TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Tuesday, December 6, 2011

10 bulan sudah

Asalamualaikum..
dah berserawang blog ni..Tuannya ke mana??Sibuk jugak seminggu dua nie..ditambah internet di pejabat tak berfungsi lagi,maka melepak lagi la di Cyber Cafe.Hahaa..Minggu lepas ada kursus dan Adli pulak ditinggalkan di Kedah nun..Alhamdulillah Adli semakin berdikari kalau ibunya ada kerja/kursus.
ok la cerita Adli pada usia 10bulan

  • Adli sudah menapak 2tapak(faham ke ayat nie?maksudnya dia leh berjalan  tapi setapak 2je..lain2 merangkak..
  • Adli mula mengenali orang.jadi orang yang jarang berjumpa agak payah sekarang nie..
  • Adli mula menggunakan suaranya utk menarik perhatian ibunya.terutama pada waktu malam.
  • Adli juga mula terjerit2 apabila melihat ibunya memegang mangkuk padahal ibu nak makan(dia teruja nak makan..hahaha)
  • Adli pndai berdikari terutama ibu menghantarnya ke Kedah utk 4malam..Syabas bete..Tok dia request suh hantar seminggu dlm sebulann..

itu kot cerita pasal Adli Amsyar yang berusia 10 bulan
Terima Kasih.

Friday, November 18, 2011

18/11/2011

Happy birthday to me!
Happy birthday to me!
Happy birthday to me!
Happy birthday to me!



Semoga usiaku dipanjangkan dan dirahmati,segala usaha dan kepayahan aku dapat aku lalui.Aku bersyukur atas nikmat dan rezeki di berikan_Nya.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Asalamualaikum semua
hari ini semua jadi gila..hehehe..bukan apa,tarikh keramat 11.11.11.seumur hidup kan..tahun depan 12.12.12..lepas tu dah xde dah..hahahaha..xkan 13-13-13..mana bleh....
tengok hari ni.. cm countdown utk diri sendri.ye lah my date birthday.nak masuk umur 29tahun..orang lain dah berkerak umur camtu.kite je yang muda sket..hahaha.kejap kan masa berlalu.tahun depaan dah masuk 30tahun.(insya Allah jika dipanjangkan umur).
Berdebar lak tengok tarikh lahir..hehehe..tunggu je la 18-11-2011 nie...sapa nak wish?mai2...

Friday, October 14, 2011

Pasal keja

asalamualaikum...
Wah..semangat baru selepas balik kampung jumpa abah Adli..hehehe..balik kampung amik mod..sebab pe?18 Oktober nie ada kemasukkan 2staff..menjadi 5org utk saya jaga..5 perangai yang harus diambil perhatian..Pergghh..walaupun saya tak dok dlm opis tinggi2..tapi nak menguruskan 3buah perpustakaan desa ditambah anak buah seramai 5orang,mampukah aku??

Hari ini ada perjumpaan staff baru.Pandangan pertama,alhamdulilah..nampak boleh bekerjasama..TAPI kena tengok kemudian hari juga..Yelah dalam satu pasukan tak semua elok,tak semua yang baik.ada yang 'hitam' ada yang 'kelabu' tapi tukan perangai manusia sejak azali.Mula2 saya dah 'bancuh' utk 2orang staf. bukan apa..kita sama2 cari rezeki,jadi gunakan peluang itu sebaiknya.hmmm....sebab yang boleh saya cakap macam tu,memang ada masalah.Jadi yang 2orang baru harap tak mendatangkan masalah buat saya dari segi displin.Tang keja ,tak faham boleh tanya kan..
Lepas nie,berlambak2 la keja si ibu Adli.Mana nak tengok Adli,abahnya,keja lagi..hmm..sabar je la..huhuh..

Nota saya:
xsabar nak balik kampung jumpa keluarga tersayang.benar,selepas berkahwin saya kerap merindui keluarga.sebabnya dah jarang balik kampung di Kedah nu..huhuhu..

Friday, October 7, 2011

Belanjawan Negara

Asalamualaiku..Salam Jumaat
Hari nie dah jumaat.Hari yang dinanti oleh rakyat Malaysia kerana petang nanti ada pembentangan BAJET 2012 oleh PM kita.

Harapan tu biarlah belanjawan yang berhemah dan menolong rakyat bukan menindas.

Untuk kakitangan awam,kedengaran banyak cerita ttg gaji@bonus.
  Jadi kita tunggu pada pukul 3 petang..


NotaSaya:
Tak sabar rasanya nak dengar belanjawan utk penjawat awam.Sampai mimpi2 tentang bajet tu..hehehee..ada la rezeki buat semua..Amin~~~

Wednesday, October 5, 2011

RedMummy

Asalamualaikum..

Saja nak menulis hari nie..Ada keja..tapi tak leh nak fokus lagi.So kejap nak releasekan minda yang agak stress..
Korang ada baca blog Redmummy ..Perghhhh..duit blog aje masuk berbelas ribu dlm sebulan aje..Gaji sebulan saya pun tak banyak tu..Terasa jeles  pulak..Hehehe...Yela sapa nak bagi duit banyak dengan hanya berblog kan..Kalau saya yang dapat bulan RM berpuluh ribu itu,alangkah bahagianya....boleh berenti keja jawabnya ...bercuti2.hehehe

Bila baca blog Kak Red nie..mcm2 perasaan ..jeles ade(beg,kasut smua berjenama mak!)jln2 pergi melancong,tapi tukan rezeki masing2.Cuma terasa bangga juga anak Melayu boleh buat blog berbelas ribu income hanya menulis di blog..Tak pe la..tengok aje le....hahahaha..Smoga kita dapat menjadi seperti beliau..(tapi dalam nuffnang,berapa sangat..cash out blum lg)

Tak percaya ke Kak Red tu dapat banyak tu?ni saya tempek gmbr dari blog dia

klik lebih jelas..

KakRed,jgn saman saya.Ni saya bagi kredit.
Sumber blog REDMUMMY..

Tuesday, October 4, 2011

Adli Dah 8bulan

Assalamualaikum..

Dah besar anak ibu ye..Dah masuk 8bulan.Dah reti macam2.Yang terbaru,berdiri dalam 3saat (dan dia lepas tgn)..bravo2x anakku...Kejap kan..baru je semalam bersalin..rupa2 dh 8bulan anak kita..


Perkembangan Adli:
dh berdiri
dalam walker pun laju..
pandai punggah barang
pandai main2 ngn ibu(ini masa pagi2 dia baru bangun,gerak ibu suh main)
pandai makan bubur

tapi buat sama sekrang nie adli sakit;selesema dan batuk.hampir 2mggu jugak batuk dan selesema tak hilang.Demam kejap je.Harap adli cepat sembuh ye..

Saturday, October 1, 2011

Gambar Kahwin

ala..gatainya...hehhehe..saja nk up kan gambar kawin.Sweet memory gitu.Percintaan kami banyak halangan dan perkahwinan ini juga byk rintangan..salah satunya (PJJ) stand for PERKAHWINAN JARAK JAUH..mmg dugaan btl biar sorang sana sorang sini.sekadar luahan je..dugaan terbaik adalah bila anak demam dan suami tiada di sisi utk membantu.Saya mengharapkan semua ini akan berakhir di mana kami bertiga boleh bersatu semula.Tak semua yang alami masalah ini dan bukan saya sorang je mengalaminya.Cuma doa dipanjatkan utk hidup bersama ke akhir hayat.Amin.

Friday, September 30, 2011

Gaji Kakitangan Naik??

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).


“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu

nk lebih lanjut klik sini


Nota Saya:
Dengar sejak 2menjak camtu le..tapi dengar2 lagi smua elaun ditarik balik..yg mana satu betul nie??Sapa yg untung??Kakitangan?Kerajaan??atau peniaga yg mahu naikkan harga lagi??
entah la,saya pun penjawat awam.apa yang saya mahukan tiada perbezaan ketara daripada peringkat sokongan dan profesional.yela masing2 membantu.Sapa nak buat kerja yang diarahakan kalau tidak dari pihak sokongan..renung2 dan fikir2 sndiri..Bersama memajukan negara dan meningkatkan produktiviti negara.

Aksi Adli

Adli bergaya bersama tikar yang baru dibeli oleh ibu..



Adli dah nak masuk 8bulan (4/10/2011) nanti.Makin lasak budak tu.Baru baik dari demam tapi masih ada selesema dan batuk.Sekarang adli dah boleh duduk dan bakal utk berjalan(sudah pndai berdiri).
Go Adli Go!!!

Wednesday, September 21, 2011

Lama tak nampak

Asalamualaikum..
Memang lama tak nampak.Ada masalah internet.Ye lah menumpang aje.Huhuhu..Ni pun curi2 pergi CC..check email check Fb..pastu balik..hehehe..

Keja makin pening.Adli??wah budak tu mmg lagi memeningkan..hahaha..sekarang dia nak mula bangun.tu pun dia pegang badan ibu baru bleh berdiri 'cepat betul perkembangan adli.Alhamudulilah..smoga sht dan bahagia di samping ibu ye'


Ok la itu saja .
Terima kasih kerana membaca..(nak keluar dah)

Thursday, September 8, 2011

Adli dah 7bulan

Asalamualaikum..

Adli dah masuk umur 7bulan pada 4 September lepas.Banyak yang Adli boleh buat.Jom kita baca satu persatu
  • Adli dah mula duduk.
  • Adli pun dah mula nak merangkak(skrng dok mengengsot je badan utk bergerak)
  • semakin aktif untuk bermain
Rasanya itu je kot perkembangan terbaru Adli.
Jumpa lg..

Tuesday, September 6, 2011

Ucapan

Asalamualaikum.
Walau dh masuk waktu keja..saya dgn rasa gigih utk mngucapkan
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
utk rakan2 blogger yg mengenali diri ini.(hari nie baru buka internet setelah seminggu lebih beraya..)
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan

Asalamualaikum..

Tak sedar sudah 20 hari kita berpuasa.Wah..semangat nak raya la..huhuhu..tapi amalan di bulan Ramadan hanyalah puasa dan sembahyang wajib.(yang sunat??huhuhu sejak ada anak xmenang tangan ler).Umur pun semakin berganjak dari hari ke hari.
Puasa dh mula kurang dah(paham2 le).Persiapan raya??Persiapan raya saya hanyalah untuk anak dan suami.Selain itu,persiapan raya apabila pulang ke kampung halaman.Wah..rindunya kampung halaman(Kedah).Dah sebulan tak balik.Seminggu juga la beraya kan.Hahaha..Tahun nie mestilah seronok sebab ada anak.Boleh la collect duit raya.hehehehe..
Mood sekarang pun lebih kepada nak balik kampung je......

BALIK KAMPUNG..hohohoho.BALIK KAMPUNG HATI GIRANG....

Thursday, August 11, 2011

Dugaan Datang

Asalamualaikum.

Baru je say ceritakan tentang keseronokkan mendapat 'durian runtuh',hari ini saya mendapat perkhabaran yang kurang elok.Bukan ada pa,tapi berkaitan anak saya.Pengasuh tak nak mengasuhkan Adli.Adeii,baru je bergumbira ada pula dugaan datang.Katanya dia dah capek untuk menjaga 2orang budak(termasuk anak saya).Sorang lagi dah pandai berjalan.Dalam setahun lebih umurnya.Sebelum ni saya yang menghantar anak saya kepada beliau,,tup2 dia dah kata'akak tambah sorang lagi nak jaga'.

Saya tnya lah.'akak boleh jaga ke 2-2 nie? Dia cakap"okey je sbb sorang besar sorang kecik.
Nah hari ni terbalik pulak
Kakak tu"akak rasa cukup bulan ni je jaga Adlli.Akak tak larat nk jaga 2-2.Sorang nangis,sorang lagi ikut jugak.Akak penat nak masak awl2"

Padahal sebelum ni saya dah tanya"camna akak masak?' "Akak masak pagi2. "Tapi sekarang nie..........lain pulak.

Betul2 dugaan di bulan Ramadhan..Harap2 ada pengganti untuk mengasuh Adli..Sabar kerenah orang...huhuhu

Mode:susah hati

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki Anak

Asalamualaikum.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya terpilih atas rezeki-Nya.Yang pertama bonus yang ditunggu2.Sejak dari zaman kerja barusekali saya dapat bonus(Zaman Pak Lah)Sekarang zaman Pak Najib kan.Ini pun setengah gaji bonus.Dengar2 lagi ada berita baik la utk bulan Oktober ni.Harap ada rezeki pasni lg..

Rezeki anak lg apabila claim insurans yang ditunggu hampir 8bulan akhirnya pihak insurans bersedia membayar pampasan.Walau xbanyak,bagi saya,itu rezeki juga.Ye la ketika ini saya menghadapi masalah kewangan(pasal gaji).Rezeki di tengah2 kesempitan.Itu lah doa saya kepada Allah supaya diperolehi rezeki dan dipermudahkan urusan.Kadang2 kita terlupa atas apa yg kita lakukan.Namun Allah tidak pernah lupakan kita.Amin..

"semoga hari ini lebih dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini'

Thursday, August 4, 2011

Adli Dah 6 bulan

Salam untuk rakan blogger..
Wah sekarang blog dah jadi macam blog adli pulak kan..Semua cerita tentang dia..Hahahaa..Dah anak kita,tiap2 menghadap muka yang sama,cerita pun berkaitan kan..
Adli dah berumur 6bulan..Dah besaq anak ibu kan..Lasak nya jangan sembang.Ya Allah makin lenguh lengan ibu mendukung..So Adli dah lengkap dari sistem imunisasi(betul ke perkataan ni). Semua suntikan dah lengkap..Lepas nie tunggu setahun pulak...

Perkembangan terbaru Adli:
  • makin berundur ke belakang,(dok belajar undur dulu)
  • dah mula angkat punggung dan lutut(sket2)
  • suara pun makin nyaring...sekali menjerit terkejut ibu!
  • makin comel la pulak(dah mula nampak muka bapaknya)
  • bulu mata yang panjang dan lentik(itu ikut ibu je..huhuh)
  • tidur pun stabil dah..hehehe..ada masa Adli tidur.
  • dah belajar pakai walker.

itu je kot perkembangan Adli dalam 6bulan yang pertama.Harap anak ibu sihat sentiasa dan berada di samping ibu ye..Rindu pada Adli la...


Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadan

Asalammualaikum
..Rasanya baru 3hari kita berpuasa kan..Apapun saya nk ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA tahun ini.Semoga kita diberikan kesihatan yang baik utk beribadah.


SALAM RAMADAN UNTUK RAKAN BLOGGER..

Tuesday, July 26, 2011

Adli dalam 5bulan

Salam utk smua rakan bloggers..

Letih la sekarang nie.Anak ibu makin lasak dan aktif.Rasanya dah mula nak berjaga malam.huhuhu(ibu nak keja la adli,letih nak main ngn adli mlm2..)
Meh tengok perkembangan Adli Amsyar..

Adli dah ada sebatang gigi di bawah(rasanya nak tumbuh lagi tu)
Adli dah pandai pusing2 dah...angkat badan dia dah sket2...
Adli dah pandai membebel.(bercakap)
Adli dah mula menangis bila ibu tak layan dia..

Pendek kata kadang2 tak tau apa yang Adli dah boleh..Rasanya klau dah dapat merangkak.jenuh la ibu kepung.Takpela anakku,hadapi hari ini dengan indah..hihihihi...


Saturday, July 23, 2011

Sahabatku

Rindu pada sahabatku.Kebetulan kami ada kursus di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis.Jadi terubat rindu pada hgpa berdua.Yelah masing2 dah ada laki,anak dan keja masing2.Teringat ketika zaman belajar dulu.Dulu pikir bab periksa,asignment dan cuti semester.Sekarang ni dah lain,pasal keja,pasal anak,mcm2 lagi la..Andai ku dapat undurkan masa....Apa pun semuanyasudah tersurat dan tersirat.harapan smuanya akan dapat kehidupan yang dicari dan diredhai Allah.Amin..

Wednesday, July 20, 2011

Adli Dah Ada GiGi

Yeyeyeye..Adli dah ada sebatang gigi..Patutla dok genyeh jari ibu dan masuk dlm mulut.rupa2 nak tumbuh gigi..Lepas nie apa lak??X sabar nak tgk perkembangan Adli lagi....

Thursday, July 14, 2011

Gambar Adli Meniarap


Air liur meleleh2..huhu..

Thursday, June 23, 2011

Perkembangan Adli 4bulan

Sekarang nie Adli semakin lasak dan aktif.Rasanya berat pun bertambah.Jom kita tengok perkembangan Adli

 
  • dah boleh meniarap tapi sekali sekala(mcm malas je sbb tang dada i semangat)
  • boleh bersembang tapi dengan bahasa dia la
  • dah kluarkan suara(testing suara)sampai terbatuk2.
  • semangat badan Adli(xtau latest berat dia)
  • selalu dok depang2 tangan(suruh angkat dia le)
  • gelaran Mat Boom..entah la mak pengasuh bg nama tu.
  • air liur makin menjadi2...(apa la aku xmkn masa mengandung)

 
Tak sabar rasanya nak tunggu bulan depan;nk timbang dan inject utk 5bulan..

Keluarga Bahagia

Inilah keluarga bahagia ;ibu ,adli dan abah

Keluarga yang berjumpa 2minggu sekali.

Adli dan ibu tinggal sekali

tetapi tidak abah..kesian kat abah kerana merindui kami.

Bersabarla suamiku,doakan kita dapat bersatu,Insya Allah.


Wednesday, June 15, 2011

Isteri Yang Baik

Asalamualaikum semua...
Tadi saya terjumpa petikan dari FB,saja nak berkongsi maklumat.
Bacalah untuk tatapan anda.
* Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia

* Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya

* Taat semua perintah suami yg bukan maksiat

* Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara

* Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang

* Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll

* Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa

* Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu

* Sentiasa memasak makanan yg digemari suami

* Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah

* Rumah sentiasa kemas dan bersih

* Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik

* Tidak suka mengungkit
 
Sumber dari Ustaz Azhar Idrus

Friday, June 3, 2011

Teletah Ayong




Tgk la gambar nie..lawak btul la budak minah sorang nie.Dah la bunga dalam taman,sorang lak tu...lain2 smua kumbang..hehehe..termasuk la Adli.
Sebenarnya ni anak abang kedua Muyyasarah Damia Bt Mohd Sabri.Umur nak masuk 2tahun pada12/10/2011 nie.Budak ayong nie umpama puteri .hahahha..puteri mende..semua nak main je..ngn abang2 sepupu..Ni Adli belum lagi ada kaki tangan,esok2 tak tau la..tak terkawal dengan budak2 nie.Cucu mak abah dah 6orang tunggu sorang lagi nak keluar..hehehe..bulan 7 nie..kawan Adli.
Semua anak sedara maklang sayang sangat walau dah ada anak sendiri...

Meh nak cita pasal Ayong;
Ayong nie seorang perempuan dalam cucu pak Husain dan Mak cik Bashah.Mulut pun boleh tahan bising..hehehehe..bila terkenang ayong nie.aku pun rindu kat dia juga.Dah pandai panggil maklang a.k.a AYANG.Nampak perempuan tapi perangai cam lelaki tapi boleh nampak dia perempuan sebab dia suka MENJERIT..hahhahaaa..ayong..ayong..maklang buat entri khas utk ayong..I MISS U..

Thursday, May 26, 2011

Perkembangan Adli 3bulan

Sudah besar anak ibu sekarang ye.Masa berlalu begitu pantas.Berat Adli pun naik 5.95kg.Badan pun nampak berketul2.hehehhehe.
  • Adli sudah pandai senyum dan suka menghisap jari dan termasuk tudung ibunya.
  • Pandai jerit2 kalau tak angkat dia.
  • Pandai pegang tangan ibu bila menghisap susu.
  • Pandai gelak mengekek dan kuat bersembang kalau jumpa'geng'.
  • Pandai merajuk
Alahai anakku...

Wednesday, May 25, 2011

Jom Baca

Lama tak menulis blog nie kan..dah tak tau cerita apa lg yang nak diceritakan.Nanti cerita pasal suami,kang orang yang baca blog nie pun bosan..ni nak cerita pasal buku.Kenapa buku?Ye lah sebab saya bekerja dengan buku.Kalau diikutkan mmg saya kaki buku,hantu buku...apa lagi..nak kata..smuanya BUKU.

Saya ingat lagi semasa di sekolah,bila saat nak periksa,dalam poket penuh nota kecil.Semasa tggu bas,dalam bas,dalam perhimpuna;pendek kata baca..baca..baca..sampaikan suratkhabar yg mengalas lauk pauk@nasi lemak..baca jugak.Mungkin kerana minat baca,itulah rezeki saya belajar tentang ilmu perpustakaan.Dan bermulanya saya bergelumbang dalam dunia perpustakaan.Hampir 5tahun belajar tentang perpustakaan dan sekarang hampir 5tahun juga bekerja di perpustakaan.Dah lama dah kan??Itu lah saya yg minat dengan buku.Tak kisah la novel ke,buku berkaitan motivasi atau agama,sejarah smuanya adalah ilmu.Dan ilmu itu menjadikan seseorang berpengetahuan.

Itulah menjadi cabaran dalam kerjaya saya iaitu mengajak orang membaca.Dengan zaman dihujung tangan,semuanya di tangan sahaja.Kadang saya sedih melihat buku di rak yang tak diusik.Sayu..sedih...kerana semua ini adalah percuma dan kita perlu datang untuk membaca.Memang mencabar juga kan nak menyuruh orang pergi ke perpustakaan dan membaca tapi percayalah perpustakaan adalah gedung ilmu.Macam2 ada.ilmu perubatan,tokoh,politik,agama,sains,teknologi dan lain2.

Macam kita 'window shopping di pasaraya, rasanya tak salah nak berwindow shopping di perpustakaan.Best tau.Macam2 ada..


JOM MEMBACA!!!

Wednesday, May 18, 2011

Hari cuti..

Salam smua..
Sabtu hingg Selasa(semalam) bercuti panjang.hehehe..Balik kampung abang.Kesian gak kat suami datang sini amik kami berdua.Adli kecil lagi,agak payah nak memandu sendiri..Kami balik petang  jumaat(abis keja kol 3ptg)Sampai rumah dah 8 mlm.Alhamdulilah,Adli tak meragam sampai la dia tertido dengan nyenyak.Pagi sabtu dok seharian bersama adli yang agak manja dengan ibu apabila cuti.Kejap2 merengek,kejap nk dukung...Dah pandai menyuruh2 ye...
Ahad pulak duk ingat nk balik kampung kat Kedah nu..(kebetulan abang cuti)dikejutkan berita kematian tok (belah abah) pulang mengadap Illahi.Selepas subuh,kami bergegas pulang ke Yan Kedah..Sempat juga berjumpa dengan saudara mara.Tok selamat dikebumikan sebelum waktu Zohor.Petang tu juga kami balik.Malam jugak sampai di rumah.Alhamudillah Adli tido dengan nyenyaknya..
Selasa malam selamat sampai di rumah sewa.Adli pun nyenyak tido cuma sesekali dia menangis.
Sebenarnya aku takut apa2 jadi bila  bawa budak kecik jalan2 waktu malam.Alhamdullilah,tak la meragam sangat.Takut gak ada yang 'menegur'.tapi tulah Adli tak apa2.Syukur la.Agak2 Adli dah pandai duduk dalam car seat tu baru nak balik berdua.Penat gak tengok abang amik dan hantar,Tapi adil kan..Hehehe..Ibu jaga sini.Abah juga jaga sana...

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam untuk semua..
rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat hari ibu utk ibu saya dan ibu mertua.
Tahun ini merupakan tahun pertama saya bergelar ibu.Memang payah untuk menjadi seorang ibu.Cabaran apabila menjaga anak seorang diri tanpa suami di sisi.Itu saya ambil sebagai cabaran untuk saya menjadi ibu terbaik untuk anak saya,ADLI.Ibu akan menjaga dan menyayangi sepenuh hati ibu...
Ya Allah,permudahkan segala urusanku,sihatkan aku dan anak dan lindungi kami dari segala bahaya dan anasir tidak elok...amin...

Tuesday, May 3, 2011

Dah 3 bulan

Asalamualaikum..
Singgah jap..
Lusa nk mula keja..
Anak pun mula dok ngn pengasuh..so far ok ....
Abang pun dah balik.
sunyi rasa pulak...
Nanti la kita jumpa lg ye..

Friday, March 11, 2011

Lela & Adam Jr

Salam untuk semua rakan blogger.
Di kesempatan yang ada,saya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda.
Alhamdulillah,penantian selama ini berakhir dengan kesyukuran.Saya bersyukur dapat melahirkan seorang anak lelaki pada 04-02-2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432 jam 8.26malam.Buah hati saya yang ini diberi nama MUHAMMAD ADLI AMSYAR BIN MOHD ADAM.


Thursday, January 27, 2011

39 minggu

Salam untuk smua sahabat blogger.
Tika saat ini masih belum bersalin lagi walaupun tarikh jangka 31-1-11.Bukan apa..risau kalau kena paksa bersalin kalau terlebih hari..Macam2 dok dalam fikiran ni.Harap semuanya lancar..Amin..

Saturday, January 15, 2011

Cuti Panjang

Asalamualaikum..

hari nie merupakan hari terakhir saya bekerja dan akan bercuti panjangggggg sehingga bulan Mei 2011.Saya mengambil opsyen 90hari cuti bersalin..tu yang panjang.hari ni juga suami saya akan mengambil saya utk pulang dan tinggal bersamanya sehingga saat melahirkan anak kami.Kemudian saya akan berpantang di rumah mak saya di Sungai Petani.Harapan saya agar semua rakan2 blogger dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan kami anak dan ibu.Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya berlaku percanggahan pendapat,apa yang meghuris hati kalian.Jika saya ada kelapangan Insya Allah saya akan menceritakan detik2 menjadi seorang ibu.Doakan ye.~amin.

Wednesday, January 12, 2011

He's beautiful

Asalamualaikum..
ye..saya masih di sini lagi.blum cuti lagi dan belum bersalin.

saja nk kongsi sesama  kita.Semenjak tinggal bersama kawan nie,drama korea bermula lagi..heheheehe..best pulak citer nie..tapi rasanya nk abis pun..He's beautiful di 8TV(Isnin-Jumaat-8.30mlm-9.30mlm)Yelah kalau dok ngn hubby mana nk layan citer cmnie..layan citer cinta kami je..hehehe..opsss..

Dah 2-3 citer drama korea aku layan tapi yang best nie yang nie la..He'beautiful.Best tau.Citer lebih kurang cmnie~ada satu kumpulan muzik yang popular di Korea.Pastu ada kemasukan anggota baru.Yang bestnya.ahli baru tu pompuan tapi berlagak jadi lelaki.Kononya nk menyamar jadi abang dia.(depa nie kembar)Mcm2 citer dlam tu buat aku senyum dan rasa tak boring bla berjauhan dgn hubby.Dalam diam si pompuan nie berkenan dan jatuh cinta kat ketua kumpulan A.N JELL..hehehe..serius beb,lawak giler rasa.hehehe..ye la si lelaki nie pun malu nk ngaku dia tu suka jgk dkat si ahli kumpulan baru(namanya Go Mi Nam)sedap tul bla dia panggil nama si pompuan tu)Macam2 perkara berlaku antara mereka hingga tercipta satu perasaan yang amat mendalam.Citer nie dh sampai penghujung.Mebi esk lusa dah abis citer..tguu kesudahan citer nie..


comel je hero nie..rasa kdang2 nmpk lembut tp kdg2 hensem pulak..hehehe

nie la hero heroin


KUMPULAN A.N.JELL

Title: You’re Beautiful

Also known as: You’re Handsome, A.N.JELL

Genre: Romance, comedy


Synopsis

Tae Kyung and On Yu are in search of a new member for their idol group, A.N.JELL. However, Mi Nam suffers an injury at the last moment. So Mi Nyu, his twin sister, is asked to step in for her brother. The rest of the drama follows the behind-the-scenes life of an idol group.



Cast

Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung

Park Shin Hye Go Mi Nam (Male) / Go Mi Nyu (Female)

Lee Hong Ki as Kang On Yu / Jeremy

Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo


refer this website

Monday, January 10, 2011

37 minggu

Asalamualaikum..

Sekarang nie dh 37 minggu...perut pun dok mengeras ja.Anak mama pun aktif sangat dok bergerak dalam perut mama.Sampai naik senak pulak dibuatnya.Harapan mama agar dapat bersama ngn ayah untuk melahirkan anak mama.



Untuk kawan-kawan yang mengenali diri saya,saya mohon maaf jikalau terasa atau apa-apa yang menyakiti hati kalian.Halakan makan minum saya.Doakan keselamatan dan kesihatan saya dan saya selamat bersalin..

Monday, January 3, 2011

Azam 2011

Meh nk list azam baru 2011 walaupun dh tiga hari brada di tahun 2011.

1)Supermum
menjadi mama kepada anak aku bakal lahir 31-01-11..insya Allah.Mama akan menjaga anak mama walau kita akan berjauhan dgn ayah..

2)Isteri Setia
menjadi isteri setia bersama suami walau kita berjauhan.Harapan kita dapat hidup dalam keadaan begini sehingga lah dpt ditukarkan ke sana@cari kerja lain..

3)Kerjaya
Kerja yang bakal mencabar utk mengetuai 3perpustakaan desa.

4)Keluarga
Status aku sebagai isteri menjarakkan aku utk pulang ke rumah org tua.Harap2 orang tua aku faham atas keadaan aku.Tapi aku cuba utk mencari masa terbaik untuk bersama.

itu ye azam aku..ye lah makin singkat la azam aku tahun nie..4 perkara yang sekarang nie aku dok pikir selalu..Harapan aku akan  smuanya berjalan lancar ..Amin..

Review azam 2010

 azam 2010

1)azam yang pertama sekali..of course la nk berkahwin dgn putera idaman :)
~~dah tercapai

2)azam yang selalu aku laungkan..(hihihihihi)nk diet..
~~~sejak mengandung turun ja berat nie.xtau pas bersalin nnt

3)azam nk kumpul duit
~~~alhamdulillah rezeki kawin dan rezeki anak
 
4)azam nk jadi Isteri yg mithali~~~insya Allah,sejak diijabkabul bersama suami.terus menjadi isteri yg mithali dn setia

5)azam nk jadi pekerja yg baik dan cemerlang
~~~alhamdullilah...naik pangkat sket..tp terpaksa berjauhan dgn suami pulak..huhuhu
6)azam nk bayar PTPTN secara konsisten
~~~blum lg..huhuh
 
7)azam nk bina keluarga~~alhamdulilah..insya Allah..31-01-2011 bakal lahir anak Adam dan Lela
 
8)azam nk bantu keluarga
~~tercapai jgk..

9)azam nk makeup kereta
~~~yg nie xsempat..huhu..dh tu dok eksiden pun...11-11-10

10)azam utk menjayakan smua azam aku.
~~~alhamdulillah...