TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Sunday, December 30, 2012

Selamat Datang 2013

Asalamualaikum..

Mulai hari ini sehingga Selasa ini saya bercuti.Takut tak sempat nak ucap..

SELAMAT TINGGAL 2012

Byk kenangan dalam tahun ini.Tak tau nak luahkan cuma apa yang berlaku pada tahun 2012 yang buruk jadikan pengajaran,yang baik jadikan kenangan terindah.

Antaranya;

  • Adli semakin bijak dan terus melangkah menjadi kanak2 riang
  • Si ibu semakin banyak bersabar dan cekal menghadapi  semua situasi
  • Si Abah mempunyai cita-cita~harapan ibu semoga abah mencapai cita-citanya.


Tentang kerjaya;dari satu kawasan telah meluaskan kawasan yg dijaga dan ditadbir

Kesedihan dalam 2012;apabila tok angkat meninggal....

Setakat itu je saya dapat simpulkan.

Nantikan huraian azam 2012 yang telah/belum saya tunaikan dan wishlist utk 2013..nantikan ye...

















SELAMAT DATANG TAHUN 2013...

Saturday, December 29, 2012

Hak Anak

Hak Anak kepada Ibubapa(petikan rancangan Al-Hidayah TV3 semalam)

1)Ibu yang soleh


2)Nama yang baik(Maksud nama)


3)Pendidikan Islam yg sempurna..


In shaa Allah...

untuk perkongsian maklumat

Friday, December 28, 2012

Adli hampir 2tahun..

Asalammualaikum..

Kejap masa berlalu pergi.Tak sedar esok 29Disember 2012.Ada lagi dalam 3hari kita berada di tahun 2012.

Adli pun dh hampir 2tahun.Bulan Januari dah 1tahun 11bulan.kadang2 aku merindui dia di zaman kecilnya...hehehe..bukan apa,baunya masih bau asli..tapi sekarang nie..wangi jugak cuma ada bau lain...

Lupa nak bercerita tentang perkembangan Adli.


  • Dia dah pandai cakap,nak susu...sweet je..klu ibu tak faham..Adli wat bahasa isyarat..
  • Pandai kedekut tapi bila ibu wat2 sedih..dia bagi jugak..
  • Pandai pulak meminta2..'sket..'sket..selalunya kalau orang masuk dapur.dia akan masuk jugak..dan bermula2 ayat poyo Adli tu..'sket..abah...'sket pah...
  • Bila ibu wat menangis...gelabah si Adli ni jugak..hahaha..
  • Kalau disuruh buang sampah,dia terus buang ke bakul sampah...
  • Makan pun dah macam2 contohnya laksa,aiskrim,duriann....rambutan...(tapi ibu tetap hadkan)
  • Satu je perangai ikut ibu;kalau keadaan macam orang lain lebih pandai,Adli wat diam je..heheeh..tapi kalau dia rasa dia paling hebat...hebat btllllllllllllll.....
  • Pandai main kereta..susun kereta..tapi abis tayar kereta..xde sebelah..haha
  • Pandai pilih barang utk dia....




Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

Asalamualaikum.

12-12-12
cantik tarikh tu?
ada tarikh istimewa ke?
takde la.
saje aje.
dlm Fb dok update 12-12-12
tahun nie jela..
tahun depan dah xde tarikh cantik...xkan 13-13-13 
mana ade kan..hehehe
cuma harinie 12-12-12 buat pertama kali saya tertinggal beg tangan di rumah.
Sedar2 dah parking keta nak amik beg..baru terperasan takde..
Tengahari tadi balik amik..Nasib tak jadi pe2..huhuu...
leh jadi kenangan tu 12-12-12
ade ke orang sengaja nak tinggal beg tangan..
naya kan....nasib dekat je..kalu tak rasa nak nangis2 je..
ok la tu je coretan untuk 12-12-12.


daa.....

Tuesday, December 11, 2012

Kerja Pertama Anda Selepas SPM

Asalamualaikum..

Wah..nk masuk tengah bulan..baru nak update..ni pun baru balik dari kampung.Sibuk menguruskan majlis bertunang adik bongsu.Terasa keletihan walau baru je majlis tunang.Esok2 dah kendurinya..ntah la macam mana nanti.heheheh.


Pagi tadi ketika balik ke Kampar,terdengar kru Pagi Era..Johara membicarakan tentang kerja pertama anda selepas SPM.terus terfikir nak jadikan entri hari ni..ok x tajuknya..hehehe..

Seingat saya selepas kertas Ekonomi Asas,saya terus teruja nak cari keja kilang.Maklum la keja nie ok la.sebab pengangkutan depa yang hangkut..hehehe.masa tu mana reti bawa mcm2 kenderaan nie...

Masa nie la kenal supervisor,leader,line,reject,damage..bahasa dalam kilang..merasa gak la dunia kekilangan kan..cewahh..ada kumpulan orang tua,orang tengah dan budak2 muda(kami la tuu)..

Kerana keterujaan inilah membuatkan 6bulan saya bekerja di kilang memproses bahan asas komputer.Kiranya ini kilang omputih. Kawan2 satu sekolah sama bekerja di kilang ini.Banyak suka duka berada di sini.masuk je bulan Jun..sorang2 dapat panggilan masuk belajar..termasuk la saya.Tapi kira saya beruntung sebab yang lain2 masuk politeknik dan saya je masuk UITM.

Selepas masuk UITM,ada je cuti semester mesti saya bekerja balik di kilang nie.Tapi sayang selepas serangan 9 September tu..kilang2 yang berada di Malaysia mulai tutup termasuk kilang yang saya kerja nie.Jadi takde kilang tu dah.tinggal sejarah je la..

Merasa gak duit selepas SPM.tapi bila difikirkan apa yang dibeli..udah lupa..begitu la budak2 SPM..heheh..kecewian nak pegang duit..

Pengalaman bernilai bagi saya..sebab tu saya tak pandang rendah pada minah2 kilang..sebab kerja memang teruk jika dibandingkan kerja saya sekarang.Kerja di kilang lebih kepada fizikal dan sekarang kerja saya lebih kepada mental..huhu..

itulah al-kisahnya.


Friday, November 30, 2012

Penghujung November

Asalamualaikum.

Pejam celik.pejam celik dah masuk bulan terakhir dalam tahun 2012.

Masa terasa cepat,detiknya tetap sama setiap saat,minit dan jam.

Terasa kejap masanya bila difikirkan.

Adli pun nak masuk 2tahun bulan Februari 2013.

Usia perkahwinan pun baru mencecah 3tahun bulan Februari juga.

Hmm....adik bongsu pun dah nak bertunang..tinggal sorang lagi.

Mak abah makin berganjak usia...meniti usia emas.

Harapan aku dapat bahagiakan orang yang aku sayang secepat yang boleh,yang mampu.

kerana semua jauh di pandangan mataku namun tetap dihatiku.

Permudahkan segala urusan kami Ya Allah....

Moga tahun baru dapat memberi sinar bahagia buat kami.

Amin....

Wednesday, November 21, 2012

Happy Belated Birthday to Me!~3series

Asalamualaikum..

Baru harinie leh update blog

Saje je nak ceritakan pasal birthday saya yang ke 30tahun pada 18November yang lepas.sempat untuk meraikan bersama keluarga di Kedah.

Syukur alhamdulliah,segala nikmat yang diberikan walau ada kalanya dugaan dan cabaran,namun semua itu adalah KEHIDUPAN seperti garam mesti ada gula,ada yang manis dan ada juga yang masin..hehehee..

Kehidupan di kala umur 30tahun nie agak terasa lengkap di samping suami dan anak.Walau berjauhan,kami tetap bersama(in shaa Allah).

Usia 30tahun seharusnya menampakkan kematangan kita kan.Hmm...lebih kurang la..kalau dulu kalau org panggil.kak.kak..marah sesangat(perasan muda)tapi sekarang hakikat dah pangkat AKAK dah..hehehe..

Dari segi kerjaya,ada pasang surutnya.Alhamdulilah jika dibanding orang lain bersusah payah mencari kerja tetap.Aku tetap bersyukur walau ada pahitnya.

Perancangan masa hadapan?
Melihat kawan2 yang telah menyambung pelajaran,ingin sekali aku menjejak langkah mereka.Namun entah la..Semoga Allah permudahkan urusan aku.Ilmu yang aku kejar ini bukan semata nakkan kerja yang lebih elok,mungkin kerjaku di sini lagi,namun ilmuku bertambah untuk menjadi manusia cintakan ilmu.

Bersatu di dalam satu bumbung antara anak,suami dan isteri~biarlah masa yang menentukan.Mungkin Allah belum mengizinkan kami bersama..Wallahualam~

Kenangan Mengusik Jiwa

Asalamualaikum..

Lama menyepi diri dari aktiviti blogging,ibu dan Adli bercuti2 di rumah Perak dan Kedah aje.Penangan seminggu bercuti macam tak puas.apa boleh buat.keja..keja..keja

Dalam percutian hanya di rumah bonda,rasanya cukup bahagia.Hajat nan satu ini tetap diteruskan walau tak bersua lagi,hanya tinggal kenangan.

Kesempatan bercuti di Kedah telah membawa daku kembali mengamit kenangan lama di Perlis.Hajat tetap ku teruskan untuk menziarah tokwan walau tok dah takda.Nampak di luaran.tokwan sihat2 saja,tapi aku terasa kesedihan tokwan ketiadaan tok.Rumah tok tetap macam dulu.cuma terasa sunyi bila tok takda..

sapa nak buat lawak??
sapa nak layan sembang.??
sapa nak suruh buat ayaq??
sapa nak suruh masak nasi??
sapa nak gebang??

Pada mulanya hatiku tetap untuk tidak menumpahkan airmata.namun pabila berjumpa dgn sahabat lama tok,airmata aku tertumpah.mendengar cerita maktok yang arwah masih mengenang daku.Sedih mengenang arwah,baik..Memang terlalu baik.mungkin sebab aku tak merasa kasih syg tok  sendiri walaupun ada(mungkin tak rapat)dengan arwah.bahagia sungguh ku rasa hingga saat ini.
kesian tokwan kan...hmm..hilang penglipur lara tokwan....

Antara kami ber3.,(semasa praktikal di Perlis)aku paling rapat dengan tok.mungkin sebab sifat semulajadi aku yg sayang kepada orang yang sayang kepada aku.Sebelum aku berkahwin,selalu juga aku menziarah.tapi selepas berkahwin,ditambah   ditukar penempatan lain dan  kewujudan Adli,sesungguhnya aku tak mampu untuk melawatnya.Namun hatiku rindu sangat...Maafkan lela tok..

Teringat kejadian banjir,kami menumpang rumah tok..tido pun atas kerusi.kalau nak banding dok rumah sewa..tdo dlm air la jawabnya....kenangan kan..tak lupa melilau satu pekan kangaq p cari lilin.hatta lilin cina sembahyang pun ada dijual...(dh lupa,beli kot lilin tu.)hehehe..siap belikan makanan utk aku bila aku cakap nak datang ke Perlis..padahal aku terdelay dua tiga hari..semangat nak sambut cucu padahal bukan cucu btul pun..kann.....

In shaa Allah,jika berkesempatan lagi ingin aku ziarah kubur tok..Maafkan lela tok,tak ziarah kubur tok,cuma doa mengiringi pemergian tok di sana,harap tok tenang di sana.Segala kenangan tetap ku semat dalam jiwa walau jasad tiada lagi..

Al-fatihah..

Wednesday, November 7, 2012

Karam-Zabarjad

Dapatkah putik kan menjadi bunga 
Kiranya cuaca sering gerhana 
Dapatkah kasih bersemi selamanya 
Ataupun aku harus berserah kepadaNya 
Yang Maha Esa 

Mestikah ada satu perngorbanan 
Sehingga terjadinya perpisahan 
Kiranya itu satu permintaan 
Perlukah kau dan ku merelakan 

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan 
Suatu yang indah dalam percintaan 
Di kala tiba dugaan mendatang 
Aku kau tinggalkan 

Karam aku di lautan duka 
Bila wajahmu hilang di mata 
Tiada berita pengubat rindu 
Di kala sendu 

Kubiarkan luka di hati berdarah 
Sehingga kering dimamah mentari 
Apakah salahku 
Disakiti begini 

Perlukah aku terus mengharapkan 
Camar yang hilang kembali ke sarang 
Apakah masih ada kerinduan 
Yang tersimpan di hatimu sayang...

Tuesday, November 6, 2012

Adli 21bulan


Asalammualaikum.

Ha...harinie ada gambar Adli ,sedang menyibuk untuk mewarna..tapi takreti ..gaya yg lebih.hehehe..

Meh kita tengok perkembangan Adli pada usia 1tahun 9bulan=21bulan.


  • makin hensem dan makin besaq..akai lagggi banyak.
  • patah kata boleh sebut dan ikut.Contoh,'baby','cukup','hujan','wan','tok',paksu,acu,acik dll..
  • ada 2mood bila bangun;1mood;ceria..siap tegur..sembang..kalau mood 1 lagi..adeii...asik nangis sudah..sampai ibu pun tak tau nak pujuk apa,dukung...tunjuk2 barang baru ok.
  • makan?xde masalah..makan aje anakku..hehehe
  • main??ok ajee..klau bawa ke library,seronok tengok abang2,kakak dok main dalam library.ikut je depa p mana..
  • suka gigit ibu..depan muka,kaki,tangan,smua nak gigitt...
  • paling syadu..:( tengok Adli excited tengok orang laki;pakcik ke,tokwan sapa ke?xkira dia suruh dukung..ksian sayang ketandusan kasih syg abah..takpe la nanti kita balik tengok abah ye....
  • main bola 
  • main kereta dan moto..itu kan permainan boy..hehehe...
  • bila sebut baby,sampai plastik pamper suh bagi kat dia..siap cium lg..heheheh...adli nak adik ke??larat nak jaga 2-2..ibu kena pk panjang dlu...hehehe
tak lama je Adli nak masuk 2tahun.Insya Allah tahun depan ibu nak wat majlis  sikit untuk Adli,leh la tempah kek..best..best..

jumpa lagi.


Wednesday, October 31, 2012

Penghujung Oktober 2012

Asalammualaikum.

Lama tak coret2 dalam blog nie.Bukan apa,sibuk keja gamaknya.hehehe.
Raya korban pun dh abis dah...terbaik la raya nie..hehehe.bukan apa..raya haji pun balik Kedah..(sempoi la hubby i,tq dear sanggup beraya sekali lagi di Kedah)

Tahun nie mak amik satu bahagian,buat korban.Terdetik diri ini nak buat sama.biarlah satu bahagian dari tak buat lagi korban kan..hmm..Insya Allah tahun depan nak daftar nama gak.

Raya haji nie kali nie meriah .sebab beraya rumah makhehehe.tapi saya rasa best sebab dapat makan daging segar(terbaik dari ladang).Ditambah lemak2,tulang2...perghhh.....meleleh la beb.Makan yang ni mau pening2.Wat sup tulang je..abang,adik,anak sedara layan je..Cuma my hubby je takmakan..hmmmm..biarlah...

Adli pun sekarang semakin aktif untuk bercakap.Umur pun nak masuk 2tahun.kira dalam 1tahun 9bulan.Lasak pun lasak,degil pun sama.hahaha..cam maknye le...Adli dah pandai sebut'baby'..tengok plastik pampers..sebut 'baby'.so sweet..(Adli nak adik ke?hehehe..tunggu dlu..bagi puas2 layan baby ni dulu..

Selain perkataan 'baby',ada gak dia sebut,keta=kereta..loweee=lori..takut,jatuh,sayang.Selalu sangat sebut'abah'.Gelaran ma' je lekat kat mulut Adli,sebolehnya dia xnak sebut...tapi yang heran bila pengasuh kata mana ibu,boleh pulak sebut ibu..adeii anak ibu..tak pe sebut 'ma..ok gak dari xde bunyi kan..

tu je nak coret.jumpa lagi..daa..


Friday, October 19, 2012

Akasia-Julia



Asalamualaikum.

Sekarang nie ibu dan Adli layan citer Julia..mula2 intro agak kureng..tapi dah masuk tengah..cam best lak..siap Adli nyanyi lagu opening ..ukup..ukup..dah..(cukup-cukup sudah)..hahahaha..

Layan nie je la...cam tu suasana ibu dan Adli tanpa abah..Kalau balik kampung..tak layan la citer2 camnie..seronok berjalan la apa lagi...hehehe...

Sinopsis:

Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir juga sering dihukum oleh guru-
gurunya kerana perbuatannya yang agak melampau. Walaupun sifat amir sebegitu rupa, Amir telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia menolak cinta Amir, dan mengatakan Amir bukan pilihannya.Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah. Apakah yang akan berlaku kepada mereka bertiga? Saksikan Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3.
sumber :tv3.com.my


Thursday, October 18, 2012

18




Asalamualaikum..

Hari ini kita bercerita pasal nombor 18 ye.
Kenapa 18?
adakah umur sy baru 18tahun.hihiiii.(perasan ler tu)

Ok...
Hari ni kan 18 Oktober 2012
Maka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


lagi sebulan birthday ibu..yeyeyeeye..
nak masuk 30 an..(nampak la ketuaan nanti)
(cewi..nak reminder gak ke?)hahhahaha.
tunggu tau..

.
.
.
.
.
.
.


harap2 tahun nie org pertama yg wish adalah hubby
sebab tahun lepas dia org last wish..tu pun bg hit..apadaaaaaaaaaaaaaa...huwaaaaaaaaaaaa.s
sedih tau...:(



p/s:entri merapu dah kembali..hehehee

Thursday, October 11, 2012

Happy Birthday!


credit to :google.com


HAPPY BIRTHDAY TO U MY DEAR.....
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki;disihatkan tubuh badan untuk menyayangi dan menjaga sayang dan adli.i.love.u


P/s:petang karang kita jumpa k..muahhhh.....................

Wednesday, October 10, 2012

Seminggu yang penat..

Asalamualaikum.

Lama tak bersiaran kan.Sibuk je seminggu yang lepas.Tambahan kena turun ke KL untuk meeting +bengkel,tinggalkan anak kat Kedah+bapa mertua masuk wad dan kena operate.Dugaaan btul sesunguhnya..

Meh baca kronologi(acee..cewah).

29 Sept:
petang pas keja gerak balik Taiping.Ingatkan singgah Batu Kurau amik abah Adli(sebab nak anta Adli ke Kedah,ibu ke g KL (1-3Okt).Sampai Taiping,abah mesej tunggu kat Hospital Colombia Asia.Rupa2 nya pak mertua sakit teruk.(kena check semua,sebab nak tau punca.Asyik pening aje..4hari tak tidur malam.."abg nape xbgtau smpai teruk cmtu..ingtkan demam biasa..huhhuhu..

Malam tu lepak rumah maksu sambil tunggu depa abis cek..habis mandi makan smua..Dalam pukul 11mlm,abah Adli suh ibu anta balik kakipar plus anak2 dia..Adli tersengguk2 sambil tido berdiri.Malam tu kena tahan wad kat hosptal kerajaan(Colombia??hisshh..cek saja pun dkat RM1400..nikan nk masuk wad..tepuk dahi laaa..

30 Sept
Pagi  tu kami melawat pakmertua di hospital,cuma ibu dan Adli takleh masuk.tggu luar..dkt sejam..abah call kata pakmertua kena rujuk kat Ipoh..sebab Taiping xde pakar otak...Balik pulak amik baju smua .terus ke Ipoh..Malam tu jugak pak mertua kena operate.Doktor nak tebuk atas kepala supaya air dalam otak dia berjalan lancar(jgn tanya lebih coz xtau mende..paham cmtu je)Masuk bilik bedah,kami bertolak balik ke Kedah malam tu jugak.Bertolak pukul 11mlm sampai 2.30pagi.

1Okt
bertolak dari Kedah pukul 8.00pg sampai Simpang Pulai dalam pukul 10pg.Sambil makan2 bersuap2,bergilir drive,rasanya mcm mula2 bercinta(takdan nak loving dah..ade anak).tumpang keta kawan..

1-3Okt 
Meeting+Bengkel kat Institut KWSP..

3Okt 
Lepas kol 2petang,kami bertolak balik.Dari Ipoh ke Bangi,tak la sesat..cuma gabra aje..Mai balik dari Bangi..tu dia..dah salah jalan..masuk jalan nie..kena tol..masuk lagi kena tol...dlm hati naik cuak la..sebab asik tak dapat signboard balik ke Ipoh..Last sekali baru jumpa..tu pun tak la mana jalan kami p..dalam sejam dok merayau2 dalam higway..
Dalam 5petang dah sampai Ipoh,abah Adli amik.Ingatkan nak balik naik bas aje jumpa Adli.Dah abah Adli pulak tak bagi balik lagi..Katanya pakmertua nak kena operate esok tu..Jadi isteri mithali kena akur gak la..huhuu.(rindu anak lain sangat).Petang tu gak pergi hospital melawat pakmertua.Malam tu kami balik rumah sedara dkat Bercham.

4Okt
Kalau diikutkan memang tarikh tu kena operate,dalam pukul 8pg dah bersiap bagai,nurse kata takjadi lagi..Kami tunggu.Dalam 11pg,doktor mai habaq takleh nak operate lagi.Bawa balik pakmertua ..Setel semua kami balik dari Ipoh dalam pukul 5ptg smp dkt2 8malam.Lepas mandi dan makan...balik pulak dari Batu Kurau ke Sg Petani pulak.Dalam pukul 11mlm sampai...

5Okt -6Okt
dok rumah mak sambil wat keja opis dari cc..huhuh..sedih kan xde laptop..hhuhu

7Okt
Balik rumah mak mertua

8Okt
Bertolak ke Ipoh dan sampai dalam pukul 11pg.Abah Adli yang daftar masuk.Kami lain2 dok dalam kereta.Dekat sejam lebihhh..baru setel..balik pulak ke Bercham.tido sana

9Okt
Teman abah Adli ke hospital..Pak mertua siap ditolak ke tingkat (bilik bedah)sekali lagi...postpone kejap..alasan katil lepas operate xcukup..naik balik..Kami turun ke bawah hajat nak sarapan,baru je nak beli,doktor call,abah Adli naik pulak.Tinggallah Adli dan ibu...huhuhu..jenuh tauu nak kontrol Adli..adeii...budak aktif kannnnnnn..lepas tu pakmertua pun selamat dibedah..so far keadaan dia ok,stabil.Insya Allah esk baru nk p tgk..Lps je tu..kami pun balik ke Kampar dan ibu mula keja..huhuhu...

10 Okt.


keja tak abis lagi..lagi la banyak lepas dari meeting.banyak benda nak buat....huhu..tension..tension..
tu la cerita saya..kepada sahabat2 nak tau,tu la saya dapat cerita.Takdan nak tepuk bahu kawan..terlampau sibuukk..............



Saturday, September 29, 2012

BAJET 2013

Alhamdulillah..

Rezeki anak-anak.

Hujung tahun jawapnya...

Nak buat apa??

Simpan kot..(yang lebih)

Yg ada...sama2 kita rasa......

Terima kasih PM...

Selepas nie PRU 13 pun nak hampir dah..

Pikir Sendiri laaa..!!!

Thursday, September 27, 2012

Anak Saya Aktif

Jangan sekali sebut "anak saya nakal" itu adalah cemuhan.. nanti menjadi..kalau dah bagi gelaran nakal kita akan mudah berkasar dgnnya.. anak2 yg selalu dikasari nanti suka melawan.. sebutlah anak saya ni aktif 

petikan kata2 dari:Ustaz Mohd Zawawi Yusof


p/s: kalau Adli saya akan kata;anak bertuah,anak yg pndai sangat..blh ke??heheheeh

Nama Anak

Asalamualaikum..

Sapa2 yang ada anak,selalu panggil anak dengan nama pe?nama manja?nama panggilan?nama timangan?

Jenis saya pula(baru je anak sorang)akan panggil nama anak ikut dalam surat beranak dia la...maksudnya..samada Muhammad,Adli atau Amsyar..kalau marah kat anak.akan panggil nama panjanggggg dia..(Adli pun tau kan bila hanginnya si ibu..hahahahha)

Maksud nama Adli(saya cek dalam buku dan internet)

Muhammad(yang terpuji) Adli(Keadlianku)Amsyar(cergas).

Banyak2 nama si Adli nie..Ibu tertarik dengan Amsyar(cergas).Memang cergas abiss...Ada la member satu tmpt belajar dlu,
dia komen"hang buh nama hg Amsyar ke",
aku mengiakan.
pastu dia kata"Amsyar nie maksud cergass..anak dia mmg cergas.

Masa tu Adli muda lagi.Bila dikenang2 balik..Mungkin nama juga salah satu perwatakkan si anak.Cergas sungguh Adli tau..Kadang2 terpikir "Adli nie tak penat ke?Main sini sana..." Kalau balik dari Kampar ke Taiping tak tido xpe...tgk je le jalan tu..hehehehe(Kampar-Taiping dalam 1jam setengah)

Meh share nama anak sedara lain lak ek:

Anak abg sulung:
Muhammad Harith Iskandar
Muhammad Haziq Ikhwan
Muhammad Hadif Irfan
Muhammad Hafiy Irsyaf
Mia Sara Nazuha

Anak abg kedua:
Muyassarah Damia

Anak kak ipar(kakak suami)
Muhammad Lutfil Hafiy
Aina Nur Hana


Anak saya:
Muhammad Adli Amsyar

Sedapkan nama mereka.Panggillah nama mereka sebaiknya kerana bila di padang mashyar akan diseru nama panggilan kita......Oleh itu panggil nama penuh2 ye..





Wednesday, September 26, 2012

Anugerah-Amanah & Ujian

kredit kepada:Rahsia Perkahwinan..

Anugerah terindah dalam kehidupan suami isteri
Amanah Allah untuk mendidik dengan ajaran Islam
Ujian samada suka dan duka untuk membesarkan anak.



Tuesday, September 25, 2012

Gaji hari nie...hehhe

Asalamualaikum.

Eh..gaji hari nie ke?hehehe..jenuh kan..ikat perut..lepas raya sampaila hari ni..Lega rasa.Leh la topup susu Adli dan pampernya.(haii..camnie la gaya orang ada anak..difikirkan ke anak dahulu..maknye..xde apa pun xpe...huuhuhu..

Minggu depan ibu ke KL...kena tinggalkan Adli bersama tok dan makcik2 yg vogue utk jaga Adli..rasa sedih nak tinggal kejap.2malam tanpa Adli..huhu..Adli camna,seronok ke tanpa ibu di sisi??ke bergumbira saja kamoo nie..hahahaha..xpe la...pengganti ibu utk tok di rumah..

Hujung minggu ketemu sama abah Adli..Ye...2minggu tanpa abah..kesian abah ye..kurus menanggung rindu kat ibu Adli ke?kihkihkih.....sabar ye abah Adli..Ibu harus bermeeting dahulu..nanti kita dating la pulak ye..Mungkin ibu amik cuti panjanggg sket..

Hari jadi abah Adli pun tak lama..tapi cam tak dapat nak sambut ye..Xpe la.nanti la ibu fikirkan..mungkin dianjakkan kepada depan..means..sambut dahulu..hehehe..

ok la..jumpa lagi..




Thursday, September 20, 2012

Perkembangan Adli

Asalamaualaikum..

Sekarang nie Adli makin cerdik.apa yang diucap,dibuat akan diikut oleh dia..hehehe..nak tergelak pun ade..terharu ada gak sebab dari bulan ke bulan kita ikuti perkembangan dia.Jadi dalam umur 1tahun 7bulan banyak gak perkataan Adli yang betul dan ada kalanya amik yang mana dia faham.


Antara perkataan Adli:-

  • ABAH.(firstly dah panggil abah dia)
  • NAK
  • MAK
  • ABANG
  • KAKAK
  • JATUH
  • AIR
  • SAYA
  • IBU
  • MA(panggilan adli kepada ibu dia)


perkataan yang ibu faham tapi Adli xberapa reti nak sebut

  • NEN(Susu)
  • KBAR(ALLAHU AKBAR)
  • EEEE(Berak)


antara perbuatan Adli dah tiru dari ibu

  • sembahyang.bila dengar azan je..siap2 nak tarik sejadah.suruh bentangkan.
  • sujud je reti..hahahaha..
  • songkok/kopiah nak pakai bila solat...
  • minum air dari gelas..pantang tau bila ibu nak minum..ade je dia minta..hehehehe
  • mandi
  • gosok gigi
  • buang sampah
  • naik basikal(pandai kayuh uuuuuu)
  • tekan channel tv
  • baca buku(I like)
Seingat ibu yang tu je baru Adli buat.Tak tau la kot2 ibu terlepas pandang.Dok rumah pengasuh dia..Ibu keja..Sekarang nie kalau malam nak susu,bangun gerak ibu pastu sebut nen.nen..pastu abis susu je..serah balik kat ibu..pastu ZzzzzzZZ..

Jumpa lagi ye..




Tuesday, September 18, 2012

Campak bayi

kredit kepada Kosmo

Asalamualaikum...


Tentu korang dah baca kan..zalim ...tak berperikemanusian..kejam..Naluri seorang ibu tentu tersentuh kan. Ye saya salah seorang.Hidup2 dibaling ke bawah..ishh.....tentu semua orang marah tentang perbuatan sebegini.Tergamak seorang ibu (mungkin dia belum rasa ketika ini)sanggup campak seorang makhluk Allah yang masih bernyawa.Tak leh saya bayangkan kalau saya berdepan situasi ini....minta dijauhkan...Kalau kot ye taknak bayi nie sekalipun,berilah kepada orang lain.Kalau si ibu ini berfikiran jauh,mungkin anak ini masih hidup..adeii...adik..kamu telah melakukan kesilapan jangan diulang...

Zaman sekarang terlalu canggih dengan teknologi terkini sehingga sikap perikemanusiaan sudah hilang..bila tiada sifat itu,maka terjadi la kejadian sebegini.

Kalau taknak,rasanya di luar sana nakkan anak itu.Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.Amin..

p/s:saya tak sanggup berpisah dengan anak saya...hakikatnya sebab sayangkan anak..uhuhuhuhu..sedih..sedihh..

Friday, September 14, 2012

Batuk+selesema

Asalamualaikum.

Rasanya lama tak coret2 di blog nie.Bukan apa,kurang sihat sejak 2menjak nie.Nie pun dah rasa batuk balik.Baru je nak baik batuk,taktahan daulat ais..terpaksa la batuk lagi.Tambah2 berjangkit kat Adli,full pakej..selesema batuk.Hmm..Ibu la kurang tidur,kejap2 bangun.nangis.susu,lena..pastu buat balik.sedar2 dah subuh dah.

Sekarang nie kan musim hujan.tak menentu cuaca..perubahan cuaca kan.Redha la penyakit diterima.Mungkin dapat menghapuskan dosa2 kecilku.Amin~~

Ada lak meeting kat KL nun.bermasalah lagi la..hhuhu..anak teruna i..hmm..cmna ek..nak blik anta ke kedah ke??pengasuh adli dah awl2 angkat bndera putih.al-maklumlah awal2 tu adli bg sign.huhu..nangis tak henggat punya.xpe..ibu faham..

Risau laa sebab dah kenai ibu.kang mesti tercari2 ibu kan..sedihnya...huhuhu...tak dapat nk bayangkan la..tersentuh naluri si ibu..huhuhu..

Ya Allah,permudahkan urusan kami,ya Allah!

Amin..


Tuesday, September 4, 2012

19BULAN

Asalammualaikum..

Hari ni dah 19 bulan si Adli. 5bulan lagi 2tahun.Insya Allah,ibu harap dapat meraikan hari jadi Adli ke2.Sebab yang pertama,Adli demam teruk,hampir 2-3 minggu untuk pulih balik.Jadi ibu memang taknak buat sebab melihat anak pun masa tu tak sihat.Harap2 Adli sihat ye.Amin..

Terlanjur menulis nie...baca2 la perkembangan Adli.



  • sebutan i-b-u tu blh la ibu bg A dah..hahaha.klu malas..panggil.ma.ma
  • semakin aktif membuat kerja2'rumah'..hahaha...
  • kalu sekali ajar..cepat je Adli tangkap..so kena berkelakuan baik..
  • sekali nie kami boleh balik sendiri untuk berjumpa abah adli.(balik kena abah hantar)..
  • pndai gosok gg walau xsangat..
  • pandai plih2 barang yang dia suka.
  • suka kacau ibu.huhu.nak tidur.siap gerak2 ibu..adeiii...sabar je la..
  • dengan abah ok je....kasih sayang sama antara ibu dan abah..walau dok jauh..still kenal abah dan bersembang dalam fon..syukur wahai anakku...
Gambar pun takdak..kesian ibu..hahahhaa.takpa la catatan ibu saje..cam diari.

ok la jumpa lagi..

Saturday, September 1, 2012

Resdung & Merdeka 55

Asalamualaikum.

Terlambat kan..huhu..nak cerita satu cerita...(apa banyak cerita da)..sehari sebelum 31 Ogos,saya bergegas nak pulang ke rumah.Adli menangis lagi.Ayooo...makin menjadi budak nie selepas seminggu dok dengan ibu.Sampai2 je tengok mata Adli kemerahan.Punya taknak pengasuh dia pujuk..konon...tapi betul la menurun perangai dari ibu..hahahaah(kalau merajuk ke hape ke,jangan pergi pujuk..kena cool dulu baru pujuk.)abah dah kena dengan ibu.Sekarang Adli pula ye. Jadi mata merah sebab menangis sambil mengosok mata(batuk&selesema tak abis lagi)

Semalam pun mata masih merah..Tanya housemate,dia kata mungkin Adli dok tonyoh mata sebab tu merah..lega hati ibu jap.

Hari nie pulak masih merah2 lagi.Siap Adli pergi beraya kat surau(berhampiran rumah pengasuh)kebanyakkan orang kata kena resdung,sebab merah mata.Lain satu selera makan pun nampak agak kurang.Cubaan lagi laa..huhuuhu..Rasa cam betul ye sebab faktor keturunan si abah...lagi satu makanan laut takleh sentuh.woo....sikit ja makan,abis merah2 muka  sedih..huhuhuhu T-T

Tadi ingat ibu nak bawa Adli jumpa doctor..tapi sampai sekarang ibu keja lagi..sini mana buka sampai petang,takat kol 4petang je.nak pergi pun malam nanti.hmmm.....entah la....ada la tanya dalam satu group FB,dia suggest makan suppmen..harga pun boleh tahan le RM199 utk 2bulan.nama supplement nie OLIVENOL.....ibu dah baca dalam ,mcm ok ja..tapi tu la bila sorng nak buat keputusan nie agak payah la...Abah??dia pun jenuh dengan resdung dia..tapi takpe la abah dah besar,g beli ubat kat farmasi ye.Ni untuk Adli yang tak tau mende nie...uhuuhuh..tengok la cmana....

ni la antara cabaran bila hidup sorang sana sini....



satu lagi ibu nak ucapkan 


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG 55TAHUN.
PELIHARALAH KEAMANAN INI UNTUK ANAK CUCU KITA NANTI...

Wednesday, August 29, 2012

Kembali Bekerja

Asalamualaikum. Dan Salam Syawal yang masih ada..

Kejap dah dkt 2mggu kita beraya kan.Sebenarnya saya pun baru msk keja 2hari lepas,setelah bercuti panjang hampir seminggu.Rasa lama sangat tapi masih tak cukup saya rasa untuk bermanja2 dengan suami tercinta.Tiba masa balik ke tempat asal..tinggalkan smuanya kecuali Adli.

Untuk raya tahun nie,kalau ikut turn suami,tapi suami bagi peluang untuk beraya di Kedah.Sebab apa??Dia kena balik kerja utk rayake3.(buat partime kerja)Takpe la sayang merelakan sebab dok rumah mak..hehehehehe...

Adli la yang paling hensem tau..siap bersongkok dan bersampin lagi.Gambar??Hmmm....ada amik tapi memori kena serangan virus dan tak leh transfer ke komputer.Cuma leh display di kamera dan print sahaja.

Duit raya pun banyak tahun nie utk Adli.Duit Adli ibu laburkan kepada Amanah Saham Wawasan 2020.belajar buat pelaburan sikit.SSPN??belum terfikir nak buat lagi.

Kerana penangan raya dekat seminggu dan berkepit dengan ibu ,maka hari pertama Adli kurang memuaskan.Semasa menghantar ke rumah pengasuh ok je,mebi dia mengantuk kan(sebab bangun awal pagi Selasa tu ibu nak keja-abah hantar kami awal subuh).Pukul 11pagi pengasuh dah call,Adli menangis tanpa sebab,tapi susu habis pula diminum..hehehehe..boleha agak budak nie kenapa..nasib baik rumah dekat je.boleh la pergi tengok.,dok dalam setengah jam,dah elok main,ibu tinggalkan..Nasib la kamu anak,asik kena tinggal je..

Itu je nak cerita selepas sminggu nak masuk minggu ke2..hehehehe..mod keja pun dok melayang2 mai..Nanti kita cerita lain hari lak..

JUMPA LAGI....

Friday, August 17, 2012

Salam Syawal.


Asalamualaikum


Di kesempatan ini,saya mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada sahabat2 blogger yang sudi menyinggah di sini.Jika terdapat kekasaran dan kesilapan bahasa atau menyentuh perasaan kalian,sekali la maafkan daku....



SELAMAT HARI HARI AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

DARI

LELA,ADAM &ADLI


Thursday, August 16, 2012

18bulan

Perkembangan Adli dalam 18bulan=1tahun 6bulan.

  • dah lengkap imunisasi Adli.pasnie tgu naik darjah 1.(lama tuuu)
  • cekap mengunakan smua otot2 badan kaki.
  • makin cerdik
  • pndai usik gegirl..heheh...mai2 dia nak terkam je..girl yg dipilih..klu boy sure tolak..hahha
  • makan pun pandai pilih
  • sebut Abang,kakak
  • mesra..mesra pelanggan..dengan sapa2 dia nak..
  • pndai usik ibu.
  • dok sebu ma..ma..ma..
  • skrng nie ada angin ..kdg2 dgn pengasuh ok..kdg2 xnak..perubahan umur kot noo..
  • pndai naik basikal..siap kayuh tp kayuh gitu2 le..

Bila tgk anak tidur...baru perasan kejap masa berlalu..dulu kecik je Adli..skrang nie..besar sudah..dlu size S skarang size XL dah..hihihihi..pasnie ibu leh la relaks sket nooo......



Syawal Datang

Asalammualaikum..


Sedar tak sedar dalam 2 3 hari kita akan mengambut hari kemenangan.Hari di mana boleh makan2..hehehe..xde la..Selama bulan Ramadhan kita berpuasa,Syawal datang untuk diraikan.Yang penting seronok,anak2 kan.Setahun sekali merayakan.Kali ni Adli boleh la berjalan2 sambil amik duit raya.Jika tahun lepas ibu mendukung Adli ke mana saja,kali nie Adli dah pndai berjalan.

Persiapan raya utk tahun ni lebih teratur.Merancang awal.hehehe..cuma ada la sikit persiapan yg belum dapat dibuat.Sedondon gitu,baju Melayu Adli dan abahnya dibuat oleh adik saya.Dan baju kurung dengan warna yg agak sama dgn baju Melayu?warna?entah nak ckp hijau..tapi ada nmpk biru..xpe la,Insya Allah saya abadikan gambar tu(klu smpat).

2 3 hari kerja sebelum raya memang moodnya ke laut ja.Asyik nak pikir balik kampung..balik kampung..Apa pun sama..hehehee..

Dugaan di bulan Ramadhan ni pulak,adeii...kena sound dengan tuan rumah?kenapa??xpe la nanti pas raya saya ceritakan ye..Malas nak mengenang cerita,nanti takde mood nak raya kan.

Esok Jumaat hari terakhir kerja.Lepas kerja baru boleh balik kampung.Entah la di jalan raya nanti,cmana ye kesesakan.Harap2 berjalan cam biasa la.Suami lak tak tau lagi boleh amik kami berdua.Kalu tak,jawabnya kena balik berdua,doa2 xde la jem teruk sangat walaupun biasa hadapi,(cuma dengan anak xtau la..risau dia rimas dok dalam keta lama2).

Ok la tu je nak kongsi cerita sebelum Syawal menjelma....

Wednesday, August 15, 2012

WW Iklan Raya Petronas 2003 - Kisah 7 Beradik




Iklan paling best ditonton..hahahaha..smua ade..hati..limpa..hehhehehe..

Friday, August 10, 2012

Selamat UlangTahun Mak

Asalamualaikum

Harini adalah ulangtahun yg ke 61tahun usia mak saya.Terserlah jgk mak yang semakin tua..hehehhe..Mak dah tua..anak2 mak pun bukan muda dah..hehehehe.

Minggu lepas saya ada balik kampung dan berbuka bersama keluarga.Ternyata saya seorang je jarang nampak..huhuhu.Adik beradik yang lain tinggal berdekatan dengan mak.Tak la risau sangat tapi selepas kawin nie ada anak,terasa kurang masa utk balik kampung.apa pun saya tetap carikan masa dan ruang utk menziarah mak di kampung.

Saya doakan sempena hari ini ulangtahun mak,semoga diberikan kesihatan dan dilimpahi kasih sayang dari kami adik beradik dan cucu2 mak.


SELAMAT HARI LAHIR MAK!

Friday, August 3, 2012

14 Ramadhan

Asalamualaikum..
sedar tak sedar hampir separuh bulan Ramadhan telah berlalu.Lebih kurang 2minggu kita akan beraya kan.
masa nie la borang cuti tak henti diterima..hehehe.kerja pun tak berapa sangat tekunnya..mula2 letih sebab berpuasa..nie sebab dok pikir nk bli baju raya..macam2 kan.

Pengguna di sini pun...cm malas2 nak datang..yang rajin datang,bulan nie udahh tak nampak pulak..hahaha..xpe la...mungkin ada hal tu..

Insya Allah,ibu ,abah dan Adli akan balik berbuka @ beriftar dengan keluarga di Kedah nu...Rindu rasanya bila masuk bulan Ramadhan.Macam2 tekak rasa nak makan.Nak request pun takreti...Apa2 pun..apa yg bonda hidangkan,anakanda akan makan..hahahaha.dasar xmemilih makanan...

Harap2 kami sampai dan pulang dengan selamat
Berhati2 di jalan raya
Ingat orang tersayang!

Tuesday, July 31, 2012

Back to normal-lah!!!

Asalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua blogger sekalian.

Ibu dan Adli baru je balik dari rumah Opah Adli pagi tadi.Abah hantar..Sedih kan keluarga PJJ.Nak jumpa anak isteri-suami kena cuti dulu baru jumpa.Sedih ibu tak hilang2..sob..sob..apa kan daya..adat bekerja la..dah bercuti kena datang kerja balik kan..

Oh ya..Khamis lepas Adli kena campak besar.Orang Perak kata pelentong@bertih..Adeii..macam bahasa ada kan..Sampai hari ni Selasa.dah kering campak Adli walau gak yang tak pecah lagi.Asyik bergaru kerja Adli.Demam tak,tetiba je naik campak.Itu yang kecemasan ,balik segera untuk mendapatkan bantuan.Ye lah dok kat sini takde sedara mara,mak abah jauh sekali la..Alhamdulillah..Adli pun tak meragam masa balik petang Jumaat tu.

Ibu dan Adli sempat berbuka dan bersahur bersama Abah Adli(termasuuk MakMertua dan PakMertua).Best kan Adli.Tapi apa boleh buat.Takat hari yang ibu boleh cuti je la..Sabar la wahai anak..

tentang persiapan raya untuk Adli,banyak gak la.Sepasang baju Melayu,3pasang baju+seluar jeans.Meriah kan Adli..hahahaa...Siap songkok ibu dah beli.tentu comel kan Adli.

baju ibu pun hampir siap.3pasang..heheh..tak kalah dgn anak kan..Tudung belum tentu samaada recycle @ beli baru.

Abah lak lagi kesian,baju Melayu aje..hahaha..Nanti dekat raya kita cari ye..

Itu je untuk petang nie..

SELAMAT BERBUKA!

Thursday, July 26, 2012

Bonus raya 2012

Asalamualaikum..

Syukur la..rezeki Adli tu..tahun lepas pun dapat.Tahun nie pun dapat.Selain kenaikkan gaji kan untuk tahun nie..bonus pulak tidak dilupakan.Buat belanja yang mana berlubang2.Yg baki,simpan dalam ASB dan ASW2020 Adli kan..

Dah dekat seminggu di perantauan..blum bersahur dan berbuka dgn abah Adli..Sedih kan Adli..?Adli nie bkn tau jiwa ibu..asikk2 main je keja dia..Harap2 Sabtu nie abah boleh menjemput kami balik..Tak tahan nk makan gulai batang pisang kat Bazar Ramadan Batu Kurau..Best kan...huhu...

Rumah tok Adli pun belum berkesempatan lagi.huhu..sabar wahai hati..huhu..Insya Allah,cuti nuzul Al-Quran tu kita blik ye nak..boleh jumpa tok dan tokwan..huhu..sedih tau ..sejak pindah sini...lama sungguh nak blik Kedah..huhu..sabar juga wahai hati.Allah sentiasa menguji hamba-Nya.

Harap puasa kita diberkati ye!

Selamat berpuasa!

Wednesday, July 25, 2012

WW~Adli dan Botol Susu

Geram kat budak nie..Ishh..Makin besor..makin ralit nka main keja dia.......Apa pun ibu sayangggggggg Adli.

Saturday, July 21, 2012

Friday, July 20, 2012

Ilmu Ramadhan

kredit kepada:Ustaz Zaharuddin

Salam Ramadan

Asalammualaikum..
Kesempatan ini saya ucapkan selamat berpuasa utk rakan2 blogger di mana sahaja anda berada dengan ucapan;sama2 kita memperbaiki amalan kita pada bulan yang mulia ini.

Semoga kita mendapat ganjaran dan rahmat dari-Nya.

Tahun nie seperti biasa,bersahur dan berbuka bersama anak tersayang;Adli.

Thursday, July 19, 2012

Kaho Na Pyar Hai

19/07/2009..tarikh mula hati disunting secara rasminya...jiwang kejap..jgn muntah ijau ye..sbb smlm tgk filem nie kat TV 2..............terfeeling jap...hehehe

Wednesday, July 18, 2012

WW~Zaman UiTM Machang 2000-2003

Best kan zaman belajar2 dlu..Asiik pikir psl asignment,test,exam,viva,mcm2 hal...Rindu ke zaman nie..  

Saturday, July 14, 2012

Kembar 3

Asalamualaikum

2 3 menjak ni saya suka baca blog yang mana mempunyai anak lebih dari sorang.Ye lah dalam perut si ibu ada lebih dari seorang anak,2  ata u 3 atau lebih lagi.

Best kan dapat sekaligus.!! Ye lah bila baca blog ibu yg mempunyai kembar  ni, best bila masa makan,masa pkai baju ..semua sama aje..tapi yang tak best lak..tang sakit le..sekali seorang anak sakit..abis lain2 kembar pun ikut sama.

Pengalaman saya cuma menjaga anak seorang saja.Tak leh nak bayangkan kalau tetiba mendapat anak kembar,serentak..semua itu kuasa Allah kan.Dia yang merancang semua ini.

Tapi saya respect la kepada ibu2 yang mempunyai kembar 2 org 3 orang atau lebih..sebab korang btl2 supermum terbaik.Tak sanggup lak tengok time kesusahan si ibu menjaga kembar..lebih2 lagi masa mereka tak sihat.


Ni antara blog ibu kembar yang selalu saya baca.
Mama Kembar tiga


saya tabik spring.................