(aku amik dr 1001rahsiadiri.blogspot.com)
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Kadang2 persamaan antara smua manusia adalah perasaan.Perasaan tidak boleh dibohong,ia terlalu suci.tetapi dicemari dengan sikap manusia itu sndiri.Antara cinta,sayang,suka dn minat..aku telah mengalami.Mmg berbeza dr setiap satu perasaan.
Perasan aku tidak dapat disembunyikan,tapi siapa la aku utk meletakkan cinta pada mu.Mungkin kita ditakdirkan bertemu dan bercinta namun kita tidak dapat bersama.aku pasrah,namun di sudut hati kecil ku mengharapkan kau kembali pada diriku.Tapi mustahil ..mustahil...di atas sikap kau yg sering menyakitiku..Aku menjadi tawar hati di atas segala yg terjadi.Terlalu sukar aku melupakan segala kenangan bersama kau.Pabila aku menyimpan perasaan benci padamu,smakin sayang dan rindu padamu.
Biarlah perasaan ini aku bawa dan berlalu seperti angin yang datang dan pergi.Begitu kuatnya perasaan aku kepadamu sehingga sekarang aku belum mampu utk melupakan walaupun sesaat.
Sayang, mungkin aku bukan untukmu namun aku berdoa agar kau mendapat insan yang dapat menyayangimu sepertimana aku terlalu menyayangi mu
Namun yang pasti,perasaan ku terhadap Yang Maha Esa tetap utuh,padu dan abadi..Semoga aku dapat merawat hati ku yang hampir retak dengan insan yang lain pastinya aku ketemu pada suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan