TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Sabtu, 4 September 2010

Memori Ramadhan

Salam untuk rakan2 blogger.
Tak sedar Ramadhan dah nak pergi dan digantikan dengan Syawal.Ramadhan ini hanyalah bersama rakan2 rumah.Boleh dibilang dengan jari berpuasa dengan orang tersayang.Inilah pengorbanan terpaksa sy terima untuk tahun ini.Namun saya bersyukur kerana tidak mempunyai alahan yang teruk untuk balik menemui suami tercinta dan keluarga.Dengan suami pun tak kurang dari 10 hari berpuasa dan berbuka dengannya jika dibanding waktu bercinta dahulu.Keluarga pula hanya sempat 2hari menjenguk dan berbuka bersama.Entah la apa perasaan saya yang boleh diterjemaahkan dengan kata-kata.Akan sukar tapi itu hakikat nya. Namun saya tetap bersabar dan terus bersabar.
Raya ini saya pertama kali bergelar seorang isteri.Rasanya tidak sabar untuk mengucup tangan suami di pagi Hari Raya.Saya teringat semasa kami bertunang tahun lepas.Suami saya tidak sabar untuk beraya dengan saya dan sanggup meninggalkan sanak saudaranya semata2 hendak berhari raya dengan saya.Sekarang ini termakbul juga impian itu.Alhamudillah kami dapat beraya bersama walaupun sekarang ini tidak tinggal di bumbung yang sama atas tuntutan kerja.
Saya berharap dengan kedatangan Syawal ini dapat memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga.Saya akan pulang beraya bersama keluarga di Kedah pada raya kedua.Itu juga pertama kali saya beraya tanpa keluarga sendiri kerana telah ada keluarga yang baru.Tahun depan insya Allah akan beraya di Kedah pula.
Kepada rakan2 blogger yang lain,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s:Saya akan bercuti mulai esok hingga minggu hadapan( 16 September)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan