TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Lagu Raya

salam.

hari pertama puasa dah ada lagu raya.kenapa? korang jangan terkejut lak bila baca entri nie.saja nk buat.lagipun aku tengah boring,apa salahkan...

Semangat nk raya kena ada.Dok amik aura tu yang dok rajin selak2 cari2 lagu raya..hikihik..ala..tokey kedai kain sekarang nie pun dok pasang lagu raya..

nk tulis entri baju raya ,kuih raya ,kasut raya....xde buatnye lagi..huhuhuhu..xpe layan je la mood orang yang sedang boring sambil menyelak blog orang lain...heheheheh..Puasa jangan tak puasa..

Siti Nurhaliza

Sudirman

Sanisah Huri

Rafeah Buang

S.Jibeng

P.Ramlee

Saloma

Wann

DJ Dave

Hail amir & Uji rashid

Azlina Aziz

Ziana Zain

Awie

Feminin

Ramlah Ram

Norkumalasari

Rahimah Rahim

Jumaat, 21 Ogos 2009

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadan Datang Lagi..

Salam..
Ramadan akan menjelma lg.Buat ke sekian kalinya,aku dpt menikmati ramadan pada tahun ini.Lebih-lebih lagi bersama tunang tersayang untuk melakukan ibadat itu.Aku harap tahun ini dapat memberi nikmat sebenarnya dalam mencari keredhaan-Nya.Bulan Ramadan ini lah medan untuk kita berebut-rebut meningkatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta.

Mari kita 'flash back' tentang Bulan Ramadan yang penuh berkat.

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Amalan ketika bulan Ramadan
Puasa di bulan Ramadan
  1. Selama sebulan , umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib).
  2. Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan,minum perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka.
  3. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
    Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa , disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Terawih

Setelah menunaikan ibadat puasa pada siang harinya,pada malam harinya, setelah solat Isyak umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat terawih solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid

Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah yang didiami.

Aidilfitri

Pada tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidilfitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya sebanyak dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Rujukan

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ramadan

Sabtu, 15 Ogos 2009

Holick 1 Nescafe 1

Menarik kan tajuk entri aku ni..hhahahhaha.
dh dapat satu nama utk virus yg skrang menular.rasa nk gelak pun ada,takut pun ada.skrng ni pun,langkah berjaga-jaga adalah memakai mask jika berurusan dgn pengguna/pelanggan.Maklum lah kerja di perpustakaan banyak bertemu dengan ramai orang.Yang lebih membimbangkan adalah 2 orang kampung sebelah tempat aku bekerja telah disahkan menghidapi H1 N1.dh dekat dgn tempat aku .walau tempat kerja aku di kampung,tapi dah tak mustahil virus tu dh merebak ke sini..Nampak je benda 2 tak kena kat kita,tapi bayangkan jika tiba-tiba kita berkomunikasi dgn pesakit tu.tu tak naya ke?Lepas tu, kita pulak menyebarkan kpd orang lain.Nauzubillah,minta dijauhi segala penyakit yang memudaratkan.

Tadi aku check tahap Virus B4B1 ni agak membimbangkan...ada aku baca dlm satu petikan.28000 rakyat Malaysia akan mati disebabkan penyakit ini dalam tempoh 2tahun.Agak2 siapa lagi mangsa seterusnya...Semua orang,rakyat Malaysia berpotensi menjadi mangsa itu.Jadi,ambil langkah-langkah sewajarnya utk membendung masalah ini menjadi lebih besar .


United States --->46,752kes ---->477 kematian
Argentina ---->6,768kes ---->404 kematian
Brazil ---->3,642kes ---->338 kematian
Mexico ----->18,861kes ---->163 kematian
Australia ----->28,987kes ----->109 kematian
Chile ----->12,104kes ----->105 kematian
Thailand ----->11,585 kes ----->97 kematian
Canada ----->11,976kes ----->66 kematian
Malaysia ---->2,253kes ---->56 kematian

fikir sejenak dan bayangkan keluarga kita yg terkena..
sama-sama lah mencegah daripada mengubati...

sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/2009_flu_pandemic

Jumaat, 14 Ogos 2009

Takziah..

Hari ni pulak aku baca dlm forum CARI, pelakon veteran Param pula meninggalkan kita.Walaupun tak sama bangsa dan agama,Param merupakan pelakon komedi yg bgitu sebati ngn zaman kecil aku.yang pergi takkan kembali......



Petikan MstarOnline


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam nada sayu dan sedih, kakaknya, Sarah menceritakan tentang saat-saat bagaimana Param pergi.

“Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dan waktu itu dia sesak nafas.



kredit to:mstaronline

Khamis, 13 Ogos 2009

Salam Takziah


Salam semua..
hari ini aku dikejutkan berita ttg kematian penyanyi utama Kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri.


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.



USTAZ Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11pagi tadi. - Foto ikhsan RTM


p/s: semoga rohnya ditempatkan di kalangan org soleh.
Amin.....


kredit to www.bharian.com.my dan www.budiey.com