TENTANG DIRI

Amalan Sedekah>>>>>>Click !!!!!!

Klik2 la DIk Non..

Isnin, 30 November 2020

POSITIF JIWA


Kadang bila difikirkan tiada apa yang menarik tentang diri ini tetapi ada juga hati-hati yang tidak pernah sukakan kita.Bersabarlah walau hati walau tidak mampu melawan.

Positifkan jiwa untuk meneruskan perjalanan ini.


Khamis, 19 November 2020

2020

 Perghhhhhh


2 tahun menghilang diri dari blog ini.Ingatkan takdapat balik dah blog ni.Alhamdulillah rezeki lagi untuk trace balik & akan menggunakan blog ini sebagai diari atau catatan hidup.

Oh yaa..sudah berusia 38 tahun semalam.Tinggalkan umur 37 tahun dalam lipatan sejarah.Moga apa yang berlaku pada umur 37,pasti akan ku kenang nanti.

Banyak cerita nak tulis..Ada ke sesiapa yang masih membaca blog saya?

Dah sedekad usia blog ini.Dari Kampar balik ke Batu Kurau..lama gila kan..

Btw akan cuba update kenangan 37 tahun lepas untuk throwback nanti.

stay tuned


Ahad, 15 Julai 2018

Tahun 2018

Assalammualaikum kepadan yangs sudi membaca post ini.

Selepas 2 tahun berlalu ,blog ini jarang dibuka sehingga hari ini, Terlampau banyak kejadian            yang berlaku tempoh 2 tahun.

Yang pergi tak kembali,Arwah abang ku yang ku rindui.

Benar orang kata bila ada depan kita,kita tak rasa kehilangan. Tapi  bila berpisah nyawa,itulah perasaan   yang bermain di minda.Moga Allah  ampunkan    dosa abang  pie dan seterusnya menunggu kami yang masih hidup  ke  sana

Kesihatan mak pun  telah banyak diuji tahun  ini.Aku taksanggup  kehilangan lagi.Moga mak baik2 aja.

Anak2 semakin membesar    sehingga terlupa bagaimana   keadaan mereka sewaktu kecil.Masa  yang pantas mendewasakan anak2 ibu.Moga  menjadi anak soleh    untuk ibu ya..

itu setakat yang ingin ditulis..jumpa lagin nanti

Khamis, 29 Disember 2016

Kami untuk 2016



Update Penghujung 2016

Assalamualaikum.

Wauuu..lama benor tak update blog.Si Adli nak masuk 6 tahun,Aqil pula 3 tahun.Koleksi terbaharu takde lagi buat masa ni.

Dulu saja nak tulis je pasal apa2.Sekarang ni sejak jadi online seller,perlu jual diri.Bukan jual hatiku,jual apa yang ada,buat orang tertarik.Baru orang foloow kan.

Azam 2017 untuk mengasah bakat dalam penulisan walau tak berbakat.Hentam labu oii.Kena ada Berani dan Yakin,in sha Allah boleh jadi yang terbaik.Memang dalam SPM,hakak dapat A1 dalam Bm,tapi tu duu .Sambil belajar balik,tak hal pon kan.

Orait,nak usha Facebook pulak.Hiasi peribadi yang cantik,ploles gituuuu.hahaha

Selasa, 5 Januari 2016

05-01-2016

Asalamualaikum..
lama gilaaa tak update

last tulis entri adalah bulan Julai 2015.
Hurmm...xde masa nak berblog macam dlu


Harini Adli dah masuk sekolah PASTI.
Umur nak masuk 5 tahun.
Alhamudillah..syukur dah besaq anak ibu.

Aqil pun nak masuk 2tahun bulan April nie.
Banyak cita nak cerita.


Nanti la ada masa..
save this date.

Adli masuk sekolah!! 05 Januari 2016.

Isnin, 27 Julai 2015

selamat hari rayaaa

Salaam  untuk semua.
Selmat hari raya aidilfitri..
Tu diaaa..lama tak update nooo..
Kemalasan mmg mghantui..
Takpa..pelan stat balik..

Saya.alhamudillah..sihat.
Adli pon sihat.
Aqil pon sihat.
 Nanti kita update noo


Khamis, 1 Januari 2015

01 Januari 2015

Asalamualaikum..

Hari nie tahun sudah berubah..bertambah usia kita kan..hihi.tapi rasa macam semalam je pegi sekolah..macam semalam je masuk UITM..baru semalam je kawin.....tup2 sudah 2orang puteraku.

Syukur dipanjatkan kepada Illahi,kerana RahmatNya,KurniaNya dapat saya dan keluarga bercantum kembali.Tahun 2014 membawa seribu kenangan yang pasti tak dapat dilupakan.

Dengan kelahiran Aqil pada April 2014 dan pertukaran saya ke tempat yang lebih dekat dengan suami amat membahagiakan.Namun saya akui setiap kebahagian pasti ada cabarannya.Berbekalkan pengalaman tak seberapa,saya yakin untuk menghadapi setiap cabaran yang datang.

Untuk Malaysia,kita dikejutkan dengan peristiwa yang tak diduga seperti MH 17,MH 370 dan terbaru banjir di pantai timur.Semua itu ujian untuk kita kerana Allah masih sayang dan ingat pada kita sebagai umat Islam.Semoga kita mendapat hidayah dan panduan untuk masa hadapan.

Untuk azam 2015 rasanya,sama seperti tahun lalu untuk menjadi insan berguna dan berbakti kepada ibu bapa dan negara.Semoga urusan kita dipermudahkan.

Oh ye..Adli pun akan bersekolah tapi tak pasti sekolah yang mana akan diletakkkan.Mungkin di kampung atau berhampuran dengan tempat kerja ibu.Hmm...masih dalam kotak fikiran.

Ok la...Aqil pula dah 8bulan.Budak tu memang aktif dan mula berjalan2..dan kemudian lepas tangan..hmm...Adik dan Abang..Karakter berbeza...tapi semua tu anak ibu juga.


Ok,dah nak rehat..Harini Kedah tak cuti hokey...hmm..nak rehat..lapar..lapar,jom p makan..

Selasa, 18 November 2014

Happy Birthday to Me!

Asalamualaikum..

Lama menyepi dari alam blogger,kerana kekangan masa dan tiada kemudahan internet.

Ye..dah tua pun..
hihihi..
Harini secara rasmi umur dah mencapai 32 tahun.
Rasa dah tua sangat tapi hati masih muda??
hahahaha.

Moga dengan tarikh keramat tiap2 tahun mohon dipanjangkan usia untuk mendidik anak2 dan menjadi isteri kepada suami.

Rasanya dengan pertukaran tempoh hari sudah dianggap hadiah terbaik walau saya terpaksa membayar dengan pengorbanan tempat,kawan dan lain2..In sha Allah,akan dgantikan dengan sahabat lebih baik dan tempat yang lebih baik.Amin.


Semoga dipermudahkan  urusan duniawi dan akhirat




Ibu Adli & Aqil



Selasa, 22 Julai 2014

Rezeki Ramadhan

Asalammualaikum..

lama tak bersiaran.
Cuti lama sangat.
9 April sampai 8 Julain..giler tak lama...hik3...

Banyak rezeki dalam tahun ini ..
Rezeki Anak
Anak kedua saya lahir pada 24.4.2014..lewat 9hari.
Lahir di Hospital Taiping.Kelahirannya agak mudah tapi tulah overdue date melampau dari abang dia..he3...dekat sebulan cuti sebelum bersalin.Saya amik cuti seminggu dari tarikh due 15.4.2014.....dah tu melepak kat rmh mertua...mmg lama giler rasa..proses berpantang macam  biasa..agak mencabar ..tak tahan daulat..tapi Berjaya utk 44hari tu..
Oh..nama anak ke2 ke?
Namanya Muhamad Aqil Aysar berat masa lahir 3.47kg..sekarang mau dekat 6kg..berkaat susu ibu.

Rezeki keluarga.
Yang ditunggu sudah tiba.Surat tawaran untuk saya bertukar sudah diluluskan.Tapi maslahnya,smuanya terjadi serentak...baru masuk keja..dah kena tukar..tapi saya akur atas arahan atasan.Saya bersyukur kerana apa yang diingini dah tercapai.untuk duduk satu bumbung..nak jaga makan pakai abah anak2 ibu. Walau saya tahu cabaran ke tempat org,negeri orang...saya berharap saya akan berkhidmat sebagaimana di sini walau sayu meninggalkan kawan2.Saya terpaksa memikirkan tentang keluarga kerana anak2 perlukan kasih saying abah dan ibu perlukan bantuan abah untuk menguruskan anak2 yang kian membesar..Rasa tak dapat untuk 100% dengan Adli kerana ibu terpaksa 100% dengan Aqil yang masih kecil.Ibu sayang kedua2 nya dan berharap kasih sayang ibu hingga ke akhir hayat ibu.

Permudahkan urusan kami Ya Allah!

Sabtu, 1 Mac 2014

Tetiba je dah Mac eh...

Asalammualaikum..


Eh...dah Mac ke??kejap khennn..
Baru je nak bercerita tentang Februari..tetiba je Mac.
Tetiba memboyot ke hadapan..kih2..
Khennn....kejap je..pejam celik..pejam celik..
Adli dah 3tahun..si ibu pun dah masuk 3rd trismester..
Minggu nie dah 33minggu....isk.....kejap rasa kan...
2minggu dah cukup 9bulan..
Tak nak bayangkan perasaan...


Adli pun dah macam2 perangai dia buat..
Sampai satu tahap,boleh dia kata'ibu jangan la marah Adli'
huh3..nmpk sgt kan ibu suka marah dia...
hu3..sabar jelah melayan kerenah Adli..


Sabtu, 18 Januari 2014

Perihal Mengandung 2

Asalamualaikum.

Sedar dalam tak sedar dah masuk 27 minggu.Minggu depan dah 28minggu.cukup 7bulan.

Kali ni,7bulan checkup disertai test MGGT kali 2..uweeekkk......
Semasa mengandungkan Adli,skali je testnya..result..alhamudilah..
Kali nie yg first pun ok..xde apa2.cuma berat naik dan berat pun memang berat,doc suggest utk minum kali ke2..adeiii..

Entah la kali muntah ke idok..ha3....geli tekak teman nie..minum air gula...uewkk....sabar jela...
Kali nie mungkin faktor ketuaan..3series...nampak tak larat benor..cepat letih...tak leh nak tido lena2 dah..dh kena belajar untuk berjaga pula..he3.....

Rezeki anak memang ada..Terbukti..saya akan bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan suami berbanding sekarang.Tapiiii......lambat lagi proses tu..sebab nak pas baton kat orang lain.hu3....tapi xde lagi...hu3..sabar jela bila mendengar berita gembira dalam sedih.sabar jelah bila bos kata kami memerlukan awak lagi..padahal sama je pindah.cuma negeri je lain..he3..

doakan kesihatan saya untuk menghadapi hari mendatang..
semoga dipermudahkan segala urusan..Amin..

Sabtu, 4 Januari 2014

WELCOME 2014

Asalamualaikum.


Dah masuk 4hari dalam tahun baru.Terasa semalam je berlalu tahun 2013.Banyak kisah hidup,pahit dan manis dirasai..tapi semua dilalui tanpa terasa dah berlalu tahun 2013.

Mari kita berazam untuk meningkatkan keazaman kita untuk menjadi orang terbaik untuk tahun ni.

Moga ada sinar baru untuk saya yang menunggu hampir 4tahun untuk ditukarkan tempat kerja berhampiran dengan suami.

Kalau ada rezeki tak kemana,kalau tak dapat juga untuk tahun ini saya akan berusaha lagi.Moga kami dapat bersatu di bawah satu bumbung..In sha Allah..

Moga kehadiran ahli baru keluarga kami dapat mengukuhkan kasih sayang kami..AMIN....

Rabu, 18 Disember 2013

Disember 2013

Asalamualaikum.
Sedar tak sedar dah masuk penghujung tahun 2013.
Terasa kejap saja kan.
Tup2 anak dah besar.
Dah boleh cakap
Tup2 tahun depan dah tambah sorang.
hihiihihi..

Banyak perkara berjalan seperti biasa,cuma kita sendiri tak perasan kan.

Macam  Adli tahun 2014 nie dah masuk umo 3tahun..wah..kejap rasanya..baru je dok dukung dia kan.
tetiba ada peluang lagi untuk mendukung adik Adli.he3

Kehidupan untuk 2103 lebih mencabar..hu3..alhamdullilah setakat hari ini boleh bertahan atas setiap masalah yang dihadapi.


Untuk tahun depan,banyak perancangan dan tugasan yang menanti..dari segi kerjaya,anak2 dan lain2..

Doakan ye semoga aku boleh mengharungi lagi untuk tahun 2014.

Semoga dipermudahkan segala-Nya.
Amin..




ustaz adli dok wat peace lima yooo..he3..

Khamis, 28 November 2013

Perihal Mengandung

Asalamualaikum..

Kejap ada ,kejap takde..

ok la..nak cerita pasal perihal mengandung kali kedua

Dah masuk 5bulan.Perut dh nampak sket-sket.he3..comel la tu..ha3

Belum ada gerakan di dalam..mungkin 6bulan ke atas.macam si Adli dlu...cam tau je jantina pe..he3

Alahan macam takdak je..macam Adli jugak dulu..ha3..terasa tau jantina walau tak scan jantina ..
Ada kalanya muntah,ada kalanya letih,ada kala sakit kepala..tapi takla setiap hari..kekadang aje..

Mungkin Allah nak mudahkan saya untuk kali kedua..sama dengan Adli dulu..sebab takde sapa nak jaga.(suami jauh)..

Kali nie..perut nampak luar biasa..mungkin sebelum ni ada penghuni..jadi lebih besar kali nie..

Adli macam tak tau je pasal adik dia..mungkin dia kecik lagi nak paham..cuma kekadang ada gak sebut baby2x..

Persiapan barang belum lagi..cuma dah usha barang Adli yg dulu..jimat sket..he3..ok la nanti update lagi....

p/s:
sekarang nie Adli ber B-daman pulak...adeiii...layan je la..si abang Adli yg tomei2 tu.....


Isnin, 18 November 2013

Sweet 18




Asalamualaikum..


bersweet2 lak harini...
sebenarnya umur saya dah 31tahun.
wah......dah masuk 3 series..tahun lepas
hihihihi
macam biasa..tak caya pada angka..
alhamudillah..walau ada pahit dalam kehidupan..
ku hadap juga dengan redha.


semoga dengan usia baru seiring dengan kematangan fikiran dan kebijaksanaan menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan..


in shaa Allah untuk menjadi isteri,ibu dan pekerja yang berdedikasi kepada setiap tugasan yang diberikan dengan ikhlas dan amanah..amin..





Jumaat, 8 November 2013

Sedut gas...

Asalamualaikum....


Nak cerita pasal semalam.

Lepas balik dari kursus di Ipoh,terus amik anak di rumah pengasuh.Dah dengar Adli batuk2..kesian dia..sampai muntah2...Nafas pun berbunyi..Apa lagi,balik rumah,mandi dan solat terus ke klinik.Ala klinik 1Malaysia je..

Sampai je sana,patient pun tak ramai,Adli no 3...sebelum ni dah set kat minda..kalu ramai gak..terus ke klinik swasta je..tapi sama je...hu3

MA cek Adli,dia kata,kena sedut gas...Siap2 pesan kat dia..jangan takut tau..Memang anak teruna memang berani..Dah jadi abang long.kena berani le kan..Pengalaman pertama Adli menyedut banyak menangis..he3..kali ke2 nie macam dah terrer..ha3...ok la..mula2 dia nak cabut gak..tapi dok pujuk dia...10minit kot...lama gak dok potpet..alih2 dia lak dok potpet sampai masuk batman,superman,ultraman..begitulah anak lelaki..banyak main dan tengok citer macam tu..hi3.

MA tu cek balik.dah bgtau clear...siap adli dok panggil dia,Doktor...lantak ko la..ha3....gelak je MA tu..ha3.....

Saya dari dulu memang selalu pegi ke klinik kerajaan je..jarang sangat le nak masuk klinik swasta..boleh bilang dalam 3-4 kali....selebihnya klinik kerajaan.
ye la..kadang-kadang ubat tu biasa je..tapi caj dah mahal sekarang nie..ubat batuk je..tapi nak bayar mau rm40-50....

Bagi yang berduit,apa la sangat dibandingkan RM50 dengan kesihatan?tapi bila mencekik harga yang melampau2...baik je ke klinik kerajaan..tapi terpulang la..bagi saya setakat demam,batuk,selesema..baik ke klinik kerajaan..melainkan sakit yang teruk..memang takleh nak tunggu..sure2 la masa tu klinik swasta menjadi pilihan..

Harini Adli masih batuk2 lagi..tapi tak dengar dh nafas yang kuat tu...risau sangat sebab abah pun jauh kan..macam mana,,ibu la yang kena risau lebih......memang mencabar..

Jumaat, 25 Oktober 2013

Luahan perasaan

Asalammualaikum..

Tetiba je nak buat sesi meluah perasaan.Kalau luah kat FB kang..ramai orang komen..moh le kita meluah perasaaan terpendam ini.Ini bukan masalah rumah tangga.Hatta adapun,biarlah dalam sanubari ini bukan dalam blog ye..itu privacy..

Nak cita la pasal hamba Allah nie..Kenalan saya la jugak.Tadi jumpa,bersembang-sembang dgn dia.Saya bagitau tentang saya mengandung lagi.Dia terkejut,boleh pula dia tanya apasal tak bela anak sorang dulu?nanti susah jaga.
ok..fine..

Saya ada sebab untuk mengandung.
1.Rezeki Allah,kalau Dia tak bagi pun..buat la macam mana pun takkan terjadi kan..
2.Umur pun dah meningkat..3series la dik non oii..takkan nak sorang tu..
3.Memang saya nak anak lagi,paling tidak pun 3orang..kalu 2orang..laki dan pompuan,saya terima.

Jaga anak..??memang letih......sapa kata tak letih..yang ada suami di sisi pun merungut..apatah lagi situasi macam saya ni kan....anak sorang letih...anak 2orang memang letih giler rasanya..takpelah.....kerana anak,ibu sanggup letih...

Sebab tu,saya tunggu Adli nak masuk 3tahun baru berani nak tambah.Dia pun pandai cakap,jadi takde masalah sangat walhal memang ada masalah nanti..
Ada sahabat saya menasihati saya;Allah bagi rezeki tu sebab hang boleh jaga..In sha Allah.
Tetapkan iman saya dan permudah segalanya..
Kalau ada rezeki untuk pindah,mungkin rezeki anak saya juga kan....Setiap anak,ada rezekinya sendiri kan..Saya berfikiran positif dan kadang kala terkejut orang lain boleh menidakkan kuasa-Nya.

Itu je coretan perasaan saya tika ini.
dari ibu yang sedang mengandung..kadangkala emosi terganggu..maafkan dia k...he3

Khamis, 24 Oktober 2013

Conteng & Main

Asalamualaikum...
Dalam dok sakit kepala masih nak update cita pasal Adli nie...Hobi terbaharu beliau adalah menconteng..Adeii...Yelah umo baru 2tahun 8bulan..sekarang dah jumpa pen, dah reti guna dengan jari..bedal je ....abis buku bacaan dicontengnya..tapi kalau buku ibu,nanti ibu naik hantu..hihihi..

Jadi moto halus Adli baru nak bermula..Yelah..tak sama cam budak-budak lain..Dulu ada bagi pen..tapi mungkin tak reti nak lorek2,gosok2 pen..tak berapa jadi la contengan dia..Sekarang nie..abis smua..lantai-dinding-buku-mainan cop pen..kadang-kadang nak tegah dia buat..tapi semacam terbantut pertumbuhan moto halus dia kan..takpe la anak oi..jangan masuk mulut udah le....jangan conteng duit ibu udah le..lain2...ibu pejam mata aje...

Bila dah lukis dia akan tanya..ibu...cantik tak???....ye...cantiknyeee..ibupun memuji walhal takde gambar pe2 hanya garisan aje..nie abis muka kiri dan kanan..tangan pun dah kena..ibu sabar lagi dan senyum..

Selain hobi Adli suka menconteng,dia juga suka main.Sekarang nie nak ke Tesco pun malas..dah pandai demand macam2..nak naik mainan katanya..pantang nampak je..meluru pi kat tempat tu..sabar je laa..tapi Adli nie senang pujuk dia..hahaha..dia ralit main2 sana sini..lepas tu ibu buat alasan..duit takde la..nanti kita datang lagi la..dia ikutt aje...so sweet anakku..pandai mendengar cakap ibu ye..nanti kita pergi main sama-sama ye..

Sabtu, 5 Oktober 2013

Adli~2tahun 8bulan


Inilah anak teruna saya..dah besar...tahun depan dah nak jadi abang long.Harapan ibu;jaga adik dan jaga ibu ye.mnjd along dan anak yang baik,bijak dan soleh....sebab abah jauh nak jaga kita..makin membesar..macam kerenah dia.