TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Khamis, 28 Jun 2012

Ketegur

Asalammualaikum.
Nak share cerita.

##Semalam tengah malam,tetiba je Adli menangis.Ibu agak nak susu kot.Siap bancuh nak bagi.Tetiba Adli taknak,bagi tetek pun xtak..Adoyaii.....Jangan dok buat perangai pulak tgh2 malam.Sapa nak tolong ibu.Dengan berbekalkan pengalaman menjaga anak yang tak sampai setahun.Ibu mula check pampers..Kot2 la buang air besar kan..tgk2 dh lencun tilam tu.Ibu salin yang baru.Nangis lagi Adli.Sua botol susu pun xnak,alih2 ibu lumur minyak yuyi..tak cukup ibu bagi vicks..minyak celak pun dipangkah gak...tu pun selepas Adli muntah.heran lagi.



Sambil heran takut2..pujuk Adli supaya tak menangis lg.Basahkan kepala dia dan bawa dia ke sana sini utk kurangkan mod nangis,lelama dah OK..perghhh..Adli pun bg respon elok dah..siap pegang mainan..Pastu pujuk minum susu baru dia nak.Hati ibu pun tenang kembali walaupun takut2 gak kut dia buat cmtu sekali lagi.


##petang tu kami balik senja,menghantar kwn yang menumpang balik dari Ipoh ke Kampar.hantar ke kampung dia.Biasa le kampung pun mcm2 le.Ibu dok pk macam kena KETEGUR..org tua2 cakap kan.tp tak la pulak benda lain mebi memang Adli tak sedap perut kan.(sedapkan hati kan)


##Pagi tadi bagitau mak pasal malam td.Mak kata tu la lainkali jgn senja baru nak balik..huhuhu..padahal selalu gak ibu balik dgn Adli dgn abah mlm2.Mungkin kampung ada something ke?hhuu..remang gak tetiba Adli menangis kol 1pagi.cuak gak perasaan masa tu..Ibu pun tak basuh kaki Adli pas balik tu.cuma ibu je basuh kaki.Tgk..kan dh kena..lain kali kena beringat.huhuhu..entah la..sebab Adli menangis malam tadi..heran kan..




tu le kisah anak beranak...hehehe

Balik Kampung

Asalamualaikum.
lama dah tak conteng2 kat blog kan.
sbuk sket.
Yelah ujg bulan,banyak gak repot kena submit.
Kerja luar pun ada.
Tak berapa sempat nak tulis.
Jumaat nie dah balik kampung.
best kan.
Jumpa suami,ahli keluarga lain.
Adli sure seronok.
sebab
Jumpa ramai orang.
Cadang nak balik Kedah
Entah la abah boleh ikut ke tak
Kalau tak,tinggalkan abah.
Adli ikut ibu ye.
berdua..
hahahaa.
kejam kan..huhuh
sapa suh abah wat keja byk2.
dah kena tinggai.
balik nak anta kain utk dibuat baju raya
tema??
ijau kebiruan..kaler ape?hehehe..ibu fail bab warna.
jom balik kampung....

Khamis, 21 Jun 2012

Bukit Merah Perak Darul Ridzuan

Sejarah Bukit Merah


Mengikut cerita yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Beriah, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar, Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong. Pada ketika itu, tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada cuma denai pejalan kaki dari Alor Pongsu ke Batu 2, Bukit Merah. Pada masa dahulu, Bukit Merah merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya kawasan itu menjadi kawasan penanaman getah dan kawasan lembah dijadikan sawah padi.

Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak.

Pada masa itu, kereta api menjadi salah satu pengangkutan dan terdapat sebuah stesen kereta api di Bukit Merah. Penduduk menjual kayu balak melalui stesen kereta api ini. Setelah Jepun menyerah kalah, penduduk kampung ini membuka tanah baru. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah dan kebanyakan mereka datang dari Kedah dan Perlis.



kredit kpd:Kelab Anak Jati Perak


Adli Anak Yang Baik.

Asalamualaikum.
Ibu adli saja nak bercerita tentang pengembaraan kami berdua balik ke Taiping baru2 nie.Sebelum ada Adli,ibu memang balik jumpa abah 2minggu sekali.Lepas je bersalinkan Adli,ibu tak pernah bawa Adli balik dalam keadaan kami berdua kecuali satu kejadian ketika tu Adli baru je 5bulan.Menangis tak ingat dunia Adli nie.Masa tu emergency ada kematian di Kedah,ingat nak balik ziarah tapi sampai ke Taiping tu payah..SEBAB??Adli kuat menangis.trauma atas kejadian tu..ibu decide suh abah je dtg amik dan hantar.


So sempena hari bapa,saja nk bt kejutan tp tak terkejut pun si abah Adli .ahhaha.Dia tau sgt pasal ibu Adli...kalau xbg ..nak jugak..Bermula pagi ahad lepas,dlm 7.30pagi kami berdua bertolak dari Kampar ke Taiping dalam masa 2jam.


Mula2 ibu belikan byk makanan utk bekalan Adli dan ibu.Ibu tengok Adli ok.dalam perjalanan dok asik tunjuk lori..sambil muncung2 mulut tu..dan bermula la kejadian di highway..Mula2 Adli ok.lepas satu biskut dia makan..buang...ibu layan je..sambil bagi satu lagi biskut.Dalam perjalanan,tiba2 Adli bangun,terus ke ibu.Ibu cuak sekejap...nasib baik stereng tu ibu pegang kuat,sambil sebelah tangan dok pegang stereng,sebelah lagi pegang Adli...Sambil jgk dok bebel..paham pulak si Adli nie...dia pun duduk tempat dia balik..Lega ibu..Sepanjang perjalanan Adli tak tidur..cuma nmpk layu2 kat muka dia..


Sampai je taiping,ibu rasa lega...wah...anak ibu memang TERBAIK...!!
Lepas nie,ibu boleh la bawa Adli ye..jalan2 jauh sket..hehehehe
.
Balik dari kampung seekor pacat geget ketiak Adli..hahahhaha..geli mak!!!tu la..suke main air kat badli..kang dh kena sekor...




p/s:gambar kejadian xde..sbb memori kamera kena virus..huhu..xformat lg..baca je ye...
terima ksih kerana membca..

Jumaat, 15 Jun 2012

Mafa ft Ronnie - Buatku Disana + Lirik OST Seindah Sakura @ NLKO


memang best lagu nie.....tp citer..ok la...part yg best masa shaqira kecik..tu baru best.Masa dah besar,cita agak kureng......apapun lagu ni mmg best..

Bila YB turun padang

Asalamualaikum sahabat blogger..
Wah macam YB turun padang kan..tp bukan ibu Adli ye..Sebenarnya nie antara tugas ibu Adli dalam kerja ye.Bukan org politik.tapi orang biasa je..yang menjawat jawatan kecik ja..Huhuuuhu..Bila terdapat program besar,ada gak ibu Adli turun padang membantu rakan sekerja.Nasib baik pengasuh tak sibuk utk jaga Adli.Bukan apa,kalau bawa Adli,confirm ibu tak membantu kan..Sekadar memandang je..dah sibuk anak dok berlari2..hehhehe..

Kejadian nie berlaku Ahad lepas,bertempat di kawasan Manjoi.Kawasan nie terletak di Parlimen Tambun dan dipunyai disandang oleh Dato Seri Husni ala Menteri Kewangan 2..heheheh.Anjuran Puteri Umno Tambun.Tujuan satu je untuk meramaikan dan bersama2 menggunakan perpustakaaan desa yg disediakan kerajaan.(macam nak berkempen pulak).Sebab ibu Adli keja di bahagian ini ofkos la lebih arif ttng ini..hehehe.

Sambutan agak memberansangkan.Tapi dibuat pada penghujung cuti sekolah.Agak kureeng la dari segi penyertaan.Hmm..tak dari tak buat langsung.Tempat ibu Adli belum berlaku kejadiaan seumpama ini..sedih kan...huhu...tak pe..akan diusahakan untuk membuat satu program sebesar ini.Insya Allah..Masuk dalam laporan penilaian keja la beb..so kena buat.Huhuhuhu..

So apa lagi sahutlah cabaran saya..datang la ke perpustakaan berdekatan.Saja meramaikan bilangan pengguna.naik la graf kami nie..hehehe...Membaca jambatan ilmu tau..Macam2 ada di perpustakaan..ade novel,ada buku masakan,agama..pendek kata mai je la...

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA!
layankan gambar di bawah ye...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Dato Seri Husni nie sederhana tau...friendly..dari penilaian saya dr jauh le.Menteri tu...hehehe


 Warga Puteri UMNO Tambun..bersama petugas PD


 Gambar saya terselit..tapi tak nampak dalam TV.beria2 je amik..heheh

Tengok sporting giler kan...bergambar dengan kanak2.Saya nak tapi MALU...hehehe

Sidang Media..ceh..takde nampak dalam Tv pun..frust ibu...