TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Isnin, 20 Februari 2012

Februari Datang Lagi

Asalamualaikum..
Lama tak menulis di blog ini.Terlalu sibuk dengan keja dan hal-hal lain.Bulan Februari sedanag dilalui.Dalam bulan ini,banyak perkara yang rasanya terlalu penat untuk dilalui.Pada 1Februari yang lalu,Adli mula demam panas.Penat sgt untuk menjaga anak yang tidak sihat ditambah dengan kerja.Bayangkan Adli demam selama 5hari.Panas je badan dia.Ibu bertambah risau bila amik ubat di klinik tak kebah2.Alih2 call si abah untuk datang amik kami berdua.Syukur la bila hari ke 6 campak Adli mula keluar.Rupa2 nya Adli demam campak ruam.Patut la demam aje..kesian ibi menengok anak yang jarang2 demam.Jadinya 4 Februari 2012 genap setahun umur Muhammad Adli Amsyar tapi kesian sebab demam..huhuhu.tapi tiada majlis potong kek..Namun kami sempat menyambut ulangtahun ke2 pada 7 Februari 2012.Konsepnya amat sederhana.Makan2 di Kenny Roger Rosters(sebab tak pernah makan kat sana,tapi rasanya xnak masuk dah...tekak laki bini xberapa lalu).Kamibertiga mengabadikan satu potret keluarga di studio.Santai dan sederhana.
Selepas demam Adli yang pertama,gelora kedua demam panas Adli muncul setelah seminggu sembuh dari demam campak.Dugaan kali ini berat.Asyik panas dan sejuk.Mana tau risau.Hari ke 4 Adli dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Kampar.Masa tu demam dah sampai 40c.Nasib baik ada pengasuh Adli.Dialah yang menemani kami di sana.Dari 3.40 pagi hingga 6pagi kami disana,Alhamudillah,demam Adli dh surut dan juga darah yang diambil negatif dari sebarang penyakit berbahay.Cuma Adli mendapat virus sedikit.Entah virus apa menyerang namun tak seteruk mana cuma demam panas kejap2.Selepas 5hari barulah Adli mula sembuh.Risau lagi kalau2 Adli demam lagi,yelah ibu tak de sapa di sini.Abah jauh di sana,ibu terpaksa berdikari utk menjaga Adli.Harap2 ibu tak sakit untuk menjaga Adli.Semoga dugaan ini menjadi kekuatan buat ibu menempuh hari2 mendatang dengan sabar dan tabah.Permudahkan smuanya,Ya Allah.Amin..

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ADAM DAN LELA
7.2.2012

dan 
SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA SAYANG
4.2.2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan