Sejarah Bukit Merah
Mengikut cerita yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Beriah, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar, Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong. Pada ketika itu, tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada cuma denai pejalan kaki dari Alor Pongsu ke Batu 2, Bukit Merah. Pada masa dahulu, Bukit Merah merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya kawasan itu menjadi kawasan penanaman getah dan kawasan lembah dijadikan sawah padi.
Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak.
Pada masa itu, kereta api menjadi salah satu pengangkutan dan terdapat sebuah stesen kereta api di Bukit Merah. Penduduk menjual kayu balak melalui stesen kereta api ini. Setelah Jepun menyerah kalah, penduduk kampung ini membuka tanah baru. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah dan kebanyakan mereka datang dari Kedah dan Perlis.
kredit kpd:Kelab Anak Jati Perak
Klik2 la DIk Non..
Memaparkan catatan dengan label info tempat di Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info tempat di Perak. Papar semua catatan
Khamis, 21 Jun 2012
Jumaat, 2 Julai 2010
Mambang Di Awan
"Mambang Di Awan merupakan sebuah pekan hasil kewujudan lombong bijih timah di negeri Perak. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar . Sebagai sebuah kawasan bekas lombong bijih timah, kawasan ini ramai orang Cina mendudukinya.
Seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang."
Salam untuk rakan blogger.
Sebenarnya,tempat inilah menjadi tempat tinggal saya sekarang.Nama pun unik kan.Jadi,saya cuba untuk mencari dalam google,rupanya begitu kisahnya.Jauh berjalan luas pandangan kan..walaupun hati saya tertinggal di Taiping.
Perjalanan dari kampung mertua saya ke Kampar melebihi 151km.Itu pun saya nasuk highway,jalan lama tak pulak.Lagipun nak cepat sampai.Lebih kurang dalam 2jam untuk ke Kampar dan sama seperti hendak pulang ke Sg Petani.Lagi jauh la perjalanan.
Saya berharap dapat menyesuaikan diri di sini.Alhamdulilah,bertemu dengan rakan baru..sesuatu yang baru dan memberi pengalaman.Bila ada kelapangan,saya ingin ceritakan keunikan tempat yang berhampiran Kampar.
Doakan yang terbaik untuk saya!
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Adli
Kematian
anak
anak sedara
birthday
famili
gambar adli
info
info agama
info semasa
info tempat di Perak
kemalangan
kenduri kahwin
kereta
kerja
kursus
lirik lagu
luahan
macam2 hal
memori ramadhan
mengandung
motosikal
mutiara kata
pengalaman bersalin
perkembangan anak
rakan lama
sukan
tips rumahtangga
ucapan
ulangtahun perkahwinan
video klip