TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Thursday, December 23, 2010

Status sekarang


Asalamualaikum..
Hai...Jumpa lagi ye.Sori le lama menyepi..Yelah masalah internet je..maklumlah pakai yg opis nye.huhuhu..kadang2 ada kadang xda..yg nie terus blackout..sabar la..nk ke cc pun dh jarang..sebab sibuk memanjang.Saya kan bakal bercuti lama..Jadi menyiapkan kerja yang akan ditinggalkan...
Sekarang nie pun dh hampir 9bulan(mggu depan cukup le).bererti harus bersedia menghadapi nya.Kalau ada rezeki,saya balik ke Taiping untuk bersalin di sana.Kalau lebih rezeki..boleh bersalin di Sungai Petani.Tapi kalau dh betul2 tak tahan,maka boleh jadi di Teluk Intan,Ipoh(kalau ade masalah)...Kampar.Harapan saya semoga suami ada di sisi walaupun memang kami berjauhan..

Barangan untuk anak setakat sekarang nie ok la..boleh la.nak beli banyak takut tak terpakai pulak..Hujung tahun,macam2 rezeki saya dapat.Yelah rezeki orang mengandung.Allhamdulliah...Harap2 tahun depan rezeki anak pulak(harapan utk bersama suami dan anak).Insya Allah.
Ok la..Itu perkembangan saya buat sekarang nie.Mak buyung a.k.a mak labu..heheheeheh..Doakan ye kesejahteraan saya dan anak saya serta keluarga saya semoga mendapat nikmat dan hidayah dari-Nya.
Mungkin 2-3 entri lagi sebelum saya bersalin..harap2 boleh menaip lagi le..

Jumpa lagi..

Monday, November 22, 2010

November bakal berlalu

Asalamualaikum utk smua.
Tak sedar dh masuk bulan November kan..pejam celik dh ke penghujung tahun 2011.Ini bermakna umur juga bertambah.Dh 28 tahun aku bernafas ye.Syukur ke hadrat Ilahi ke atas izin-Nya dapat aku menikmati hidup ini.Banyak cerita nk diceritakan.Maklumlah,di opis masih tiada internet,jd ku pendam hinggalah hari ini.Itu pun sebab saja2 nk keluar dr rumah sewa tu(boring tau dok sorg2).Dok CC sorang2.huhuhu
Banyak cerita untuk bulan ini.Terlalu banyak perkara yang berlalu dalam bulan nie.Bermula dengan 11-11-2010 kemalangan di hadapan tempat kerja,di mana kereta ku BIBAH..dilanggar oleh sebuah kereta VIOS.huhuu..Alhamdulilah aku dan kandunganku sihat.Cuma terkejut je.Jadinya,keretaku di bawa ke bengkel utk diperbaiki.Mungkin minggu ini dh siap agaknya la.

Pada 17-11-2010 hari raya haji,dalam pertama seumur hidup aku tak beraya bersama keluarga tercinta.Cuti dah sehari,tak sempat nk balik dengan keadaan kereta yang di bengkel,suami bekerja di hari raya haji dan mcm2 hal.Maka pendamlah sebuah kesedihan kerana tak dapat balik.Alhamdullilah keluarga memahami.

18-11-2010 pulak tarikh lahirku.Maka umurku berganjak ke setahun lg.Dalam tahun ini aku dapat 2 kegembiraan iaitu suami dan aku mengandung.Aku bersyukur pada MU.Walau begitu,hatiku sedih juga kerana ke saat ini aku masih berjauhan dengan suami.Aku harap semuanya akan berakhir dengan berita aku dpt ditukarkan ke tempat berhampiran suamiku.Dugaan yang begitu hebat untuk aku terima namun aku harus menerimanya utk aku lebih matang dan berdikari.

Sekarang ni pun..kandungan aku pun mencecah 7bulan lebih.Persiapan pun dh buat.Ala kadar je.Rasa tak sabar nk tggu dua bulan lagi.Hehehehe.Doakan keselamatan aku dan anak ini.Walau banyak dugaan,akan aku hadapi dengan tenang.Insya Allah.
Jumpa lagi ye..!!!

Wednesday, October 13, 2010

6bulan=24minggu

Salam untuk sahabat smua.
Diam tak diam dah masuk 24 minggu bersamaan 6bulan.Perut dh terasa ke depan.'Orang Dalam' pun dah mula terasa gerakannya.Alhamdullilah kesihatan saya di tahap memuaskan.Cuma terasa berat bertambah selepas raya.Jantina tidak diketahui lg namun denyutan jantungnya sudah memandai dan gerakannya semasa saya 'scan'tempohari.Semoga semuanya selamat hingga ke saat saya melahirkannya..

Thursday, October 7, 2010

8bulan

Hari ini genap usia perkahwinan saya dan suami iaitu 8 bulan..Alhamdullilah..syukur ke hadrat Illahi,masih ada CINTA di HATI.Walau terlalu banyak rintangan yg terpaksa diharungi,kami tetap BERDUA dan Insya Allah bakal BERTIGA utk tahun hadapan.Terima kasih atas CINTAmu wahai SUAMIKU dan ketahuilah hati TAK MUNGKIN berpaling yang lain.SETIA BERSAMAMU untuk selamanya dengan izin Allah.

Insya Allah.

Friday, October 1, 2010

011010

Sedar tak sedar dah masuk bulan 10 kan.Rasanya baru je masuk bulan 1.Rasanya baru je bernikah..Hehehehe.Sedar2 dah hampir 6bulan,ada baby dalam perut.Alhamdullilah,masih diberikan nikmat untuk hidup.

Bulan Oktober,ada 2 orang sahabat saya akan melangsungkan perkahwinan mereka.Semoga berjaya menempuhi alam berumahtangga.

Buat sahabat sekerja,Sinasuriatie dan Lukman semoga berbahagia ke akhir hayat kalian.Alhamdullilah,kalian berjaya utk menamatkan pencarian ini.




Untuk Siti Alauwiyah dan pasangannya,selamat pengantin baru ye! Semoga berbahgia hingga hujung nyawa kalian.



2 buah kenduri ni,tarikhnya sama iaitu 9/10/2010.Maaflah tidak dapat memeriahkan perkahwinan kalian.Dari jauh aku alunkan doa buat kalian.Kalau sempat,rumah belah lelaki ,itupun kalau diizinkan.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!


Thursday, September 23, 2010

1431

Salam Syawal untuk para sahabat blogger...
Sudah 2hari sy bekerja selepas lebih kurang 2minggu bercuti.Bukan senang nak cuti,alhamdulilah ada staf yang sudi mengantikan tempat sy,kalau tak kena bekerja lebih awal la.

Pertama kali beraya bersama suami dan keluarga mertua dan merasai beraya suasana kampung kerana sebelum sy beraya di taman.Di kampung ini,ramai sanak saudara yang tinggal berhampiran.Jadinya sehari cukup untuk beraya ke rumah sanak saudara belah suami.Walaupun tak semua namun itu pengalamn berharga buat sy.Namun,menjelang malam raya,mak mertua pula sakit.2 3 hari mak dah sakit tapi orang kata sakit kejap2,sakit pinggang.Tapi malam tu rasanya lebih teruk sampaikan tak boleh bangun atau duduk,berbaring aje le..Mak mertua sy orang kampung.Masa dihabiskan dengan kerja rumah yang tak pernah habis.Menebas la,mencangkul la..pendek kata tak duduk dia walaupun mak mertua saya seorang surirumah.Alhamudillah,pagi raya tu dia dapat bangun dan melayan saudara mara yang datang.Saya pula tak menang tangan,untuk menyediakan juadah makanan.Yelah menantu sorang je,makanya saya la perlu membuatnya.Kak ipar pula sibuk dengan anaknya(budak ni pantang tgk mak ayah dia..kat orangt xnk pulak).Malamnya keletihan yang amat tapi lagi letih semalaman berulang ke tandas kerana cirit birit.adeiii..seksa tu..Nasib baik x keracunan makanan mcm dulu2.Sampaikan pergi klinik jawabnya.Biasa la makanan yang mcm2 masuk dlm perut..

Raya kedua baru balik ke Kedah.Tu la...perasaan saya mmg xbest sbb tak rasa raya pertama kat sini.Yelah bertahun-tahun beraya kat sini.alih2 kena beraya kedua pulak.Tapi tu la kena bertolak ansur.Sampai je rumah mak,rendang dan gulai dah abis...huhuhuhu..sedih tau..tak la sampai mengidam nak makan.hehehe.Kat rumah,dapat la beraya dengan keluarga paklong man(mereka dtg beraya) disusuli ngn mak cik sekeluarga dan mak teh sekeluarga.Masa terhad,jadinya petang tu kami pergi beraya rumah maklong dan rumah tok di Yan.Raya ketiga,sempat la nak beraya di rumah tokchu sebelum suami pulang ke Perak sebab keesokan harinya dia bekerja.Saya pula raya ke-4 baru pulang dengan menaiki bas.Hari2 lain menjadi surirumah seblum pulang ke Kampar untuk bekerja.Entah la bila akan berlaku normal balik.?

Insya Allah tahun depan kita akan bertiga untuk menantikan Syawal 1432H.Masa tu pulun nk kutip duit raya untuk anak.


p/s:gambar raya tak diambil pulak.Mood xde pulak.Tapi ada la menumpang kamera akk ipar.huhuhuhu..padahal dulu hantu suka bergambar.

Saturday, September 4, 2010

Memori Ramadhan

Salam untuk rakan2 blogger.
Tak sedar Ramadhan dah nak pergi dan digantikan dengan Syawal.Ramadhan ini hanyalah bersama rakan2 rumah.Boleh dibilang dengan jari berpuasa dengan orang tersayang.Inilah pengorbanan terpaksa sy terima untuk tahun ini.Namun saya bersyukur kerana tidak mempunyai alahan yang teruk untuk balik menemui suami tercinta dan keluarga.Dengan suami pun tak kurang dari 10 hari berpuasa dan berbuka dengannya jika dibanding waktu bercinta dahulu.Keluarga pula hanya sempat 2hari menjenguk dan berbuka bersama.Entah la apa perasaan saya yang boleh diterjemaahkan dengan kata-kata.Akan sukar tapi itu hakikat nya. Namun saya tetap bersabar dan terus bersabar.
Raya ini saya pertama kali bergelar seorang isteri.Rasanya tidak sabar untuk mengucup tangan suami di pagi Hari Raya.Saya teringat semasa kami bertunang tahun lepas.Suami saya tidak sabar untuk beraya dengan saya dan sanggup meninggalkan sanak saudaranya semata2 hendak berhari raya dengan saya.Sekarang ini termakbul juga impian itu.Alhamudillah kami dapat beraya bersama walaupun sekarang ini tidak tinggal di bumbung yang sama atas tuntutan kerja.
Saya berharap dengan kedatangan Syawal ini dapat memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga.Saya akan pulang beraya bersama keluarga di Kedah pada raya kedua.Itu juga pertama kali saya beraya tanpa keluarga sendiri kerana telah ada keluarga yang baru.Tahun depan insya Allah akan beraya di Kedah pula.
Kepada rakan2 blogger yang lain,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s:Saya akan bercuti mulai esok hingga minggu hadapan( 16 September)

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

JALUR GEMILANG


Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa

MerdekaSemangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu

Jalur Gemilang kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa

Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan

Merah, putih, biru, kuning

Jalur semangat kami semua(2x)

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah

Jalur Gemilang!




Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Tuesday, August 24, 2010

Kepada Penggemar McD

cari dari pakcik yahoo.
Salam utk smua rakan blogger.


Tadi sy ada baca dalam facebook,rupa2 McDonald's selamat dimakan.Ye lah sebelum ada baca di entri lain ada menyatakan JAKIM tak iktiraf makanan segera tu.Nampak gayanya,pas nie sy boleh membeli ye.Terasa nak makan la pulak..Hmmm.....lama dah tak mkn burger...nyumm..nyumm..itu dikira mengidam ke terasa nk makan??



ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih


rujukan:klik sini.

Ka Ching PreLoved Nak Bagi Duit Raya





Ka-Ching PreLoved RAYA GIVE AWAY
Jom Join GA.Hadiahnye pun menarik.
klik sini

Cabutan bertuah untuk Aidilfitri


Berminat dengan hadiah ini?Saya amat berminat kerana kalau dapat tentunya saya berikan kepada suami tersayang untuk dipakai di Aidilfitri pertama sebagai suami isteri.Harap ada tuah la ye..hehhehehe
Jom la masuk sini
ini anjuran blog Blog Riwayat Hariku (RH)

Tarikh penyertaan 22 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010
jam 12.00 tengah malam
Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2010

Saturday, August 21, 2010

Here I Come~ 1st Anniversary Giveaway



Jom join GA nie,sempena meraikan blog kwn kita nie iaitu ainielie
'SELAMAT ULANGTAHUN YA~~~'
Senang saja..
syarat mudah sgt.Apa lg..klik sini
tarikh tutup : 1 sept 2010









1

Nur_eimi Lucky Draw

Jom mencuba Lucky Draw dari Nur_eimi.
Nk join...klik sini..
Tarikh tutup : 27 Ogos 2010
JOM LA..MENARIK GAK HADIAH TU..

JOS 1st Giveway


Jom join GA ni.
mudah je.
kalau nk tau..klik sini
tarikh tutup : 3Sept2010
apa lagi..jom la join.
hadiah baekkkk punya..
nak tag kwn lain:

ButterflyShop 1st Giveaway




Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop

Bagaimana caranya??Klik sini...

Cepat-cepat..tarikh tutup adalah pada 31 Ogos 2010

harap2 ada rezeki utk my baby!!

Tuesday, August 17, 2010

2 in 1

Salam untuk smua sahabat.
Mood hari ini nk ceritakan 2 cerita


Cerita 1
Terlepas rindu dendam apabila balik berjumpa suami.Terasa nikmat org baru berkahwin..padahal dh lebih kurang setengah tahun kami berkahwin.Betul la kata orang,biar berjauhan rindu membuak-buak.Hari sabtu lepas kerja sy terus balik ke Taiping.Alhamdullilah,sampai juga ke rumah.Dalam perjalanan,hujan pun menemani sy sampai ke rumah.Dapat juga berbuka bersama suami tercinta dan keluarga mertua.Menu biasa je tapi ada yg lain iaitu BUBUR LAMBUK.Dah la sedap,percuma pulak tuh..HEHEHE..Bubuk lambuk memang kegemaran sy dan abg begitu arif ttg itu.Terlaksana jgk impian sy nk mkn bubur lambuk..3hari 3mlm sy berada di rumah..sampaikan pagi tadi baru bertolak ke tempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 2jam..Alhamdulilah selamat sampai.Sy berjanji pada diri sy walau sibuk mcm mana pun..suami tetap no 1..dalam hidup sy.

Cerita 2
Hari ini sudah 4bulan orang baru menghuni dalam rahim sy.Alhamudillah,tika saat ini kesihatan sy di tahap memuaskan.Muntah2 tu telah menjadi peneman di kala sunyi..hehehehe..Kain baju kurung pun..dh naik ke atas(getah xleh nkke perut dh)Tapi aritu pegi checkup,berat turun.Aik.rasa makan banyak tp still turun.Konfius...sbb selalu dulu(zaman anak dara)payah nk turun berat.Tapi lain2 ok je.Jumpa doktor,scan dan dia ckp..uri ke bawah.mungkin nanti ada pendarahan jika apa-apa berlaku.Risau jgk,jenuh msg kawan2 dan tanya kat orang tua.Kata mereka peringkat awal ni boleh lagi dia bergerak ke atas,tapi kalau dh 7bulan kena masuk wad dan tunggu sampai bersalin la.Ya Allah,permudahkan aku bersalin nanti.
Sekarang ni mmg tak buat kerja berat seperti mengangkat.Kalau sahabat blogger ada info tentang kehamilan boleh bertukar pendapat ye?
Ok la cukup 2cerita hari ini..
SELAMAT BERPUASA!!

Friday, August 13, 2010

How do I Live

How do I,
Get through one night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?
Oh, I need....I need you in my arms,
need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,
Baby you would take away everything good in my life
,And tell me now
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Without you,
There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.
And I,Baby I don't know what
I would do,I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,
And tell me now,
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Please tell me baby,How do I go on?
If you ever leave,
Baby you would take away everything,
I need you with me,
Baby don't you know that you're everything,
Real in my life?
And tell me now,
How do I live without you,
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
How do I live without you?
How do I live without you baby?
"tadi masa sy drive ke tmpat keja smula,terdengar lagu nie.Touching beb!!mengalir airmata perempuan ini.Wah..tak henti2 airmata ini.Hebat sungguh emosi ibu mengandung.Huuhuhuhu.Sy bersabar atas ujian-Nya."

Thursday, August 12, 2010

Pertama Kali

Salam untuk smua sahabatku..

Cmna berpuasa semalam ek??ok x?Alhamdullilah semalam sy berpuasa hingga akhir waktu.Tapi semalam,hati sy begitu syahdu..Yela tahun lepas boleh berbuka bersama ngn abg(masa tu tunang).Tapi semalam hati sy betul2 rindu kepada si dia.Makan pun tak lalu.Tapi demi 'baby' dlm perut,sy usahakan mkn sehingga habis.
Bila buka FB,ramai kwn yg seronok berbuka bersama keluarga,suami dan anak.Tapi sy??waaaaa...tabahkan hati utk kuatkan semangat utk berbuka dgn housemate.Nasib baik ada housemate yg ok...sy perasan perasaan masing2 ketika makan berbuka semalam.Ye lah jauh di perantauan.
Semalam menu xde yg special..btl2 xlalu nk pikir psl makan..lauk beli je..tu pun sejenis..dh housemate ade 2org...ade 3lauk le..Alhamdullilah..rezeki utk berbuka semalam.Tapi sy xdapat menunaikan solat terawih disebabkan sakit kepala.hmm.....sejak mengandung,sejak bertukar ke sini..itu je yg selalu dapat.Tido awal nampaknya.Alhamdullilah pagi ni boleh bangun mcm biasa dan boleh datang kerja.
Sy berdoa agar diberikan kesihatan yang kuat utk menghadapi pancaroba ini.Amin..

SELAMAT BERPUASA YE!!!

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan

Salam Ramadan buat smua sahabat ....
Tahun ini merupakan tahun pertama aku bergelar 'Isteri' dan 'bakal ibu'.Dua gelaran sekaligus untuk tahun ini.Namun aku tetap jauh dari suamiku.Saat aku memerlukan belaian dan sentuhan seorang suami..inilah takdir kami yang 'memisahkan' kami.Aku pasrah dan berharap ada sinar suria yg dpt memberi cahaya padaku walaupun jauh dari smua insan yang aku rindu.
aku mengucapkan kepada smua sahabat blogger..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Friday, July 2, 2010

Mambang Di Awan

"Mambang Di Awan merupakan sebuah pekan hasil kewujudan lombong bijih timah di negeri Perak. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar . Sebagai sebuah kawasan bekas lombong bijih timah, kawasan ini ramai orang Cina mendudukinya.
Seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang DiAwan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang."


Salam untuk rakan blogger.
Sebenarnya,tempat inilah menjadi tempat tinggal saya sekarang.Nama pun unik kan.Jadi,saya cuba untuk mencari dalam google,rupanya begitu kisahnya.Jauh berjalan luas pandangan kan..walaupun hati saya tertinggal di Taiping.
Perjalanan dari kampung mertua saya ke Kampar melebihi 151km.Itu pun saya nasuk highway,jalan lama tak pulak.Lagipun nak cepat sampai.Lebih kurang dalam 2jam untuk ke Kampar dan sama seperti hendak pulang ke Sg Petani.Lagi jauh la perjalanan.
Saya berharap dapat menyesuaikan diri di sini.Alhamdulilah,bertemu dengan rakan baru..sesuatu yang baru dan memberi pengalaman.Bila ada kelapangan,saya ingin ceritakan keunikan tempat yang berhampiran Kampar.
Doakan yang terbaik untuk saya!

Thursday, July 1, 2010

Ditukarkan...

Salam untuk rakan2 blogger.

Dah lama tak update cerita dlm blog ni,bkn apa..terlalu sibuk.Ye..terlalu sibuk dengan urusan pertukaran kerja,perpindahan rumah dan lain2.

Rasanya semalam saya bermimpi smua ini berlaku,sy harapkan sy masih bermimpi tanpa sy sedar.Tapi apakan daya,kuasa Nya melebihi segalanya.



Untuk pengetahuan semua,sy baru ditukarkan ke penempatan kerja yang baru.Ya..jauh dari suami dan mertua serta keluarga di Sg Petani.Sy mendapat surat pertukaran tempat yang berkuatkuasa 16 JUN 2010 di Kampar Perak

Dugaan begitu kuat utk sy hadapi.Ye,kadang kala masalah kita sedikit jika dibandingkn org lain.Tapi hakikat sy menanggungnya.Bkn sy sorang,suami kena tempias.Selepas lebih 4bln kami bernikah,inilah dugaan yg paling hebat kami terima.Berjauhan,terpaksa berpisah utk seketika utk masa hadapan.Malah,yg paling hebat ketika saya sedang hamil tika ini..2 setgh bln...Ya Allah,begitu hebat Kau uji hambaMu yg lemah.

Alhamdullilah, sepanjang tempoh ini,sy tiada alahan.Sy harapkan sy lebih cekal dan bersama anak sy lebih tabah mengharungi ujian hidup.Doakan sy semoga dapat menjalani hidup tanpa suami ...

Insya Allah,sy catatkan diari ini(blog) utk tatapan anak sy di masa depan.smoga dia menjadi anak kebanggan MAMA dn AYAH..

Tuesday, June 22, 2010

ZaiKulim's 1st Giveway(stickymode)

sapa nk masuk...link kat sini
zai kulim nie slalu je msk giveway...
byk hadiah pulak tu...
turn dia nk kasi hadiah..
apa lg..jom2 laa....
mn tau rezeki kan..
tarikh tutup: 22/06/2010 jam 12tgh..
JOM lerrrrrrrr

Wednesday, June 9, 2010

Baby

Ehsan by google

Sunday, May 30, 2010

Update30Mei...

Salam utk smua rakan blogger...
Lama sungguh xde cerita dalam blog ini.
Bukan apa,cuma xde modal nk cerita..
Sy bukan tukang karut..(tp kalau terkarut jugak)
Hari ini mcm biasa kerja setengah hari.
2 hari yg lepas sy pulang ke kampung halaman..cewaahh....
Ada kndri di Perlis.
Insya Allah,mggu depan pun kena blik jugak.
Sahabat sy akan melangsungkan perkahwinannya.
Kalau xde apa yag menghalang.
Sy akan pulang sekali lagi.
Itu pun jika kesihatan mengizinkan.
Kenapa pulak kan??.........adalah.. :)
Doakan kesejahteraan saya dan orang di sekeliling sy.
Jumpa lagi ye..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru






utk guru2 yang pernah mengajar dari Tadika KEMAS (TBB Sg Lalang),SK Gombak Utara,SK Sg Lalang,SMK AmanaJaya,UiTM Machang dan akhir sekali UiTM Shah Alam.

saya ucapkan selamat hari guru,jasamu ku kenang hingga akhir hayatku.Dari mengenal alif ba ta,ABC dan 123 hinggalah saya menjadi apa yang berlaku hari ini.

YOU'RE the BEST among the BEST.....

Friday, May 14, 2010

Fusss...leganya.....

Salam untuk smua sahabat.
Lama btui xupdate blog ni.Ada masalah sebenarnya....ermm......masalah modem rosak..aduyaiii.....sebenarnya hampir 3 mggu tiada internet.Masa tu rasanya seksa nya nk guna internet.Kalau ke cyber cafe..leceh aa..sbb slow...kat rmh lak..mana pasang pun....hihihi..pakai kat opis je..ni pun kejap2 je....nk update kan...tgk kat blog kwn..hmpr 3 mggu xupdate..last entri adalah contents hijau...sekarang masanya utk membalas dendam
So skrang modem dh tukar.Insya Allah slalu diupdate kan...tunggu pulak entri yg lain...daaaa.....

Friday, April 16, 2010

Contest Hijau




Kali ini sy join Contest dari mzhany .Wah...so greenn....
tarikh tutup : 16 April 2010



sy mempertaruhkan gambar semasa lawatan ke PUTRAJAYA bersama kelas IS220 UiTM Puncak Perdana..sy rindu zaman ini....huhuuuuuuuuu


v

v

v

v

v

v

v

v

v






taraaaaaaaaaaa...



so green antara celah2 putih...

Thursday, April 15, 2010

Nuraarin:Contest Perkahwinan Abadi


Macam best je tgk contest ni...so nk cuba nasib je..

kena jawab soalan dulu ..


Soalan-soalannya:
Apakah Tema perkahwinan/pertunangan anda.
-krim+coklat+kuning

Hadiah kahwin/tunang paling istimewa dan kenapa?
hadiah yg paling istimewa adalah HUBBY ku...
rantai emas dari mak saya..

Apakah Door gift/hadiah untuk tetamu?
hmmm.....makanan yg palingggg sedap...ayam goreng berempah....(blh terima ke?)
hmm....paper beg(dlm tu buh bunga telur,kuih dan sapu tgn)
Hantaran perkahwinan/Pertunangan yang paling anda suka?
Smuanya....i like it...


Ceritakan 3 Pengalaman manis sebelum/semasa/selepas majlis berlangsung?
Sebelum majlis berlangsung tentunya debaran utk diijabkabulkan....gementar xterkata

Semasa majlis berlangsung,ramai tetamu -sahabat dan saudara mara yang jauh sanggup menghadiri majlis ini (kenduri sy kat kedah nu..)

Selepas majlis berlangsung,penat dan seronok,berbaloi-baloi..



Sertakan Gambar perkahwinan/pertunangan yg paling anda suka?



Gambar nie begitu romantik...






Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan ...................... kerana ........( tidak melebihi 20 patah perkataan)

Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan kasih sayang kerana kami menyayangi ,mencintai dan saling menglengkapi untuk berkekalan ke akhir hayat kami..Insya Allah.


nak join..mai klik sini..
Happy anniversary to nurain parents...semoga berkekalan akhirnya dan sihat sentiasa.Amin..

Cabutan Bertuah Versi Tak da Perasaan

sapa2 nk join cabutan nie?
sila link sini..

cabutan bertuah ni akan berakhir pada 2 Mei 2010
pemenang bertuah tempat petama, kedua, ketiga dan keempat akan dipilih
GOOD LUCK!!

Wednesday, April 14, 2010

Cabutan Bertuah


SYARAT2 :

  • Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
  • PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
  • Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih. Hanya 3 syarat sudah cukup.
  • Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2010.

lebih lanjut klik sini..

LoVe is You & Me Contest



SYARAT:

  • Follow and add blog Habibah & Anas in your blogroll.


  • Letak banner Sabah Accessories kat sidebar korang. (Boleh pilih antara 3 saiz yang ada kat bawah entry ni..)


  • Create a post dengan tajuk Love is you and me Contest.


  • In the entry, put banner contest ‘Love is you and Me‘ and link the image to this entry; http://blog.beba-anas.com/contest/love-is-you-and-me-contest


  • Mention about Sabah Accessories and link it; http://sabahaccessories.com/. Upload SATU sahaja gambar you and your significant others to show you’re a very loving couple

  • Just leave the permalink of your entry kat comment in this entry.

    Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2010 pukul 11.59pm!



Gambar ini ketika kenduri perkahwinan saya pd 14 Feb 2010.Gambar ini meluahkan perasaan kami berdua akhirnya ke jinjang pelamin...

Tuesday, April 13, 2010

"contest specticular specky"

"contest specticular specky"

syarat-syarat pernyataan:
- buat entry yang bertajuk "contest specticular specky"
- letak banner di atas di side bar blog korang
- link kan banner terus ke blog "kisah cik paro"
- follow blog ni (tiada sebarang paksaan)
- letak gambar diri anda seorang sahaja yang sedang berkaca mata yang menarik (tak kisah pakai spec apa-apa pun.diterima)
- suka hati korang nak cerita pasal entri tersebut atau tidak (letak gambar sahaja pun boleh!)
- link kan entry yang korang dah buat ke dalam ruang komen
- tarikh tutup penyertaan 3 MAY 2010 (akan dipanjangkan jika mendapat sambutan)
- hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang yang berjaya mencuit hati pengadil.
-hadiah masih difikirkan..

aku pertaruhkan gambar ini...semasa menaiki feri ke PENANG...








M.e 1st Giveway




  • Be my follower (who ever not yet my follower, please do so) :)

  • Add this blog to your blog link list

  • Write an entry about this Giveaway

  • In your entry, You must put above picture. Make sure the picture will also at your side bar. Link both picture (in the entry & at the side bar) to http://izzlinabdulmanan.blogspot.com/

  • After you had finish step 1 - 4, left your URL-link-1st-Giveaway & your email at this comment entry

  • Closing date will be on 23rd April 2010

  • Winner will be pick randomly

Thursday, April 8, 2010

Giveway Kedai Islah



Cantik kan...Ini hadiah utk giveway Kedai Islah.Apa tunggu lagi..jom la join giveway oleh KEDAI ISLAH nie...Byk pilihan jgk dan menarik di hati.Insya Allah sy pun terasa nk oder je...hihihi..
Kepada sesiapa nk join :

SYARAT2NYA..

1. Buat ENTRY tentang GIVEAWAY KEDAI ISLAH.

2. Add LINK KEDAI ISLAH atau BANNER KEDAI ISLAH di blog anda..


3. Tinggalkan komen pada ulasan beserta link blog anda


SEMUA CABUTAN AKAN DIBUAT SERENTAK... GIVEAWAY NI AKAN BERMULA SEKARANG SEHINGGA 1 MEI 2010..

Lucky Draw


Sempena pembukaan semula Memory Shop, mereka ingin membuat LUCKY DRAW untuk 3 orang yang bertuah



kepada sesiapa yang ingin menyertai LUCKY DRAW ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan.


1. post di blog anda tentang LUCKY DRAW


2. follow blog ini kepada mereka yang telah memenuhi syarat di atas boleh tinggalkan comment di sini berserta link posting anda.


KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIUMUMKAN PADA 4/5/2010
HADIAH-HADIAH !!!!!


1st = Rm30 + BROOCH ( PILIHAN ANDA )

2nd = Rm20 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )

3rd = rm10 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )

Wednesday, April 7, 2010

Genap 2 bulan

Asalamualaikum kpd sahabat blogger smua...harap kalian shat di samping keluarga tercinta.

Hari bersamaan 7 April 2010,genap 2bulan sy berumah tangga bersama pilihan hati sy iaitu Mohd Adam.Sepanjang perkahwinan kami,syukur ke hadrat illahi kerana izin-Nya kami berdua akhirnya diijab kabulkan. Sepanjang 2 bulan ini,sy dpt menyesuaikan diri bersama keluarga mertua.Maklum la keluarga mertua sy hanya 3orang ;ibu bapa dan adik ipar.Tugas sebagai isteri tentu lah mencabar;ye lah dulu single sekarang berdua.Tugas memasak untuk suami tentunya sy rebut dari ibu mertua..hihiihi..kadang2 dia masak..kadang2 sy msk.hmm...kalau ade request dari hubby,dapur itu kepunyaan sy sebentar.Hakikatnya,utk menambah kasih syg tentunya men'jaga perutnya..Skrang nie sy praktikan..Alhamdullilah.Kasih sayang dia kpd sy bertambah dari hari ke hari.Sy berdoa agar kasih syg kami berpanjangan dan seterusnya kehadiran cahaya mata tentunya dinantikan.Doakan kami ber2 agar jadi ber3 pulak.Amin~~~Perkenankan doa kami....

Saturday, April 3, 2010

April Giveway


April Giveway datang lagi..Terima kasih kpd ZaiKulim krn bgtau giveway nie..
Giveway ini bermula 1 April hingga 30 April.
Apa lg..join la....

SYARAT-SYARAT
Follow blog ini untuk mengetahui sebarang updated2 terbaru tentang giveaway ni.
-DONE-

Tulis entry paling2 simple yang pernah anda buat dan nyatakan darimana anda tahu mengenai giveaway ni.
-DONE-

Akhir sekali,tinggalkan jejak anda (link url entry)

nama follower anda (kadang2 nama bahagian komen dan follower berbeza)
-NORELL-

email (utk den hubungi sekiranya menang)...
apa tunggu lagi..
jom sertaiii..........................

Rezeki Orang Kahwin



Salam utk smua sahabat..

Wah.....bestnya pagi nie.hehehe.Terima kasih kpd Huda yg buat giveway nie...bestsgt2...xsangka btl2 lucky kan....kalau xsalah info yg sy baca tu,sy akan dapat kain 4m berwarna hijau..wah...bestnye...dah la dok habaq kat hubby nk bli kain buat baju...nahhh...rezeki kami berdua kan..ye la sy akn anggap rezeki lepas kawin.Yela mula2 panggil periksa kan..skrang nie dpt hadiah..(mmg xpernah dpt)..pertama kali.......seumur hidup......nnt sy post entri bla sampai kain itu..heheheheh...tq skali huda....



Ni hadiah nye:

Friday, April 2, 2010

SPA oH SPA




salam untuk sahabat blogger yg rajin membaca catatan aku..hehehhee..


setelah bertahun2 lamanya aku menunggu..akhirnya..baru dipanggil utk amik periksa..(adeii..biasa la aku mmg xbiasa ngn ini,jadi teruja la jugak)
Rasanya tahun lepas baru aku isi borang scara online di SPA.Tapi dh dekat setahun,xpanggil pun.jadi aku pun renew la borang SPA.tapi bkn jawatan yg sama.alhamdullilah..akhirnya..hehehe..lgpn sblum ni aku isi utk diploma aje.tp tergerak hati nk guna sijil dgree..
Xtau la blh jawab ke x nie?tawakal jellah..cuma yg biasa haritu ujian MTEST (KPLI) tapi gagal..Kali ni xnk la target..cuma nk cari pengalaman.Mana tau rezeki org kawin kan..Insya Allah.
Sapa ada tips bagaimana nk jawab soalan?kongsi la..
doakan ye blh jawab smpai habis soalan..
Amin~~
GOOD LUCK TO ME!!!!

Tuesday, March 30, 2010

Award

The rules are :




1. Thank & link the person that gave you the award

Thanks so much to Yanz

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.:-


3. Contact said Blogs and let them know they've won the awardOn the way...


4. State 7 things about yourself.
  • asal kedah di sungai lalang
  • pernah belajar di UITM Machang dan UITM Puncak Perdana
  • dh kawin pun..baru je..07-02-2010
  • ada keluarga baru(mertua)..hihihihihi
  • dulu dok kamunting,skrang di batu kurau
  • dulu comel skrang bertmbah comel
  • suka membaca novel dan bahan ilmiah

Tuesday, March 23, 2010

@RENIM'S GIVEWAY

  • JADI FOLLOWER @RENIM'S GIVEAWAY-ok-
  • LETAK BANNER KAT ATAS NI LINKKAN KE GIVEAWAY INI-ok-
  • BUAT ENTRY TENTANG @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG ANDA-ok-
  • ADD @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG LIST ANDA-ok-
  • NYATAKAN REFERRER ANDA... (ADE GIFT UTK REFFERER) -xde-cuma tgk dlm malaysia giveway
  • SILA TINGGALKAN LINK ANDA PADA EMAIL SAYA (chokkelat26@yahoo.com)
  • RAJIN2KAN LAH KLIK NUFFNANG SAYA.-Insya Allah-
  • TARIKH TUTUP:- 9-03-2010 telah dilanjutkan sehingga 23.03.2010-sempat lagi..

p/s: salam ukhwah buat kamoo

Eh..lupa pulak....


Sebenarnya aku lupa nk bt satu entri..

21 MAC 2008(tarikh kami bercouple)

Skrang dh masuk 2thn pd 21 Mac 2010(xde celebrate ape2 pun.huhuh sabau aje le)
apa2 pun..celebrate tiap2 hari...hehehhehe.. apapun..kita akhirnya disatukan....

abg,ketahui la ..sayang amat bahagia bla bersama mu..Smoga kita bersama smpai ke akhir hayat kita..I LOVE U dear.....muahhh..

Saturday, March 20, 2010

Header Baru


salam utk smua..
ni ha...baru ada header...skrng baru nk belajar buat header nie.tak reti sgt.yg nie je...huhu..sapa2 yg pandai,leh ajar sy?zaman kampus dulu ada blajar pkai adobe photoshop.tp skrang nie mana nk ada komputer tu,dh rosak.ni pun pakai komputer ofis.Ada sapa2 volunteer jd MENTOR sy?Harap2 ada la..Best jgk ek..Yg ni sy buat melalui online.Nama webiste dia ialah www.pixlr.com.KLIK SINI.
nanti nk cuba cantum gambar pulak.
doakan ye kejayaan sy k..hehehehehhe..

Friday, March 19, 2010

Majlis Sambut Menantu-13032010














Alhamdullilah,semuanya sudah selamat.
Hari yang ditunggu telah berlalu.
Majlis sambut menantu belah hubby selamat dilangsung secara sederhana tetapi meriah.
Al-maklum lah kenduri di kampung,tentu meriah.Cuma rombongan dari pihak aku terlambat sedikit dari yang dijadualkan.Bukan apa,di Perak terutamanya di kampung,waktu ketibaan pengantin dalam pukul 12.00 tghari,tetapi di kawasan aku selalunya pukul 1 tghri baru la datang si pengantin.Tapi apa2 pun syukur semuanya dh selamat.
Selepas ini,kehidupan menjadi lebih sempurna.Bukan apa,sebulan selepas itu baru diadakan majlis di sebelah hubby.Terasa berat tanggungjawab sebagai isteri.Terima kasih kpd hubby krn banyak memberikan tunjuk jar dan kasih sayang abg. I love u...
Selepas ini bermula episod kehidupan sebagai iseri.So,jgn nakal2 dan malas2...huhuhuu


Monday, March 15, 2010

Purple Light 1st Giveway

STICKY MODE UNTIL 15 MAC 2010

Berikut adalah syarat untuk join:


-terbuka kepada semua bloggers
-letakkan banner giveaway di sidebar blog anda dan linkkan ke entry ini

-perlu menjadi follower blog Purple Light
-tulis simple entry tentang this giveaway (optional)
-letakkan komen berserta emel dan url blog menandakan anda join this giveaway

-hanya SEORANG (1) pemenang akan dipilih melalui cabutan yg akan dilakukan oleh juri pilihan
-hadiah special menanti anda yg terpilih!!! :)


Giveaway berakhir pada
15hb Mac 2010, jam 10pm

Giveaway From New Zealand

STICKY MODE UNTIL 15 MAC 2010


Syaratnya:

  • Perlulah@wajib menjadi followers blog ini.
  • Letakkan blog ini dalam blog list anda.
  • Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA.
  • Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda (di'link'kan ke blog ini).
  • Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.
  • Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.
  • Tarikh tutup akan diberitahu kelak.
  • Mereka yang bertuah akan menerima ketiga-tiga souvenir di bawah:







p/s: Buat teman baru iaitu
NIDA,selamat hari lahir semoga dilimpahi segala rahmat-Nya dan diberikan rezeki dan kesihatan yg baik utk kamu. Happy birthday!!!
Lawa tul keychain tu..!!!hehehhee

Wednesday, March 10, 2010

Gambar Kahwin 14-02-2010









p/s: untuk kwn2 blogger..tatapi wajahku yg ayu...hehehehhhee....doakan kebahagian kami berdua.Amin...