Asalamualaikum..
Wah..nk masuk tengah bulan..baru nak update..ni pun baru balik dari kampung.Sibuk menguruskan majlis bertunang adik bongsu.Terasa keletihan walau baru je majlis tunang.Esok2 dah kendurinya..ntah la macam mana nanti.heheheh.
Pagi tadi ketika balik ke Kampar,terdengar kru Pagi Era..Johara membicarakan tentang kerja pertama anda selepas SPM.terus terfikir nak jadikan entri hari ni..ok x tajuknya..hehehe..
Seingat saya selepas kertas Ekonomi Asas,saya terus teruja nak cari keja kilang.Maklum la keja nie ok la.sebab pengangkutan depa yang hangkut..hehehe.masa tu mana reti bawa mcm2 kenderaan nie...
Masa nie la kenal supervisor,leader,line,reject,damage..bahasa dalam kilang..merasa gak la dunia kekilangan kan..cewahh..ada kumpulan orang tua,orang tengah dan budak2 muda(kami la tuu)..
Kerana keterujaan inilah membuatkan 6bulan saya bekerja di kilang memproses bahan asas komputer.Kiranya ini kilang omputih. Kawan2 satu sekolah sama bekerja di kilang ini.Banyak suka duka berada di sini.masuk je bulan Jun..sorang2 dapat panggilan masuk belajar..termasuk la saya.Tapi kira saya beruntung sebab yang lain2 masuk politeknik dan saya je masuk UITM.
Selepas masuk UITM,ada je cuti semester mesti saya bekerja balik di kilang nie.Tapi sayang selepas serangan 9 September tu..kilang2 yang berada di Malaysia mulai tutup termasuk kilang yang saya kerja nie.Jadi takde kilang tu dah.tinggal sejarah je la..
Merasa gak duit selepas SPM.tapi bila difikirkan apa yang dibeli..udah lupa..begitu la budak2 SPM..heheh..kecewian nak pegang duit..
Pengalaman bernilai bagi saya..sebab tu saya tak pandang rendah pada minah2 kilang..sebab kerja memang teruk jika dibandingkan kerja saya sekarang.Kerja di kilang lebih kepada fizikal dan sekarang kerja saya lebih kepada mental..huhu..
itulah al-kisahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan