TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Wednesday, October 10, 2012

Seminggu yang penat..

Asalamualaikum.

Lama tak bersiaran kan.Sibuk je seminggu yang lepas.Tambahan kena turun ke KL untuk meeting +bengkel,tinggalkan anak kat Kedah+bapa mertua masuk wad dan kena operate.Dugaaan btul sesunguhnya..

Meh baca kronologi(acee..cewah).

29 Sept:
petang pas keja gerak balik Taiping.Ingatkan singgah Batu Kurau amik abah Adli(sebab nak anta Adli ke Kedah,ibu ke g KL (1-3Okt).Sampai Taiping,abah mesej tunggu kat Hospital Colombia Asia.Rupa2 nya pak mertua sakit teruk.(kena check semua,sebab nak tau punca.Asyik pening aje..4hari tak tidur malam.."abg nape xbgtau smpai teruk cmtu..ingtkan demam biasa..huhhuhu..

Malam tu lepak rumah maksu sambil tunggu depa abis cek..habis mandi makan smua..Dalam pukul 11mlm,abah Adli suh ibu anta balik kakipar plus anak2 dia..Adli tersengguk2 sambil tido berdiri.Malam tu kena tahan wad kat hosptal kerajaan(Colombia??hisshh..cek saja pun dkat RM1400..nikan nk masuk wad..tepuk dahi laaa..

30 Sept
Pagi  tu kami melawat pakmertua di hospital,cuma ibu dan Adli takleh masuk.tggu luar..dkt sejam..abah call kata pakmertua kena rujuk kat Ipoh..sebab Taiping xde pakar otak...Balik pulak amik baju smua .terus ke Ipoh..Malam tu jugak pak mertua kena operate.Doktor nak tebuk atas kepala supaya air dalam otak dia berjalan lancar(jgn tanya lebih coz xtau mende..paham cmtu je)Masuk bilik bedah,kami bertolak balik ke Kedah malam tu jugak.Bertolak pukul 11mlm sampai 2.30pagi.

1Okt
bertolak dari Kedah pukul 8.00pg sampai Simpang Pulai dalam pukul 10pg.Sambil makan2 bersuap2,bergilir drive,rasanya mcm mula2 bercinta(takdan nak loving dah..ade anak).tumpang keta kawan..

1-3Okt 
Meeting+Bengkel kat Institut KWSP..

3Okt 
Lepas kol 2petang,kami bertolak balik.Dari Ipoh ke Bangi,tak la sesat..cuma gabra aje..Mai balik dari Bangi..tu dia..dah salah jalan..masuk jalan nie..kena tol..masuk lagi kena tol...dlm hati naik cuak la..sebab asik tak dapat signboard balik ke Ipoh..Last sekali baru jumpa..tu pun tak la mana jalan kami p..dalam sejam dok merayau2 dalam higway..
Dalam 5petang dah sampai Ipoh,abah Adli amik.Ingatkan nak balik naik bas aje jumpa Adli.Dah abah Adli pulak tak bagi balik lagi..Katanya pakmertua nak kena operate esok tu..Jadi isteri mithali kena akur gak la..huhuu.(rindu anak lain sangat).Petang tu gak pergi hospital melawat pakmertua.Malam tu kami balik rumah sedara dkat Bercham.

4Okt
Kalau diikutkan memang tarikh tu kena operate,dalam pukul 8pg dah bersiap bagai,nurse kata takjadi lagi..Kami tunggu.Dalam 11pg,doktor mai habaq takleh nak operate lagi.Bawa balik pakmertua ..Setel semua kami balik dari Ipoh dalam pukul 5ptg smp dkt2 8malam.Lepas mandi dan makan...balik pulak dari Batu Kurau ke Sg Petani pulak.Dalam pukul 11mlm sampai...

5Okt -6Okt
dok rumah mak sambil wat keja opis dari cc..huhuh..sedih kan xde laptop..hhuhu

7Okt
Balik rumah mak mertua

8Okt
Bertolak ke Ipoh dan sampai dalam pukul 11pg.Abah Adli yang daftar masuk.Kami lain2 dok dalam kereta.Dekat sejam lebihhh..baru setel..balik pulak ke Bercham.tido sana

9Okt
Teman abah Adli ke hospital..Pak mertua siap ditolak ke tingkat (bilik bedah)sekali lagi...postpone kejap..alasan katil lepas operate xcukup..naik balik..Kami turun ke bawah hajat nak sarapan,baru je nak beli,doktor call,abah Adli naik pulak.Tinggallah Adli dan ibu...huhuhu..jenuh tauu nak kontrol Adli..adeii...budak aktif kannnnnnn..lepas tu pakmertua pun selamat dibedah..so far keadaan dia ok,stabil.Insya Allah esk baru nk p tgk..Lps je tu..kami pun balik ke Kampar dan ibu mula keja..huhuhu...

10 Okt.


keja tak abis lagi..lagi la banyak lepas dari meeting.banyak benda nak buat....huhu..tension..tension..
tu la cerita saya..kepada sahabat2 nak tau,tu la saya dapat cerita.Takdan nak tepuk bahu kawan..terlampau sibuukk..............



1 comment:

  1. smg pak mertua lela sihat seperti biasa. keje boleh tangguh tapi famili x boleh dicari ganti. smg lela sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Akak doa yg terbaik!

    ReplyDelete