TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Khamis, 23 September 2010

1431

Salam Syawal untuk para sahabat blogger...
Sudah 2hari sy bekerja selepas lebih kurang 2minggu bercuti.Bukan senang nak cuti,alhamdulilah ada staf yang sudi mengantikan tempat sy,kalau tak kena bekerja lebih awal la.

Pertama kali beraya bersama suami dan keluarga mertua dan merasai beraya suasana kampung kerana sebelum sy beraya di taman.Di kampung ini,ramai sanak saudara yang tinggal berhampiran.Jadinya sehari cukup untuk beraya ke rumah sanak saudara belah suami.Walaupun tak semua namun itu pengalamn berharga buat sy.Namun,menjelang malam raya,mak mertua pula sakit.2 3 hari mak dah sakit tapi orang kata sakit kejap2,sakit pinggang.Tapi malam tu rasanya lebih teruk sampaikan tak boleh bangun atau duduk,berbaring aje le..Mak mertua sy orang kampung.Masa dihabiskan dengan kerja rumah yang tak pernah habis.Menebas la,mencangkul la..pendek kata tak duduk dia walaupun mak mertua saya seorang surirumah.Alhamudillah,pagi raya tu dia dapat bangun dan melayan saudara mara yang datang.Saya pula tak menang tangan,untuk menyediakan juadah makanan.Yelah menantu sorang je,makanya saya la perlu membuatnya.Kak ipar pula sibuk dengan anaknya(budak ni pantang tgk mak ayah dia..kat orangt xnk pulak).Malamnya keletihan yang amat tapi lagi letih semalaman berulang ke tandas kerana cirit birit.adeiii..seksa tu..Nasib baik x keracunan makanan mcm dulu2.Sampaikan pergi klinik jawabnya.Biasa la makanan yang mcm2 masuk dlm perut..

Raya kedua baru balik ke Kedah.Tu la...perasaan saya mmg xbest sbb tak rasa raya pertama kat sini.Yelah bertahun-tahun beraya kat sini.alih2 kena beraya kedua pulak.Tapi tu la kena bertolak ansur.Sampai je rumah mak,rendang dan gulai dah abis...huhuhuhu..sedih tau..tak la sampai mengidam nak makan.hehehe.Kat rumah,dapat la beraya dengan keluarga paklong man(mereka dtg beraya) disusuli ngn mak cik sekeluarga dan mak teh sekeluarga.Masa terhad,jadinya petang tu kami pergi beraya rumah maklong dan rumah tok di Yan.Raya ketiga,sempat la nak beraya di rumah tokchu sebelum suami pulang ke Perak sebab keesokan harinya dia bekerja.Saya pula raya ke-4 baru pulang dengan menaiki bas.Hari2 lain menjadi surirumah seblum pulang ke Kampar untuk bekerja.Entah la bila akan berlaku normal balik.?

Insya Allah tahun depan kita akan bertiga untuk menantikan Syawal 1432H.Masa tu pulun nk kutip duit raya untuk anak.


p/s:gambar raya tak diambil pulak.Mood xde pulak.Tapi ada la menumpang kamera akk ipar.huhuhuhu..padahal dulu hantu suka bergambar.

Sabtu, 4 September 2010

Memori Ramadhan

Salam untuk rakan2 blogger.
Tak sedar Ramadhan dah nak pergi dan digantikan dengan Syawal.Ramadhan ini hanyalah bersama rakan2 rumah.Boleh dibilang dengan jari berpuasa dengan orang tersayang.Inilah pengorbanan terpaksa sy terima untuk tahun ini.Namun saya bersyukur kerana tidak mempunyai alahan yang teruk untuk balik menemui suami tercinta dan keluarga.Dengan suami pun tak kurang dari 10 hari berpuasa dan berbuka dengannya jika dibanding waktu bercinta dahulu.Keluarga pula hanya sempat 2hari menjenguk dan berbuka bersama.Entah la apa perasaan saya yang boleh diterjemaahkan dengan kata-kata.Akan sukar tapi itu hakikat nya. Namun saya tetap bersabar dan terus bersabar.
Raya ini saya pertama kali bergelar seorang isteri.Rasanya tidak sabar untuk mengucup tangan suami di pagi Hari Raya.Saya teringat semasa kami bertunang tahun lepas.Suami saya tidak sabar untuk beraya dengan saya dan sanggup meninggalkan sanak saudaranya semata2 hendak berhari raya dengan saya.Sekarang ini termakbul juga impian itu.Alhamudillah kami dapat beraya bersama walaupun sekarang ini tidak tinggal di bumbung yang sama atas tuntutan kerja.
Saya berharap dengan kedatangan Syawal ini dapat memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga.Saya akan pulang beraya bersama keluarga di Kedah pada raya kedua.Itu juga pertama kali saya beraya tanpa keluarga sendiri kerana telah ada keluarga yang baru.Tahun depan insya Allah akan beraya di Kedah pula.
Kepada rakan2 blogger yang lain,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s:Saya akan bercuti mulai esok hingga minggu hadapan( 16 September)

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

JALUR GEMILANG


Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa

MerdekaSemangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu

Jalur Gemilang kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa

Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan

Merah, putih, biru, kuning

Jalur semangat kami semua(2x)

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah

Jalur Gemilang!




Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Selasa, 24 Ogos 2010

Kepada Penggemar McD

cari dari pakcik yahoo.
Salam utk smua rakan blogger.


Tadi sy ada baca dalam facebook,rupa2 McDonald's selamat dimakan.Ye lah sebelum ada baca di entri lain ada menyatakan JAKIM tak iktiraf makanan segera tu.Nampak gayanya,pas nie sy boleh membeli ye.Terasa nak makan la pulak..Hmmm.....lama dah tak mkn burger...nyumm..nyumm..itu dikira mengidam ke terasa nk makan??



ISU McDONALD
Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.
Sekian, terima kasih


rujukan:klik sini.

Ka Ching PreLoved Nak Bagi Duit Raya





Ka-Ching PreLoved RAYA GIVE AWAY
Jom Join GA.Hadiahnye pun menarik.
klik sini

Cabutan bertuah untuk Aidilfitri


Berminat dengan hadiah ini?Saya amat berminat kerana kalau dapat tentunya saya berikan kepada suami tersayang untuk dipakai di Aidilfitri pertama sebagai suami isteri.Harap ada tuah la ye..hehhehehe
Jom la masuk sini
ini anjuran blog Blog Riwayat Hariku (RH)

Tarikh penyertaan 22 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010
jam 12.00 tengah malam
Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2010