TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Rabu, 21 November 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Asalamualaikum..

Lama menyepi diri dari aktiviti blogging,ibu dan Adli bercuti2 di rumah Perak dan Kedah aje.Penangan seminggu bercuti macam tak puas.apa boleh buat.keja..keja..keja

Dalam percutian hanya di rumah bonda,rasanya cukup bahagia.Hajat nan satu ini tetap diteruskan walau tak bersua lagi,hanya tinggal kenangan.

Kesempatan bercuti di Kedah telah membawa daku kembali mengamit kenangan lama di Perlis.Hajat tetap ku teruskan untuk menziarah tokwan walau tok dah takda.Nampak di luaran.tokwan sihat2 saja,tapi aku terasa kesedihan tokwan ketiadaan tok.Rumah tok tetap macam dulu.cuma terasa sunyi bila tok takda..

sapa nak buat lawak??
sapa nak layan sembang.??
sapa nak suruh buat ayaq??
sapa nak suruh masak nasi??
sapa nak gebang??

Pada mulanya hatiku tetap untuk tidak menumpahkan airmata.namun pabila berjumpa dgn sahabat lama tok,airmata aku tertumpah.mendengar cerita maktok yang arwah masih mengenang daku.Sedih mengenang arwah,baik..Memang terlalu baik.mungkin sebab aku tak merasa kasih syg tok  sendiri walaupun ada(mungkin tak rapat)dengan arwah.bahagia sungguh ku rasa hingga saat ini.
kesian tokwan kan...hmm..hilang penglipur lara tokwan....

Antara kami ber3.,(semasa praktikal di Perlis)aku paling rapat dengan tok.mungkin sebab sifat semulajadi aku yg sayang kepada orang yang sayang kepada aku.Sebelum aku berkahwin,selalu juga aku menziarah.tapi selepas berkahwin,ditambah   ditukar penempatan lain dan  kewujudan Adli,sesungguhnya aku tak mampu untuk melawatnya.Namun hatiku rindu sangat...Maafkan lela tok..

Teringat kejadian banjir,kami menumpang rumah tok..tido pun atas kerusi.kalau nak banding dok rumah sewa..tdo dlm air la jawabnya....kenangan kan..tak lupa melilau satu pekan kangaq p cari lilin.hatta lilin cina sembahyang pun ada dijual...(dh lupa,beli kot lilin tu.)hehehe..siap belikan makanan utk aku bila aku cakap nak datang ke Perlis..padahal aku terdelay dua tiga hari..semangat nak sambut cucu padahal bukan cucu btul pun..kann.....

In shaa Allah,jika berkesempatan lagi ingin aku ziarah kubur tok..Maafkan lela tok,tak ziarah kubur tok,cuma doa mengiringi pemergian tok di sana,harap tok tenang di sana.Segala kenangan tetap ku semat dalam jiwa walau jasad tiada lagi..

Al-fatihah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan