TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Selasa, 17 Ogos 2010

2 in 1

Salam untuk smua sahabat.
Mood hari ini nk ceritakan 2 cerita


Cerita 1
Terlepas rindu dendam apabila balik berjumpa suami.Terasa nikmat org baru berkahwin..padahal dh lebih kurang setengah tahun kami berkahwin.Betul la kata orang,biar berjauhan rindu membuak-buak.Hari sabtu lepas kerja sy terus balik ke Taiping.Alhamdullilah,sampai juga ke rumah.Dalam perjalanan,hujan pun menemani sy sampai ke rumah.Dapat juga berbuka bersama suami tercinta dan keluarga mertua.Menu biasa je tapi ada yg lain iaitu BUBUR LAMBUK.Dah la sedap,percuma pulak tuh..HEHEHE..Bubuk lambuk memang kegemaran sy dan abg begitu arif ttg itu.Terlaksana jgk impian sy nk mkn bubur lambuk..3hari 3mlm sy berada di rumah..sampaikan pagi tadi baru bertolak ke tempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 2jam..Alhamdulilah selamat sampai.Sy berjanji pada diri sy walau sibuk mcm mana pun..suami tetap no 1..dalam hidup sy.

Cerita 2
Hari ini sudah 4bulan orang baru menghuni dalam rahim sy.Alhamudillah,tika saat ini kesihatan sy di tahap memuaskan.Muntah2 tu telah menjadi peneman di kala sunyi..hehehehe..Kain baju kurung pun..dh naik ke atas(getah xleh nkke perut dh)Tapi aritu pegi checkup,berat turun.Aik.rasa makan banyak tp still turun.Konfius...sbb selalu dulu(zaman anak dara)payah nk turun berat.Tapi lain2 ok je.Jumpa doktor,scan dan dia ckp..uri ke bawah.mungkin nanti ada pendarahan jika apa-apa berlaku.Risau jgk,jenuh msg kawan2 dan tanya kat orang tua.Kata mereka peringkat awal ni boleh lagi dia bergerak ke atas,tapi kalau dh 7bulan kena masuk wad dan tunggu sampai bersalin la.Ya Allah,permudahkan aku bersalin nanti.
Sekarang ni mmg tak buat kerja berat seperti mengangkat.Kalau sahabat blogger ada info tentang kehamilan boleh bertukar pendapat ye?
Ok la cukup 2cerita hari ini..
SELAMAT BERPUASA!!

1 ulasan:

  1. Salam,

    Bahaya tu kena jaga diri baik2..wpun makan byk tapi fikiran ke lain sbb tu brt bdn x naik2..

    Jgn fikirkan sgt hal lain2..yg lain2 hang kena tanya mala (wife) kawe..ok chow..

    BalasPadam