TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Jumaat, 2 Julai 2010

Mambang Di Awan

"Mambang Di Awan merupakan sebuah pekan hasil kewujudan lombong bijih timah di negeri Perak. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar . Sebagai sebuah kawasan bekas lombong bijih timah, kawasan ini ramai orang Cina mendudukinya.
Seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang."


Salam untuk rakan blogger.
Sebenarnya,tempat inilah menjadi tempat tinggal saya sekarang.Nama pun unik kan.Jadi,saya cuba untuk mencari dalam google,rupanya begitu kisahnya.Jauh berjalan luas pandangan kan..walaupun hati saya tertinggal di Taiping.
Perjalanan dari kampung mertua saya ke Kampar melebihi 151km.Itu pun saya nasuk highway,jalan lama tak pulak.Lagipun nak cepat sampai.Lebih kurang dalam 2jam untuk ke Kampar dan sama seperti hendak pulang ke Sg Petani.Lagi jauh la perjalanan.
Saya berharap dapat menyesuaikan diri di sini.Alhamdulilah,bertemu dengan rakan baru..sesuatu yang baru dan memberi pengalaman.Bila ada kelapangan,saya ingin ceritakan keunikan tempat yang berhampiran Kampar.
Doakan yang terbaik untuk saya!

Khamis, 1 Julai 2010

Ditukarkan...

Salam untuk rakan2 blogger.

Dah lama tak update cerita dlm blog ni,bkn apa..terlalu sibuk.Ye..terlalu sibuk dengan urusan pertukaran kerja,perpindahan rumah dan lain2.

Rasanya semalam saya bermimpi smua ini berlaku,sy harapkan sy masih bermimpi tanpa sy sedar.Tapi apakan daya,kuasa Nya melebihi segalanya.



Untuk pengetahuan semua,sy baru ditukarkan ke penempatan kerja yang baru.Ya..jauh dari suami dan mertua serta keluarga di Sg Petani.Sy mendapat surat pertukaran tempat yang berkuatkuasa 16 JUN 2010 di Kampar Perak

Dugaan begitu kuat utk sy hadapi.Ye,kadang kala masalah kita sedikit jika dibandingkn org lain.Tapi hakikat sy menanggungnya.Bkn sy sorang,suami kena tempias.Selepas lebih 4bln kami bernikah,inilah dugaan yg paling hebat kami terima.Berjauhan,terpaksa berpisah utk seketika utk masa hadapan.Malah,yg paling hebat ketika saya sedang hamil tika ini..2 setgh bln...Ya Allah,begitu hebat Kau uji hambaMu yg lemah.

Alhamdullilah, sepanjang tempoh ini,sy tiada alahan.Sy harapkan sy lebih cekal dan bersama anak sy lebih tabah mengharungi ujian hidup.Doakan sy semoga dapat menjalani hidup tanpa suami ...

Insya Allah,sy catatkan diari ini(blog) utk tatapan anak sy di masa depan.smoga dia menjadi anak kebanggan MAMA dn AYAH..

Selasa, 22 Jun 2010

ZaiKulim's 1st Giveway(stickymode)

sapa nk masuk...link kat sini
zai kulim nie slalu je msk giveway...
byk hadiah pulak tu...
turn dia nk kasi hadiah..
apa lg..jom2 laa....
mn tau rezeki kan..
tarikh tutup: 22/06/2010 jam 12tgh..
JOM lerrrrrrrr

Rabu, 9 Jun 2010

Baby

Ehsan by google

Ahad, 30 Mei 2010

Update30Mei...

Salam utk smua rakan blogger...
Lama sungguh xde cerita dalam blog ini.
Bukan apa,cuma xde modal nk cerita..
Sy bukan tukang karut..(tp kalau terkarut jugak)
Hari ini mcm biasa kerja setengah hari.
2 hari yg lepas sy pulang ke kampung halaman..cewaahh....
Ada kndri di Perlis.
Insya Allah,mggu depan pun kena blik jugak.
Sahabat sy akan melangsungkan perkahwinannya.
Kalau xde apa yag menghalang.
Sy akan pulang sekali lagi.
Itu pun jika kesihatan mengizinkan.
Kenapa pulak kan??.........adalah.. :)
Doakan kesejahteraan saya dan orang di sekeliling sy.
Jumpa lagi ye..

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru






utk guru2 yang pernah mengajar dari Tadika KEMAS (TBB Sg Lalang),SK Gombak Utara,SK Sg Lalang,SMK AmanaJaya,UiTM Machang dan akhir sekali UiTM Shah Alam.

saya ucapkan selamat hari guru,jasamu ku kenang hingga akhir hayatku.Dari mengenal alif ba ta,ABC dan 123 hinggalah saya menjadi apa yang berlaku hari ini.

YOU'RE the BEST among the BEST.....