Asalamualaikum utk smua.
Tak sedar dh masuk bulan November kan..pejam celik dh ke penghujung tahun 2011.Ini bermakna umur juga bertambah.Dh 28 tahun aku bernafas ye.Syukur ke hadrat Ilahi ke atas izin-Nya dapat aku menikmati hidup ini.Banyak cerita nk diceritakan.Maklumlah,di opis masih tiada internet,jd ku pendam hinggalah hari ini.Itu pun sebab saja2 nk keluar dr rumah sewa tu(boring tau dok sorg2).Dok CC sorang2.huhuhu
Banyak cerita untuk bulan ini.Terlalu banyak perkara yang berlalu dalam bulan nie.Bermula dengan 11-11-2010 kemalangan di hadapan tempat kerja,di mana kereta ku BIBAH..dilanggar oleh sebuah kereta VIOS.huhuu..Alhamdulilah aku dan kandunganku sihat.Cuma terkejut je.Jadinya,keretaku di bawa ke bengkel utk diperbaiki.Mungkin minggu ini dh siap agaknya la.
Pada 17-11-2010 hari raya haji,dalam pertama seumur hidup aku tak beraya bersama keluarga tercinta.Cuti dah sehari,tak sempat nk balik dengan keadaan kereta yang di bengkel,suami bekerja di hari raya haji dan mcm2 hal.Maka pendamlah sebuah kesedihan kerana tak dapat balik.Alhamdullilah keluarga memahami.
18-11-2010 pulak tarikh lahirku.Maka umurku berganjak ke setahun lg.Dalam tahun ini aku dapat 2 kegembiraan iaitu suami dan aku mengandung.Aku bersyukur pada MU.Walau begitu,hatiku sedih juga kerana ke saat ini aku masih berjauhan dengan suami.Aku harap semuanya akan berakhir dengan berita aku dpt ditukarkan ke tempat berhampiran suamiku.Dugaan yang begitu hebat untuk aku terima namun aku harus menerimanya utk aku lebih matang dan berdikari.
Sekarang ni pun..kandungan aku pun mencecah 7bulan lebih.Persiapan pun dh buat.Ala kadar je.Rasa tak sabar nk tggu dua bulan lagi.Hehehehe.Doakan keselamatan aku dan anak ini.Walau banyak dugaan,akan aku hadapi dengan tenang.Insya Allah.
Jumpa lagi ye..!!!
Klik2 la DIk Non..
Isnin, 22 November 2010
Rabu, 13 Oktober 2010
6bulan=24minggu
Salam untuk sahabat smua.
Diam tak diam dah masuk 24 minggu bersamaan 6bulan.Perut dh terasa ke depan.'Orang Dalam' pun dah mula terasa gerakannya.Alhamdullilah kesihatan saya di tahap memuaskan.Cuma terasa berat bertambah selepas raya.Jantina tidak diketahui lg namun denyutan jantungnya sudah memandai dan gerakannya semasa saya 'scan'tempohari.Semoga semuanya selamat hingga ke saat saya melahirkannya..
Khamis, 7 Oktober 2010
8bulan
Hari ini genap usia perkahwinan saya dan suami iaitu 8 bulan..Alhamdullilah..syukur ke hadrat Illahi,masih ada CINTA di HATI.Walau terlalu banyak rintangan yg terpaksa diharungi,kami tetap BERDUA dan Insya Allah bakal BERTIGA utk tahun hadapan.Terima kasih atas CINTAmu wahai SUAMIKU dan ketahuilah hati TAK MUNGKIN berpaling yang lain.SETIA BERSAMAMU untuk selamanya dengan izin Allah.
Insya Allah.
Jumaat, 1 Oktober 2010
011010
Sedar tak sedar dah masuk bulan 10 kan.Rasanya baru je masuk bulan 1.Rasanya baru je bernikah..Hehehehe.Sedar2 dah hampir 6bulan,ada baby dalam perut.Alhamdullilah,masih diberikan nikmat untuk hidup.
Bulan Oktober,ada 2 orang sahabat saya akan melangsungkan perkahwinan mereka.Semoga berjaya menempuhi alam berumahtangga.
Buat sahabat sekerja,Sinasuriatie dan Lukman semoga berbahagia ke akhir hayat kalian.Alhamdullilah,kalian berjaya utk menamatkan pencarian ini.
Untuk Siti Alauwiyah dan pasangannya,selamat pengantin baru ye! Semoga berbahgia hingga hujung nyawa kalian.
2 buah kenduri ni,tarikhnya sama iaitu 9/10/2010.Maaflah tidak dapat memeriahkan perkahwinan kalian.Dari jauh aku alunkan doa buat kalian.Kalau sempat,rumah belah lelaki ,itupun kalau diizinkan.
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!
Khamis, 23 September 2010
1431
Salam Syawal untuk para sahabat blogger...
Sudah 2hari sy bekerja selepas lebih kurang 2minggu bercuti.Bukan senang nak cuti,alhamdulilah ada staf yang sudi mengantikan tempat sy,kalau tak kena bekerja lebih awal la.
Pertama kali beraya bersama suami dan keluarga mertua dan merasai beraya suasana kampung kerana sebelum sy beraya di taman.Di kampung ini,ramai sanak saudara yang tinggal berhampiran.Jadinya sehari cukup untuk beraya ke rumah sanak saudara belah suami.Walaupun tak semua namun itu pengalamn berharga buat sy.Namun,menjelang malam raya,mak mertua pula sakit.2 3 hari mak dah sakit tapi orang kata sakit kejap2,sakit pinggang.Tapi malam tu rasanya lebih teruk sampaikan tak boleh bangun atau duduk,berbaring aje le..Mak mertua sy orang kampung.Masa dihabiskan dengan kerja rumah yang tak pernah habis.Menebas la,mencangkul la..pendek kata tak duduk dia walaupun mak mertua saya seorang surirumah.Alhamudillah,pagi raya tu dia dapat bangun dan melayan saudara mara yang datang.Saya pula tak menang tangan,untuk menyediakan juadah makanan.Yelah menantu sorang je,makanya saya la perlu membuatnya.Kak ipar pula sibuk dengan anaknya(budak ni pantang tgk mak ayah dia..kat orangt xnk pulak).Malamnya keletihan yang amat tapi lagi letih semalaman berulang ke tandas kerana cirit birit.adeiii..seksa tu..Nasib baik x keracunan makanan mcm dulu2.Sampaikan pergi klinik jawabnya.Biasa la makanan yang mcm2 masuk dlm perut..
Raya kedua baru balik ke Kedah.Tu la...perasaan saya mmg xbest sbb tak rasa raya pertama kat sini.Yelah bertahun-tahun beraya kat sini.alih2 kena beraya kedua pulak.Tapi tu la kena bertolak ansur.Sampai je rumah mak,rendang dan gulai dah abis...huhuhuhu..sedih tau..tak la sampai mengidam nak makan.hehehe.Kat rumah,dapat la beraya dengan keluarga paklong man(mereka dtg beraya) disusuli ngn mak cik sekeluarga dan mak teh sekeluarga.Masa terhad,jadinya petang tu kami pergi beraya rumah maklong dan rumah tok di Yan.Raya ketiga,sempat la nak beraya di rumah tokchu sebelum suami pulang ke Perak sebab keesokan harinya dia bekerja.Saya pula raya ke-4 baru pulang dengan menaiki bas.Hari2 lain menjadi surirumah seblum pulang ke Kampar untuk bekerja.Entah la bila akan berlaku normal balik.?
Insya Allah tahun depan kita akan bertiga untuk menantikan Syawal 1432H.Masa tu pulun nk kutip duit raya untuk anak.
p/s:gambar raya tak diambil pulak.Mood xde pulak.Tapi ada la menumpang kamera akk ipar.huhuhuhu..padahal dulu hantu suka bergambar.
Sabtu, 4 September 2010
Memori Ramadhan
Salam untuk rakan2 blogger.
Tak sedar Ramadhan dah nak pergi dan digantikan dengan Syawal.Ramadhan ini hanyalah bersama rakan2 rumah.Boleh dibilang dengan jari berpuasa dengan orang tersayang.Inilah pengorbanan terpaksa sy terima untuk tahun ini.Namun saya bersyukur kerana tidak mempunyai alahan yang teruk untuk balik menemui suami tercinta dan keluarga.Dengan suami pun tak kurang dari 10 hari berpuasa dan berbuka dengannya jika dibanding waktu bercinta dahulu.Keluarga pula hanya sempat 2hari menjenguk dan berbuka bersama.Entah la apa perasaan saya yang boleh diterjemaahkan dengan kata-kata.Akan sukar tapi itu hakikat nya. Namun saya tetap bersabar dan terus bersabar.
Raya ini saya pertama kali bergelar seorang isteri.Rasanya tidak sabar untuk mengucup tangan suami di pagi Hari Raya.Saya teringat semasa kami bertunang tahun lepas.Suami saya tidak sabar untuk beraya dengan saya dan sanggup meninggalkan sanak saudaranya semata2 hendak berhari raya dengan saya.Sekarang ini termakbul juga impian itu.Alhamudillah kami dapat beraya bersama walaupun sekarang ini tidak tinggal di bumbung yang sama atas tuntutan kerja.
Saya berharap dengan kedatangan Syawal ini dapat memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga.Saya akan pulang beraya bersama keluarga di Kedah pada raya kedua.Itu juga pertama kali saya beraya tanpa keluarga sendiri kerana telah ada keluarga yang baru.Tahun depan insya Allah akan beraya di Kedah pula.
Kepada rakan2 blogger yang lain,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s:Saya akan bercuti mulai esok hingga minggu hadapan( 16 September)
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Adli
Kematian
anak
anak sedara
birthday
famili
gambar adli
info
info agama
info semasa
info tempat di Perak
kemalangan
kenduri kahwin
kereta
kerja
kursus
lirik lagu
luahan
macam2 hal
memori ramadhan
mengandung
motosikal
mutiara kata
pengalaman bersalin
perkembangan anak
rakan lama
sukan
tips rumahtangga
ucapan
ulangtahun perkahwinan
video klip
