TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan Datang Lagi..

Salam..
Ramadan akan menjelma lg.Buat ke sekian kalinya,aku dpt menikmati ramadan pada tahun ini.Lebih-lebih lagi bersama tunang tersayang untuk melakukan ibadat itu.Aku harap tahun ini dapat memberi nikmat sebenarnya dalam mencari keredhaan-Nya.Bulan Ramadan ini lah medan untuk kita berebut-rebut meningkatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta.

Mari kita 'flash back' tentang Bulan Ramadan yang penuh berkat.

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Amalan ketika bulan Ramadan
Puasa di bulan Ramadan
  1. Selama sebulan , umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib).
  2. Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan,minum perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.
  3. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
    Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Terawih

Setelah menunaikan ibadat puasa pada siang harinya,pada malam harinya, setelah solat Isyak umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat terawih solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid

Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah yang didiami.

Aidilfitri

Pada tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya sebanyak dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Rujukan

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan