TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Sabtu, 23 Mac 2013

Alergik Makanan Laut

Asalamualaikum.

Dah masuk hari Sabtu,tapi saya tetap keja.Jadi jd Saturday blues pulak..Mana taknya semua orang lain bersenang lenang bercuti...kita pulak bekerja..takpe..Ahad Isnin saya takeover cuti ye..

Berbalik kepada alergik Adli,memang dah saya sedia maklum.Adli alergik pada makanan laut..tapiii tetap terkena..huhuhu..

Tadi ade google pasal alergi makanan,mungkin boleh membantu ibu kan..


Alahan makanan adalah reaksi hipersensitivitas sistem kekebalan tubuh terhadap makanan tertentu.Makanan yang sering menyebabkan alergi adalah susu lembu, bijirin, kacang-kacangan, putih telur, udang dan ikan. Alahan juga boleh disebabkan oleh sulfida atau salisilat dalam makanan dan ubat, penyedap masakan , bahan pengawet dan pewarna sintetik.
Pada 80% kes, alergi makanan menghilang di tahun-tahun awal kehidupan. Hanya 1-2% orang dewasa yang mempunyai alergi (perempuan dua kali lebih banyak dari laki-laki). Alergi terhadap makanan tertentu seperti susu lembu dan putih telurcenderung menghilang ketika anak tumbuh dewasa . Alergi udang, ikan, kerang dan kacang-kacangan cenderung terus berlanjutan seumur hidup.


Gejala alergi dan peringkat keparahannya berbeza pada setiap orang. Makanan berbeza boleh menyebabkan gejala yang berbeza pula. Reaksi terhadap makanan biasanya muncul dalam masa satu jam selepas makan atau kurang. Berikut adalah beberapa gejala alahan yang mungkin timbul:
  • Kulit : ruam kulit kemerahan (biduran / urtikaria) yang gatal dan menghilang dalam beberapa hari.
  • Mata: edema, konjungtivitis alergi
  • Hidung: hidung meler (rhinitis), bersin
  • Tubuh: pembengkakan tubuh (angioneurotik edema)
  • Mulut: radang di mulut, lidah dan langit-langit
  • Saluran pernafasan: batuk, asma, sesak nafas
  • Saluran pencernaan : diare, muntah, perut kejang, keras dan kembung
  • Sistem: syok anafilaksis (jarang), tekanan darah, gangguan irama jantung, jantung berdebar, sakit kepala, keletihan

sumber :klik Alergi Makanan


kesian Ali saya..huhu..maafkan ibumu...moga ibu lebih prihatin...


set kat otak"Adli takleh makan/kongsi makanan laut spt udang,ketam dan kerang.

1 ulasan:

  1. Alahan kulit gatal sbnrnya disebabkan hama dikulit. Kandungan makanan laut akan menyebabkan hama ini terganggu dan menggigit atau mengeluarkan kimia dan seterusnya kulit akan gatal. Caranya bunuh saja hama ini dan tiadalah gatal/ruam lagi. Gunakan anti mite/flea berasaskn herba..cari je kat kedai kucing/pet..gatal terus hilang kali pertama guna..saya sekrg xgatal selepas sebulan gila gatal..ini cara saya guna..mungkin xsesuai pada orang lain

    BalasPadam