TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Saturday, April 27, 2013

Karipap Adli

Karipap Adli

Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar margerin/mentega
5sudu besar minyak masa
Garam
Air

Inti:
sardin tin
ubi kentang(dipotong dadu dan direbus)
bawang merah dan putih
minyak utk menumis
serbuk kari

Untuk membuat inti

  1. tumiskan bawang
  2. masukkan sardin yang telah dihancur isinya,buang ke tulang ikan sardin.
  3. kalau nak pedas,mskkan rempah kari sedikit.
  4. masukkan secubit garam dan lada sulah.
  5. akhir masukkan ubi yang telah direbus..gaul seketika dan tutup.




Untuk membuat kulit karipap.

  1. Masukkan tepung gandum+marjerin+minyaak masak+secubit garam+air sedikit.
  2. Gaul kesemua menjadi doh/aduan.(tak lekat tepung kat tangan)
  3. Bulat2 kan doh menjadi bahagian kecil untuk senang dicanai.
  4. Ambil satu dan canai.
  5. samada pakai acuan atau kelim sendiri.
  6. Masukkan inti dan tutup.
  7. Bersedia utk digoreng.
  8. Pastikan minyak yang untuk digoreng panas dan buka api yang kecik shj-mengurangkan 'jerawat di kulit karipap.
  9. Goreng garing dan sedia untuk dinyam..


Selamat mencuba utk orang yang tak reti wat kuih..tangan keras..tapi akhirnya aku berjaya walaupun karipap aje..janji anak nak makan..kihkih.kih


ressipi ini telah dicuba dan hasilnya sedappp...kredit kepada google..dia tolong search utk karipap yang ringkas untuk orang yang tak reti sangat membuatnya..

Selamat mencuba.

#gambar takde semasa kejadian.tapi dah 2kali membuatnya..

No comments:

Post a Comment