- dah boleh meniarap tapi sekali sekala(mcm malas je sbb tang dada i semangat)
- boleh bersembang tapi dengan bahasa dia la
- dah kluarkan suara(testing suara)sampai terbatuk2.
- semangat badan Adli(xtau latest berat dia)
- selalu dok depang2 tangan(suruh angkat dia le)
- gelaran Mat Boom..entah la mak pengasuh bg nama tu.
- air liur makin menjadi2...(apa la aku xmkn masa mengandung)
Klik2 la DIk Non..
Khamis, 23 Jun 2011
Perkembangan Adli 4bulan
Sekarang nie Adli semakin lasak dan aktif.Rasanya berat pun bertambah.Jom kita tengok perkembangan Adli
Tak sabar rasanya nak tunggu bulan depan;nk timbang dan inject utk 5bulan..
Keluarga Bahagia
Inilah keluarga bahagia ;ibu ,adli dan abah
Keluarga yang berjumpa 2minggu sekali.
Adli dan ibu tinggal sekali
tetapi tidak abah..kesian kat abah kerana merindui kami.
Bersabarla suamiku,doakan kita dapat bersatu,Insya Allah.
Rabu, 15 Jun 2011
Isteri Yang Baik
Asalamualaikum semua...
Tadi saya terjumpa petikan dari FB,saja nak berkongsi maklumat.
Bacalah untuk tatapan anda.
* Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
* Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
* Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
* Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
* Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
* Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
* Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
* Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
* Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
* Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
* Rumah sentiasa kemas dan bersih
* Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
* Tidak suka mengungkit
Sumber dari Ustaz Azhar Idrus
Tadi saya terjumpa petikan dari FB,saja nak berkongsi maklumat.
Bacalah untuk tatapan anda.
* Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
* Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
* Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
* Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
* Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
* Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
* Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
* Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
* Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
* Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
* Rumah sentiasa kemas dan bersih
* Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
* Tidak suka mengungkit
Sumber dari Ustaz Azhar Idrus
Jumaat, 3 Jun 2011
Teletah Ayong
Tgk la gambar nie..lawak btul la budak minah sorang nie.Dah la bunga dalam taman,sorang lak tu...lain2 smua kumbang..hehehe..termasuk la Adli.
Sebenarnya ni anak abang kedua Muyyasarah Damia Bt Mohd Sabri.Umur nak masuk 2tahun pada12/10/2011 nie.Budak ayong nie umpama puteri .hahahha..puteri mende..semua nak main je..ngn abang2 sepupu..Ni Adli belum lagi ada kaki tangan,esok2 tak tau la..tak terkawal dengan budak2 nie.Cucu mak abah dah 6orang tunggu sorang lagi nak keluar..hehehe..bulan 7 nie..kawan Adli.
Semua anak sedara maklang sayang sangat walau dah ada anak sendiri...
Meh nak cita pasal Ayong;
Ayong nie seorang perempuan dalam cucu pak Husain dan Mak cik Bashah.Mulut pun boleh tahan bising..hehehehe..bila terkenang ayong nie.aku pun rindu kat dia juga.Dah pandai panggil maklang a.k.a AYANG.Nampak perempuan tapi perangai cam lelaki tapi boleh nampak dia perempuan sebab dia suka MENJERIT..hahhahaaa..ayong..ayong..maklang buat entri khas utk ayong..I MISS U..
Khamis, 26 Mei 2011
Perkembangan Adli 3bulan
Sudah besar anak ibu sekarang ye.Masa berlalu begitu pantas.Berat Adli pun naik 5.95kg.Badan pun nampak berketul2.hehehhehe.
- Adli sudah pandai senyum dan suka menghisap jari dan termasuk tudung ibunya.
- Pandai jerit2 kalau tak angkat dia.
- Pandai pegang tangan ibu bila menghisap susu.
- Pandai gelak mengekek dan kuat bersembang kalau jumpa'geng'.
- Pandai merajuk
Rabu, 25 Mei 2011
Jom Baca
Lama tak menulis blog nie kan..dah tak tau cerita apa lg yang nak diceritakan.Nanti cerita pasal suami,kang orang yang baca blog nie pun bosan..ni nak cerita pasal buku.Kenapa buku?Ye lah sebab saya bekerja dengan buku.Kalau diikutkan mmg saya kaki buku,hantu buku...apa lagi..nak kata..smuanya BUKU.
Saya ingat lagi semasa di sekolah,bila saat nak periksa,dalam poket penuh nota kecil.Semasa tggu bas,dalam bas,dalam perhimpuna;pendek kata baca..baca..baca..sampaikan suratkhabar yg mengalas lauk pauk@nasi lemak..baca jugak.Mungkin kerana minat baca,itulah rezeki saya belajar tentang ilmu perpustakaan.Dan bermulanya saya bergelumbang dalam dunia perpustakaan.Hampir 5tahun belajar tentang perpustakaan dan sekarang hampir 5tahun juga bekerja di perpustakaan.Dah lama dah kan??Itu lah saya yg minat dengan buku.Tak kisah la novel ke,buku berkaitan motivasi atau agama,sejarah smuanya adalah ilmu.Dan ilmu itu menjadikan seseorang berpengetahuan.
Itulah menjadi cabaran dalam kerjaya saya iaitu mengajak orang membaca.Dengan zaman dihujung tangan,semuanya di tangan sahaja.Kadang saya sedih melihat buku di rak yang tak diusik.Sayu..sedih...kerana semua ini adalah percuma dan kita perlu datang untuk membaca.Memang mencabar juga kan nak menyuruh orang pergi ke perpustakaan dan membaca tapi percayalah perpustakaan adalah gedung ilmu.Macam2 ada.ilmu perubatan,tokoh,politik,agama,sains,teknologi dan lain2.
Macam kita 'window shopping di pasaraya, rasanya tak salah nak berwindow shopping di perpustakaan.Best tau.Macam2 ada..
JOM MEMBACA!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Adli
Kematian
anak
anak sedara
birthday
famili
gambar adli
info
info agama
info semasa
info tempat di Perak
kemalangan
kenduri kahwin
kereta
kerja
kursus
lirik lagu
luahan
macam2 hal
memori ramadhan
mengandung
motosikal
mutiara kata
pengalaman bersalin
perkembangan anak
rakan lama
sukan
tips rumahtangga
ucapan
ulangtahun perkahwinan
video klip




