahur hari nie..letihhh nyaa

Rabu, 26 Ogos 2009

Tempat Kerja

Salam..


Hari ni aku rasa nk cita sket ttg tempat keja aku.Kalau org lain,bla dh grad musti nk keja hebat2...jd officer..dok dlm bilik ada aircond.siap ada PA..wat sbuk2...ade meeting sana sini...ye la lulusan U...musti ade smua 2 kan..tapi [ada hakikatnya???


Berbalik pada aku,aku bersyukur apa yg DIA berikan.Kerja aku sama seperti apa yang aku amik di UiTM dalam bidang perpustakaan.Pendek kata dari aku belajar ttg pengurusan maklumat,aku praktik di sini.Cuma bahagian teknikal je la blum aku buat seperti mengkatalog buku..lebih kepada perhubungan awam(berurusan dgn masyarakt kampung)


Kerja aku betul2 senang.Datang kerja,susun buku,sapu sampah,kmas sana kmas sini(di sini mana ada cleaner,buat sendiri).itu rutin keja.Skop kerja aku sbg Penolong Pegawai Perpustakaan utk menyelia tugas2 di perpustakaan dan merancang dan melaksana setiap progam galakan membaca.Uniknya,aku bekerja di kampung(padahal dok sewa kat bandak Taiping,pelik kan??).Dh hampir 3 tahun aku kerja di sini.Di mana? tentu sebuah kampung yang jauhnya dr rmh sewa aku dlm 40km..daripada tiada apa..kini dh boleh beli kereta dan motosikal....syukur alhamdullilah.



Tak Cari keja lain ke???
Sebenarnya dh berpuluh2 surat mintak keja..cam hampeh ja....tapi aku terima dgn redha walaupun aku dibesarkan di bandar,namun aku masih berpeluang mencari rezeki di kampung.So siapa kata kat kampung xde keja..bkn calang2 orang yg keja kat sini(puji aku sndiri..hahahhha).Walaupun aku graduan UiTM ,aku rasa bersyukur sangat dpt kerja di sini..



Cabaran di sini??

kalau cita bab kerja..cabaran xde la mencabar sgt.cuma skit2. tapi bla dh keja senang,orang di sekeliling kita la......mana2 pun klau ada namanya manusia..manusia jugak.Bila aku berada di sini,aku belajar mengenal kawan atau lawan.Kadang kala bla kita jumpa seseorang tu begitu baik sgt,kita akan menganggap dia tu baik sangat.tpi bla kita dh kenal sedalamnya,dia la manusia bertopeng Syaitan..aku pernah mengalami saat ditikam belakang.Bila di depan pijak semut pun tak mati,tapi di belakang..........???Setelah aku sedar dari lamunan belum terhenti,aku nekad untuk aku tidak mudah menerima kebaikan seseorang sehingga aku betul2 yakin atas kebaikan dia..Mana ada manusia terlalu sempurna kan?tapi sekurangnya terimalah kelebihan dan kekurangan pada diri seseorang.




Kelebihan di kampung??

tentunya yang segar2....udara pun nyaman..bebas dari asap kota..asap rokok daun ade la....Masyarakat di sini ramah dan lebih ramah pun ada...cuma aku melayan seperti aku melayan pengguna yang lain..Bla musim buah...ade gak sorang dua hulur kat aku..kadang2 bagi cili ,timun,sayur....mmg segar la....tanam sndiri..Tapi tahun ni durian tak menjadi sangat.tap boleh la rasa smpai sempat bawa blik kat famili nu.....Dlm byk2 durian,durian kampung di Batu Kurau yang paling sdap...Durian kecik tapi sedaaaaaaappp........(telan pulak air liur cta bab durian....)Sapa2 nk merasa durian sini..blh la datang ke sini ..tp tahun depan la..sure tahun depan lebat buah kan...sebab tahun ni xberapa menjadi....



p/s:tetiba aku terkenang saat aku mula mengenali kampung ini.