KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu
nk lebih lanjut klik sini
Nota Saya:
Dengar sejak 2menjak camtu le..tapi dengar2 lagi smua elaun ditarik balik..yg mana satu betul nie??Sapa yg untung??Kakitangan?Kerajaan??atau peniaga yg mahu naikkan harga lagi??
entah la,saya pun penjawat awam.apa yang saya mahukan tiada perbezaan ketara daripada peringkat sokongan dan profesional.yela masing2 membantu.Sapa nak buat kerja yang diarahakan kalau tidak dari pihak sokongan..renung2 dan fikir2 sndiri..Bersama memajukan negara dan meningkatkan produktiviti negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan